Kraftangan Negeri Sembilan, Malaysia

Kraftangan Negeri Sembilan, Malaysia PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA
CAW. NEGERI SEMBILAN
KM.1.6 Jalan Seremban,
72000 Kuala Pilah Bidang latihan yang dijalankan ialah Buluh dan Rotan.
(1)

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1973 yang dikenali sebagai Lembaga Kraftangan Malaysia. Memulakan operasi di sebuah bengkel kraf di Ampangan, Negeri Sembilan dengan melaksanakan aktiviti utamanya iaitu Latihan Kemahiran Asas kepada belia setempat. Pada tahun 1975, operasi Pusat Kraftangan telah berpindah ke KM 1.6, Jalan Seremban, Kuala Pilah diatas tanah seluas 8 eka

r dengan kemudahan dua buah bengkel sewaktu pembukaan. Seterusnya pusat ini berperanan sebagai Pusat Pengeluaran Kraf berasaskan buluh, rotan, kaca dan seramik di bawah program Strategic Business Unit (SBU). Pada masa kini pusat ini bernama sebagai Pusat Pembangunan dan Pusat Pengump**an produk kraf melalui bilik jualan. Pada 1 Oktober 1979, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia di bawah Akta 222, telah mengambil fungsi Lembaga Kraftangan Malaysia dengan memberi penekanan terhadap usaha memajukan industri kraf negara. Rujuk : http://www.kraftangan.gov.my/

21/05/2026

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2026 AEON MALL, NILAI, NEGERI SEMBILAN KEMBALI!!๐Ÿคฉ๐Ÿคฉ๐Ÿคฉ

Jom ramai-ramai jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama hadir ke Promosi Kraf Malaysia 2026 AEON Mall, Nilai, Negeri Sembilan :

๐Ÿ“† 14 MEI โ€“ 24 MEI 2026
โฐ 10.00 PAGI - 10.00 MALAM
๐Ÿฌ AEON MALL, NILAI, NEGERI SEMBILAN

Selain daripada jualan produk kraf tempatan, pelbagai aktiviti menarik menanti anda yang berkunjung seperti interaktif kraf , kuiz kraf dan pelancongan serta permainan tradisional.๐Ÿซถ๐Ÿป

Moh Dogheh Kito Jumpo Kek Sanun Yo!๐Ÿƒ๐Ÿปโ€โ™‚๐Ÿƒ๐Ÿปโ€โ™€๐Ÿ’จ

โœ… Jualan Kraf (Usahawan dan Komuniti)
โœ… Pameran Produk Kraf
โœ…Padanan Perniagaan
โœ… Interaktif Kraf dan Persembahan Kesenian
โœ…Aktiviti Galakan Pengunjung (Permainan Tradisional & Kuiz)










21/05/2026

๐ˆ๐๐…๐Ž ๐Š๐‘๐€๐…
๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ฉ ๐‘๐š๐ก๐ฌ๐ข๐š ๐’๐ž๐ง๐ข '๐”๐ค๐ข๐ซ๐š๐ง' ๐๐š๐ง '๐“๐š๐ญ๐š๐ก๐š๐ง' ๐ฉ๐š๐๐š ๐๐ข๐ฌ๐š๐ฎ ๐๐ซ๐ž๐ฆ๐ข๐ฎ๐ฆ ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐๐š๐ก

Apabila melihat sebilah pisau buatan tangan (custom knife) yang eksklusif, mata kita pasti akan terpaku pada kehalusan perinciannya. Rekaan yang kemas, kilauan logam yang dipadankan dengan urat kayu yang menjadikan produk kraf ini mempunyai tahapnya yang tersendiri, serta motif flora yang timbul membuatkan sesiapa sahaja terpikat. Salah satu produk kraf yang mencuri perhatian ialah hasil tangan En. Sazali, usahawan kraf negeri Kedah yang berbakat besar. Membawa angka tahun 1998 pada bilahnya, pisau ini bukan sekadar alat pemotong biasa, tetapi merupakan hasil seni bernilai tinggi yang menyimpan bukti ketekunan dan kesabaran luar biasa daripada pembuatnya.

Namun, bagi peminat tegar mahupun orang awam, sering timbul kekeliruan tentang teknik sebenar yang digunakan untuk menghias hulu dan bolster (pelindung tangan) pisau premium tersebut. Adakah ia engrave atau inlay? Bagi merungkai teka-teki ini, mari kita fahami kedua-dua teknik seni logam dan kayu ini mengikut istilah rasmi bahasa Melayu seperti yang digariskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Jika anda memerhatikan bahagian logam berkilau (bolster) sebelum bermulanya bilah pisau, terdapat motif dedaunan klasik yang sangat halus dan mendalam. Ini dikategorikan sebagai teknik engrave, atau dalam istilah tepat DBP dipadankan sebagai Ukiran Gores atau Ukiran Tekat Logam. Untuk menghasilkan produk kraf ini, En. Sazali menggunakan alat khas seperti graver atau pahat mikro bagi memotong, membuang, dan mengurangkan sebahagian permukaan logam keluli secara manual. Proses yang menuntut tumpuan penuh ini akhirnya berjaya menghasilkan lurah, bayang, dan tekstur timbul yang menghidupkan motif flora tersebut.

