Pejabat Zon Beaufort Jabatan Bomba Dan Penyelamat

Pejabat Zon Beaufort Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pejabat Zon Beaufort adalah mempunyai 5 seliaan balai dalam kawasan Beaufort. Antaranya, BBP Kuala Penyu, BBP Beaufort, BBP Kimanis, BBP Sipitang dan BBP Papar

🌾 Salam Kaamatan 2026 🌾Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada semua warga Sabah dan seluruh rakyat Malaysia yang meraik...
29/05/2026

🌾 Salam Kaamatan 2026 🌾

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada semua warga Sabah dan seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya. Semoga sambutan Kaamatan tahun ini membawa kegembiraan, kesyukuran serta mengeratkan lagi semangat perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat.

“Kaamatan : Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian”

Ikhlas daripada

✨ Pejabat Zon 2 (Beaufort)✨

✨ Di sebalik ibadah korban, tersimpan makna keikhlasan.✨ Di sebalik pengorbanan, terjalin kasih dan persaudaraan.Semoga ...
26/05/2026

✨ Di sebalik ibadah korban, tersimpan makna keikhlasan.
✨ Di sebalik pengorbanan, terjalin kasih dan persaudaraan.

Semoga Aidiladha kali ini membawa sinar kebahagiaan, keberkatan serta mengeratkan silaturahim dalam kehidupan kita semua.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H

Daripada
Zon 2 (Beaufort) JBPM Negeri Sabah

🎳 PERTANDINGAN BOWLING PERISMA PERINGKAT ZON 2 (BEAUFORT) 🎳Anjuran PERISMA Zon 2 JBPM Negeri Sabah 23 Mei 2026 (Sabtu)My...
25/05/2026

🎳 PERTANDINGAN BOWLING PERISMA PERINGKAT ZON 2 (BEAUFORT) 🎳
Anjuran PERISMA Zon 2 JBPM Negeri Sabah

23 Mei 2026 (Sabtu)
My Bowl, 1 Borneo Hypermall, Kota Kinabalu Sabah.
1000 Pagi hingga 1500 Petang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan penuh semangat kesukanan dan ukhuwah, telah berlangsung Pertandingan Bowling PERISMA Peringkat Zon 2 (Beaufort) yang menghimpunkan pelbagai agensi dan pasukan bagi mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama dan perpaduan.

Sebanyak 9 pasukan telah mengambil bahagian iaitu:
✨ PDRM
✨ NAVY / TLDM
✨ PERISMA HQ dan Zon 2 JBPM Negeri Sabah
✨ PUSPANITA SPRM Negeri Sabah
✨ Briged Sabah PGA
✨ BBP Sipitang
✨ BBP Papar
✨ BBP Beaufort
✨ BBP Kuala Penyu

Pertandingan ini bukan sahaja menjadi medan persaingan sihat, malah platform terbaik untuk memperkukuhkan hubungan persaudaraan, semangat berpasukan dan jaringan kerjasama antara agensi.

“Sukan menyatukan kita, silaturahim menguatkan kita.” 🤝
Menang atau kalah bukan ukuran utama, sebaliknya semangat kebersamaan, disiplin dan ukhuwah yang terjalin menjadi kejayaan sebenar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pasukan, urus setia serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan demi melahirkan warga kerja yang aktif, sihat dan bersatu hati.

🎳 STRIKE semangat, SPARE persahabatan, dan kemenangan milik semua! 🎳






20 Mei 2026Pejabat Daerah PaparKUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT DAERAH PAPARKunjungan Hormat Ketua Zon 2 (Beaufort), PgKB II ...
20/05/2026

20 Mei 2026

Pejabat Daerah Papar

KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT DAERAH PAPAR

Kunjungan Hormat Ketua Zon 2 (Beaufort), PgKB II Hussein Bin Hj. Abdul bersama TPgB II Dunstan Peter dan PKPgB Rozlan Bin Osman, Ketua Balai BBP Papar ke Pejabat Daerah Papar bagi membincangkan pelaksanaan Program Kesedaran Keselamatan Kebakaran yang akan diadakan di daerah Papar. Kunjungan hormat ini telah disambut oleh Puan Audrey Isabella Binti Noikin, Tuan Mohd Adnan Abdullah dan Tuan Mohd Zulhilmy Bin Zakaria.

Perbincangan ini bertujuan memperkukuhkan kerjasama strategik antara pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bersama Pejabat Daerah Papar dalam meningkatkan tahap kesedaran masyarakat berkaitan aspek pencegahan kebakaran, keselamatan awam serta kesiapsiagaan menghadapi sebarang kecemasan.

Semoga program yang dirancang ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat dan meningkatkan budaya keselamatan dalam komuniti.

12/05/2026

Video Integriti Zon 2 (Beaufort)

12/05/2026

Vedio Pendek Integriti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah Zon 2 (Beaufort)

Program Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Balai Bomba dan Penyelamat Pa...
04/05/2026

Program Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Balai Bomba dan Penyelamat Papar pada 4 Mei 2026.

Program dimulakan dengan upacara menaikkan bendera Malaysia, Negeri Sabah dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, diiringi dengan nyanyian penuh semangat. Seterusnya, ucapan perutusan khas Ketua Pengarah telah disampaikan oleh PgKB II Hussein bin Hj Abdul, Ketua Zon 2 (Beaufort).

Majlis ini turut dihadiri oleh Pegawai Zon 2 (Beaufort) , Ketua Balai dari Papar, Kimanis, Kuala Penyu, Beaufort dan Sipitang serta anggota Balai Bomba dan Penyelamat Papar. Kehadiran YS PKPjB Mohd Pisar Bin Aziz, Pengarah JBPM Negeri Sabah, turut memeriahkan program dengan pelaksanaan aktiviti penanaman pokok bertemakan “50 Tahun, 50 Balai”.

Semoga sambutan ini terus menyemarakkan semangat dan dedikasi warga bomba dalam menjalankan tugas demi keselamatan masyarakat.

15/04/2026
13/04/2026

Pertandingan Kadet Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah Zon 2 (Beaufort) Tahun 2026.

🔥 PERTANDINGAN KAWAD KECEKAPAN (NATIONAL FIRE FIGHTER DRILL) JBPM SABAH 2026 🔥Telah berlangsung dengan jayanya Pertandin...
13/04/2026

🔥 PERTANDINGAN KAWAD KECEKAPAN (NATIONAL FIRE FIGHTER DRILL) JBPM SABAH 2026 🔥

Telah berlangsung dengan jayanya Pertandingan Kawad Kecekapan (National Fire Fighter Drill) peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah Tahun 2026 pada 09 hingga 10 April 2026, bertempat di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sabah.

Pertandingan ini menyaksikan penyertaan pasukan-pasukan terbaik dari seluruh negeri Sabah yang mempamerkan tahap kecekapan, disiplin tinggi serta komitmen yang luar biasa dalam setiap acara yang dipertandingkan.

👏 Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah memberikan saingan sengit dan mempamerkan semangat juang yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung.

💪 “Kejayaan bukan hanya diukur melalui kemenangan, tetapi melalui usaha, disiplin dan semangat tidak berputus asa dalam setiap cabaran yang ditempuhi.”

Semoga pertandingan ini terus menjadi platform untuk meningkatkan kemahiran, memperkukuhkan kerjasama berpasukan serta melahirkan anggota bomba yang lebih cekap, pantas dan profesional.

🚒 Syabas dan teruskan kecemerlangan!

Address

Kuala Penyu

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6087884221

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Zon Beaufort Jabatan Bomba Dan Penyelamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Zon Beaufort Jabatan Bomba Dan Penyelamat:

Share