03/06/2026
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐈𝐊 (𝐀𝐏𝐁) 𝐙𝐎𝐍 𝟒 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐍𝐄𝐑𝐔𝐒 / 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟔.
📍 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐢𝐭, 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐍𝐞𝐫𝐮𝐬, 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐁𝐚𝐫𝐮 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐍𝐞𝐫𝐮𝐬
📅 𝟑 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔
Pada 3 Jun 2026, Program Seminar Pengurusan Amalan Pertanian Baik (APB) Zon 4 : Kuala Nerus/Kuala Terengganu 2026 telah berlangsung di Dewan Serindit hasil kerjasama antara Pejabat Pertanian Daerah Kuala Nerus, Pejabat Pertanian Daerah Kuala Terengganu.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta meningkatkan kefahaman peserta berkaitan pelaksanaan Amalan Pertanian Baik (APB) dalam sektor pertanian.
Sepanjang seminar berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai topik menarik antaranya pengenalan kepada APB, kaedah pengisian sistem myGAP Tanaman, myGAP PF dan myGAP TBM, myOrganik, myGAP AM, serta tatacara pengisian rekod ladang yang betul dan sistematik.
Program ini telah dihadiri oleh lebih kurang 100 orang peserta yang terdiri daripada pengusaha dan penggiat sektor pertanian di sekitar Daerah Kuala Nerus dan Daerah Kuala Terengganu.
Turut diadakan ialah beberapa booth pameran seperti Pameran biosekuriti tumbuhan, kawalan racun perosak dan baja serta pelbagai lagi pameran berkaitan pertanian.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini serta kepada para peserta yang telah memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang seminar berlangsung.