25/08/2026
25/8/2026 (Selasa) - Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Sabah
Pagi ini Majlis Daerah Kuala Penyu menyertai Perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah di bawah kontinjen Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah. MDKP diketuai Pegawai Eksekutif, Puan Norliza binti Shafie bersama 14 kakitangan lain merupakan sebahagian dari Kontinjen yang teramai pada tahun ini dengan jumlah 650 orang merangkumi anggota pelbagai agensi di bawah KKTP.
Dikesempatan ini Pegawai Eksekutif menzahirkan rasa syukur kerana dapat turut serta dalam perarakan ini bagi memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Sebelum itu beliau berkesempatan menyampaikan perutusan kepada kakitangan sempena hari yang barokah ini.
"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana pada hari yang penuh keberkatan ini, kita diberi peluang untuk bersama-sama memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Sambutan Maulidur Rasul bukan sekadar perhimpunan tahunan, tetapi merupakan medan muhasabah untuk kita menyuburkan kembali rasa cinta (mahabbah) kepada Rasulullah SAW dengan mengamalkan sunnah baginda.
Baginda Nabi SAW diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia, sebagaimana sabda:
ุฅูููู
ุง ุจูุนูุซูุชู ูุฃูุชูู
ููู
ู ุตูุงููุญู ุงูุฃูุฎูููุงูู
"Sesungguhnya aku diutuskan hanya untuk menyempurnakan akhlak yang mulia."
(HR Ahmad)
Sebagai keluarga MDKP, marilah kita jadikan akhlak Nabi SAW sebagai kompas dalam menjalankan tanggungjawab dan berkhidmat pada masyarakat โamanah, saling membantu, berintegriti, dan memperkasakan silaturahim sesama kita.
Rasulullah SAW juga mengingatkan kita tentang pentingnya Kasih Sayang sesama saudara:
ูุง ููุคูู
ููู ุฃุญูุฏูููู
ู ุญูุชููู ููุญูุจูู ูุฃุฎูููู ู
ุง ููุญูุจูู ููููููุณููู
"Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri."
(HR al-Bukhari & Muslim)
Semoga agensi kita ini terus menjadi wadah penyatuan warga Kuala Penyu dengan berteraskan nilai-nilai Islamiah, harmoni, dan diberkati Allah SWT.
Marilah kita basahi lidah kita dengan memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW.
Selamat Menghayati Sambutan Maulidur Rasul
Wabillahi taufik walhidayah, wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.