BSPT KUALA PILAH

BSPT KUALA PILAH BSPTD KUALA PILAH

06/09/2023
11/08/2023
10/08/2023
OP PEMATUHAN PERATURAN LALU LINTASHari keempat perkongsian infografik JSPT OP Pematuhan Peraturan Lalu Lintas mengenai k...
04/08/2023

OP PEMATUHAN PERATURAN LALU LINTAS

Hari keempat perkongsian infografik JSPT OP Pematuhan Peraturan Lalu Lintas mengenai kesalahan dibawah ;

Seksyen 14(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, menyatakan ;

Nombor pendaftaran bagi sesuatu kenderaan motor hendaklah dipamerkan pada plat nombor mengikut cara yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini.

Anda boleh diambil tindakan dibawah Seksyen 14(4) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu ;

Mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM300 dan tidak lebih daripada RM3,000.

Rujuk nombor pendaftaran kenderaan yang betul seperti dinyatakan dalam Kaedah 5 dan 6 Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Pendaftaran Dan Pelesenan) 1959.

Tindakan mengubah nombor plat kenderaan dan tanpa mengikut piawaian ditetapkan dengan maksud tertentu sehingga mengelirukan atau sukar dibaca menyebabkan banyak implikasi. Lebih serius adalah penglibatan dalam kes jenayah yang memerlukan pengecaman pada nombor kenderaan menyebabkan individu ini terlepas daripada tindakan undang-undang.

Justeru, JSPT menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Pastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.



OP PEMATUHAN PERATURAN LALU LINTASHari ini JSPT ingin berkongsi infografik kesalahan yang ketiga dalam OP Pematuhan Pera...
04/08/2023

OP PEMATUHAN PERATURAN LALU LINTAS

Hari ini JSPT ingin berkongsi infografik kesalahan yang ketiga dalam OP Pematuhan Peraturan Lalu Lintas salah iaitu kesalahan dibawah Kaedah 17 Kaedah-Kaedah Isyarat Lalu Lintas (LN 167/1959) – Tidak Mematuhi Lampu Isyarat Merah, menyatakan bahawa ;

- Kesalahan tidak mematuhi peraturan yang ditunjukkan lampu isyarat apabila pengguna kenderaan bergerak melebihi garisan berhenti bersama dengan isyarat-isyarat sehingga isyarat hijau ditunjukkan.

- Mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan.

Melanggar lampu isyarat merah merupakan kesalahan utama atau sering dilakukan sehingga boleh menyebabkan kemalangan jalan raya hingga meragut nyawa.

Justeru, JSPT menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Pastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.



Address

Jalan MELANG
Kuala Pilah
72000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BSPT KUALA PILAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share