Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan

Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan MATLAMAT / OBJEKTIF :


Menegakkan dan mengukuhkan prinsip –prinsip sukarela dan demokrasi di dalam pergerakan belia.

Mewujudkan dan menggalakkan minat kesuburan rohani, jasmani , pelajaran belia di dalam negeri menurut kegiatan persatuan. Mewujudkan kerjasama dan persefahaman di kalangan belia melalui aktiviti –aktiviti bersama. Menyebarkan penerangan dan maklumat mengenai teknik serta kegiatan persatuan belia. Dengan cara berunding, membantu menubuhkan persatuan – persatuan atau penubuhan – penubuhan belia baru

, untuk kemajuan belia. Mengemukakan pendapat dan perakuan kepada Kerajaan, badan – badan berkanun dan badan –badan lain mengenai perkara –perkara kebajikan belia, sesuai dengan prinsip – prinsip keadilan dan kebenaran. Menjalankan segala rupa ikhtiar bagi kemajuan Majlis dan untuk menuju kearah ini akan merancang beberapa program jangka pendek dan jangka panjang kea rah pencapaian matlamat tersebut. Semua wang dan keuntungan yang di dapati oleh Majlis hasil dari penyertaannya dalam mana –mana perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata –mata untuk melanjutnya, memajukan dan menjalankan matlamat –matlamat majlis dan tidak sebahagianpun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli majlis.

Address

Kompleks Rakan Muda Daerah Kuala Pilah
Kuala Pilah
72000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share