Seterusnya, keindahan pisau ini beralih p**a pada pemegang kayu jenis burl yang kaya dengan corak pusaran semula jadi yang memukau. Di atas permukaan kayu tersebut, kelihatan pin dan skru berwarna emas daripada bahan loyang yang tertanam dengan sangat kemas dan rata. Teknik ini dinamakan sebagai inlay, yang membawa maksud Tatahan atau Sulam Tampal mengikut istilah DBP. Proses menatah ini memerlukan ketelitian mekanikal yang sangat tinggi kerana En. Sazali perlu mengorek lubang pada pemegang kayu dengan saiz yang tersangat tepat. Apabila pin loyang dimasukkan dan diratakan, ia akan "tertanam" dan menyatu sepenuhnya dengan permukaan kayu tanpa meninggalkan sebarang kesan tajam atau bonjolan.

Kesimp**annya, sebab itulah pisau buatan En. Sazali ini dianggap sebagai barangan kraf kelas premium. Ia bukan sekadar menggunakan satu kemahiran, sebaliknya merupakan gabungan harmoni antara dua dunia kraf iaitu Ukiran Gores (engrave) pada logam keras dan Tatahan (inlay) pada kayu yang lembut. Keupayaan mengimbangkan dua material berbeza ini dalam satu acuan reka bentuk membuktikan bahawa usahawan kraf tempatan kita mempunyai kepakaran luar biasa yang setaraf dengan pembuat pisau antarabangsa. Syabas diucapkan kepada En. Sazali atas masterpieces yang dihasilkan, semoga seni pertukangan warisan di Kedah ini terus subur dan dihargai oleh generasi muda!

Untuk informasi lanjut boleh hubungi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Kedah di talian , 04-7144103 .
Lokasi ;

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Cawangan Kedah
Lot. 1416, KM10, Jalan Hutan Kampong
06200 Alor Setar, Kedah









20/05/2026

๐Ÿ“Œ MYCRAFTMUSEUM

"Jom terokai pengalaman sebenar dunia kraf dengan teknologi maya. Setiap langkap anda akan diiringi dengan keunikan seni kraf Malaysia."

Sila imbas kod QR yang tertera di atas untuk mengakses ke pautan Mycraftmuseum.

Kunjungi Muzium Kraf Kuala Lumpur untuk lawati pameran dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.





20/05/2026

20 MEI 2026
๐Ÿ“ŒI N F O K R A F

Bekas Gasing Bertangkai
Keunikan reka bentuk serta anyaman yang halus menjadikan produk ini sesuai digunakan sebagai bekas kacang, bekas penyimpanan barangan kecil, serta bekas cenderamata. Selain itu, ia turut berfungsi sebagai hiasan dalaman yang mencerminkan keindahan warisan seni anyaman tradisional masyarakat Rungus.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Pusat Kraf Kota Belud, Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah
๐Ÿ“ž 088-977 718








โ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ข
Jom ikuti kami di: / Follow Us On:
page :
Kraftangan Malaysia - Cawangan Sabah
Kampus Satelit IKN Sabah
Kraf Komuniti Ku Sabah
Instagram :
โ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ข
Like & Share โœŒ๏ธ๐Ÿ˜‰๐Ÿ‘ See less See less

20/05/2026

๐Ÿ๐ŸŽ ๐Œ๐„๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐ˆ๐๐…๐Ž ๐Š๐‘๐€๐…
๐‹๐€๐๐” ๐๐Ž๐‚๐Ž๐๐†
Labu bocong merupakan salah satu dari variasi bentuk-bentuk tembikar sayong. Bentuk fizikal labu ini diinsprasi dari bentuk sebenar buah labu air. Labu ini mempunyai leher yang panjang dan lurus, badan yang bulat serta tidak mempunyai tapak atau kaki pada bahagian bawahnya. Permukaan badan labu ini selalunya dihiasi dengan pelbagai motif seperti susur kelapa, siku keluang, bunga cengkih, pucuk rebung dan turisan titik.


20/05/2026
INFO KRAFHASIL RIMBA
19/05/2026

INFO KRAF

HASIL RIMBA







SABTU | HARI KE-3PROMOSI KRAF MALAYSIA 2026 AEON MALL, NILAI, NEGERI SEMBILAN KEMBALI!!๐Ÿคฉ๐Ÿคฉ๐ŸคฉJom ramai-ramai jangan lepaska...
16/05/2026

SABTU | HARI KE-3

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2026 AEON MALL, NILAI, NEGERI SEMBILAN KEMBALI!!๐Ÿคฉ๐Ÿคฉ๐Ÿคฉ

Jom ramai-ramai jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama hadir ke Promosi Kraf Malaysia 2026 AEON Mall, Nilai, Negeri Sembilan :

๐Ÿ“† 14 MEI โ€“ 24 MEI 2026
โฐ 10.00 PAGI - 10.00 MALAM
๐Ÿฌ AEON MALL, NILAI, NEGERI SEMBILAN

Selain daripada jualan produk kraf tempatan, pelbagai aktiviti menarik menanti anda yang berkunjung seperti interaktif kraf , kuiz kraf dan pelancongan serta permainan tradisional.๐Ÿซถ๐Ÿป

Moh Dogheh Kito Jumpo Kek Sanun Yo!๐Ÿƒ๐Ÿปโ€โ™‚๐Ÿƒ๐Ÿปโ€โ™€๐Ÿ’จ

โœ… Jualan Kraf (Usahawan dan Komuniti)
โœ… Pameran Produk Kraf
โœ…Padanan Perniagaan
โœ… Interaktif Kraf dan Persembahan Kesenian
โœ…Aktiviti Galakan Pengunjung (Permainan Tradisional & Kuiz)










Address

Kuala Pilah
72000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6064811045

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kraftangan Negeri Sembilan, Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kraftangan Negeri Sembilan, Malaysia:

Share