25/07/2024
ุจูุณูููููููููู
ู ุงููููููู ุงููุฑููุญูู
ููู ุงููุฑููุญููููููููููููู
ู
Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Salam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat & Mesra.
KEMPEN KESEDARAN KESELAMATAN AKTIVITI AIR SEMPENA WORLD DROWING PREVENTION DAY : ANYONE CAN DROWN, NO ONE SHOULD
25 JULAI 2024
โ ๏ธINGAT YA SEMUAโ ๏ธ
Semua orang boleh LEMAS tetapi tidak mustahil tiada yang akan lemas jika kita ambil berat tentang keselamatan di air ini.
Orang ramai diseru agar sentiasa mengutamakan keselamatan dan memakai Personal Flotation Device (PFD) ketika melakukan sebarang aktiviti di air. Selain itu juga, semua golongan masyarakat hendaklah menguasai teknik CPR agar lebih ramai yang lemas dapat diselamatkan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan khususnya Balai-Balai Bomba dan Penyelamat Di Negeri Sembilan akan menjalankan khidmat nasihat dan rondaan keselamatan di kawasan-kawasan hotspot kejadian lemas dan kawasan rekreasi air yang berada dalam kawasan jagaan kami Bersempena kempen "WORLD DROWNING PREVENTION DAY" yang bermula pada 25 Julai 2024,
Oleh itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan juga mengambil inisiatif ini untuk mengingatkan semua golongan masyarakat agar menitikberatkan aspek-aspek keselamatan di air bagi mencegah sebarang kemalangan tidak diingini seperti lemas semasa sedang beriadah. Utamakan keselamatan terlebih dahulu. Pastikan setiap golongan mengimplikasikan tip - tip keselamatan yang di hebahkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi mengelakkan dan mengurangkan kemalangan jiwa ini.
Semoga kita semua dihindari dari segala kemalangan. Cegah sebelum terjadi, beringat sebelum kena.
Info daripada:
Bahagian Keselamatan Kebakaran
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan.