BALAI BOMBA KUALA PENYU

BALAI BOMBA KUALA PENYU Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from BALAI BOMBA KUALA PENYU, Fire station, Balai Bomba dan Penyelamat, Peti Surat 128, Kuala Penyu.

πŸš’ PROGRAM CERAMAH KESELAMATAN KEBAKARAN & DEMONSTRASI BOMBA DI HOSPITAL KUALA PENYU πŸš’Pada 19 Jun 2026, anggota daripada ...
24/06/2026

πŸš’ PROGRAM CERAMAH KESELAMATAN KEBAKARAN & DEMONSTRASI BOMBA DI HOSPITAL KUALA PENYU πŸš’

Pada 19 Jun 2026, anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Penyu telah melaksanakan beberapa aktiviti keselamatan kebakaran di Hospital Kuala Penyu bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan kesedaran warga hospital dalam menghadapi situasi kecemasan.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah:

πŸ”₯ Demonstrasi penggunaan alat pemadam api
πŸšΆβ€β™‚οΈ Kawad pengungsian bangunan (Fire Drill)
πŸ’¦ Kawad basah (Demonstrasi pemadaman kebakaran)
🩹 Demonstrasi teknik mengangkat dan menyelamat mangsa dengan selamat

Program ini bertujuan memberi pendedahan praktikal kepada peserta mengenai tindakan awal yang perlu diambil semasa berlakunya kebakaran serta meningkatkan kecekapan dalam mengendalikan situasi kecemasan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Hospital Kuala Penyu atas kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung.

β€œPeriksa dan Cegah”
Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Penyu πŸš’πŸ”₯

πŸ”₯ CERAMAH KESELAMATAN KEBAKARAN, DEMONSTRASI ALAT PEMADAM API DAN PENGUNGSIAN BANGUNAN πŸ”₯Pada 18 Jun 2026, anggota Balai ...
24/06/2026

πŸ”₯ CERAMAH KESELAMATAN KEBAKARAN, DEMONSTRASI ALAT PEMADAM API DAN PENGUNGSIAN BANGUNAN πŸ”₯

Pada 18 Jun 2026, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Penyu telah melaksanakan Ceramah Keselamatan Kebakaran, Demonstrasi Penggunaan Alat Pemadam Api serta Latihan Pengungsian Bangunan di Hospital Kuala Penyu.

Program ini bertujuan meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan warga hospital mengenai langkah-langkah pencegahan kebakaran, tindakan awal semasa kecemasan serta tatacara pengungsian bangunan yang selamat dan teratur.

Selain sesi ceramah, peserta turut didedahkan dengan demonstrasi penggunaan alat pemadam api yang betul serta latihan pengungsian bangunan bagi memastikan kesiapsiagaan menghadapi sebarang insiden kebakaran.

Terima kasih kepada pihak Hospital Kuala Penyu atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini.

πŸš’ β€œPeriksa dan Cegah”
🚨 Keselamatan Tanggungjawab Bersama

02/11/2025

"Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Penyu komited melaksanakan Anti-Bribery Management System (ABMS) Sistem Pengurusan Anti Rasuah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Integriti dijunjung, amanah dipertahan. Tiada ruang untuk rasuah, hanya kejujuran dan tanggungjawab dalam setiap tindakan.
β€˜Integriti Teras Perkhidmatan, Amanah Tanggungjawab Kita!’. πŸš’πŸ”₯

πŸ”₯ Integriti Teras Perkhidmatan,
Amanah Dipikul,Maruah Dijaga! πŸ”₯








01/11/2025

Setiap pagi, sebelum api menyala β€” kami pastikan jentera siap sedia! πŸ”₯
Pemeriksaan teliti dilakukan oleh anggota bomba agar setiap enjin, hos dan peralatan berada pada tahap terbaik.
Kesiapsiagaan bukan pilihan, tapi tanggungjawab! πŸš’

Tahukah anda?Setiap hari anggota bomba melakukan pemeriksaan jentera dan peralatan bagi memastikan ia sentiasa berada da...
01/11/2025

Tahukah anda?
Setiap hari anggota bomba melakukan pemeriksaan jentera dan peralatan bagi memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan sempurna.
Inilah sebahagian rutin penting kami sebelum turun ke lapangan. πŸš’πŸ”₯

29/10/2025
Tiada istilah rehat bila soal kesiapsiagaan.Hari ini, pasukan B kami menjalankan pemeriksaan dan ujian pam portable bagi...
29/10/2025

Tiada istilah rehat bila soal kesiapsiagaan.
Hari ini, pasukan B kami menjalankan pemeriksaan dan ujian pam portable bagi memastikan setiap misi penyelamatan dapat dilaksanakan dengan lancar.
Sentiasa bersedia, berani dan berkhidmat! πŸ’ͺ
πŸ”₯

β€œBersedia, Berani, Berkhidmat β€” Demi Menyelamatkan Nyawa dan Harta.”

🌊πŸ”₯ UJIAN KOMPETENSI PRAKTIKAL PASUKAN PENYELAMAT DI AIR (PPDA) πŸ”₯🌊BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT KUALA PENYUPada 28 Oktober 2...
28/10/2025

🌊πŸ”₯ UJIAN KOMPETENSI PRAKTIKAL PASUKAN PENYELAMAT DI AIR (PPDA) πŸ”₯🌊
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT KUALA PENYU

Pada 28 Oktober 2025 (Selasa), seramai 16 anggota wira merah Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Penyu telah menunjukkan ketangkasan, keberanian dan semangat juang luar biasa dalam ujian kompetensi praktikal PPDA! πŸ’ͺπŸš’

Di bawah bimbingan pegawai penguji berwibawa, PKPgB Fazizul bin Borhan dan PBT II Mohd Kadzri bin Raus, latihan ini bukan sekadar ujian β€” tetapi bukti kesiapsiagaan pasukan dalam menghadapi cabaran sebenar di air. πŸŒŠβš“

Setiap percikan air membawa semangat, setiap misi membawa tanggungjawab β€” demi keselamatan nyawa dan kesejahteraan masyarakat! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ”₯

πŸ”₯ AUDIT PEMANTAUAN SEMAKAN 1 SISTEM PENGURUSAN KUALITI (QMS) ISO 9001:2015 (PENSIJILAN SIRIM) πŸ”₯Tarikh: 28 Oktober 2025 (...
28/10/2025

πŸ”₯ AUDIT PEMANTAUAN SEMAKAN 1 SISTEM PENGURUSAN KUALITI (QMS) ISO 9001:2015 (PENSIJILAN SIRIM) πŸ”₯

Tarikh: 28 Oktober 2025 (Selasa)
Tempat: Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Penyu

Audit Pemantauan Semakan 1 bagi Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015 tahun 2025 telah dijalankan oleh Encik Mohd Nasim bin Zakaria selaku auditor. Turut hadir sebagai pegawai pengiring,TPgB II Mohd Yusaimi bin Zulkifli.

Kehadiran mereka telah disambut oleh PgKB II Hussein bin Abdul (Ketua Zon 2), PPgB Zulhalim bin Abidin (Ketua Balai BBP Kuala Penyu), pegawai-pegawai zon serta seluruh warga BBP Kuala Penyu.

Audit ini menumpukan kepada penilaian tahap kepatuhan terhadap standard ISO 9001:2015, melalui semakan terhadap dokumen, rekod dan pelaksanaan pengurusan kualiti di balai.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua warga BBP Kuala Penyu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penyediaan dokumen, rekod serta maklumat sokongan sepanjang proses audit.

Komitmen, disiplin serta kerjasama padu yang ditunjukkan telah memastikan audit berjalan dengan lancar, teratur dan cemerlang.

Audit ini merupakan langkah penting dalam memastikan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terus mengekalkan standard kecemerlangan bertaraf antarabangsa (ISO 9001:2015).

BBP Kuala Penyu akan terus teguh berkomitmen mengekalkan tadbir urus kualiti yang unggul, demi memastikan setiap tindakan, setiap tugasan, dan setiap perkhidmatan mencerminkan kecemerlangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. πŸ’ͺπŸ”₯

πŸ”₯ β€œKualiti Terjamin, Perkhidmatan Cemerlang.” πŸ”₯

πŸ”₯ 23 Oktober 2025 | Audit Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) Dalaman JBPM πŸ”₯Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Penyu hari ini ...
23/10/2025

πŸ”₯ 23 Oktober 2025 | Audit Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) Dalaman JBPM πŸ”₯

Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Penyu hari ini menerima kunjungan pasukan audit daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) SABAH yang diketuai oleh Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Dan Balai:

πŸ‘¨β€πŸš’ PgKB II Mohd Alfian bin Salioh (Operasi Negeri Sabah)

Diiringi oleh:

πŸ‘¨β€πŸš’ PKPgB Mohd Ishak bin Amran (Operasi Negeri Sabah)

πŸ‘¨β€πŸš’ PPgB Mohd Johainin bin Roslan (Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sabah

Kehadiran mereka telah disambut oleh PBK I AK Rafie Pg Baha bersama Pegawai Bomba BBP Kuala Penyu dengan penuh semangat dan kesiapsiagaan. πŸ’ͺπŸ”₯

Audit ini dijalankan bagi memastikan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) JBPM terus mengekalkan standard kecemerlangan bertaraf antarabangsa (ISO 9001:2015)
satu langkah penting dalam memastikan mutu perkhidmatan bomba sentiasa berada di tahap tertinggi, berdisiplin dan berintegriti.

πŸ”₯ Tahniah kepada semua warga BBP Kuala Penyu diatas komitmen yang diberikan.Sentiasa Cemerlang, Sentiasa Bersedia! πŸ”₯

Address

Balai Bomba Dan Penyelamat, Peti Surat 128
Kuala Penyu
89747

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BALAI BOMBA KUALA PENYU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share