06/05/2026
KAWALAN PENYAKIT LEPTOSPIROSIS DAN PROMOSI KESIHATAN DI TAMAN REKREASI ULU BENDUL 🐀
🗓️Tarikh: 01/05/2026 (Jumaat)
📍Tempat: Taman Rekreasi Ulu Bendul (Jabatan Hutan & Majlis Daerah Kuala Pilah)
Agensi :
📌 PKD Kuala Pilah
i) Unit Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC)
ii) Unit Promosi
iii) Unit Kesihatan Pekerjaan & Alam Sekitar (KPAS)
📌 Jabatan Hutan Kuala Pilah
📌 Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP)
Aktiviti:
* Edaran risalah berkaitan risiko dan pencegahan jangkitan penyakit Leptospirosis kepada pengunjung taman rekreasi.
* Memberi pendidikan kesihatan dan nasihat kepada pengunjung berkaitan langkah pencegahan jangkitan Leptospirosis semasa menjalankan aktiviti rekreasi.
* Menasihatkan pengunjung supaya memantau simptom/ gejala penyakit selepas aktiviti berkelah atau berenang serta mendapatkan rawatan segera sekiranya bergejala.
* Menasihatkan pengunjung agar tidak melakukan aktiviti barbeque secara terus di atas tanah dan menggunakan tempat khas membakar barbeque bagi mengelakkan kehadiran tikus.