Sk Tunku Abdul Rahman Putra

Sk Tunku Abdul Rahman Putra PAGE SKTARP UTK SEMUA MAKLUMAT

Dimaklumkan bahawa Cuti Pertengahan Tahun bermula pada 22 Mei 2026 (Jumaat) hingga 6 Jun 2026 (Sabtu). Sesi persekolahan...
23/05/2026

Dimaklumkan bahawa Cuti Pertengahan Tahun bermula pada 22 Mei 2026 (Jumaat) hingga 6 Jun 2026 (Sabtu). Sesi persekolahan akan bermula semula seperti biasa pada 7 Jun 2026 (Ahad).

Semoga cuti pertengahan tahun ini dapat memberi ruang untuk anak-anak menyegarkan minda. Jangan lupa siapkan kerja sekolah dan jumpa lagi di sesi pembelajaran akan datang!

Insya-Allah.

GURU BITARA, NADI NEGARASelamat Hari Guru 2026! Terima kasih atas dedikasi, inspirasi, dan usaha tak kenal lelah anda da...
15/05/2026

GURU BITARA, NADI NEGARA

Selamat Hari Guru 2026! Terima kasih atas dedikasi, inspirasi, dan usaha tak kenal lelah anda dalam membentuk masa depan yang lebih cerah.
Guru Bitara, Nadi Negara!

Jasamu dikenang, budimu disanjung.Semoga semua guru sentiasa diberkati, dilindungi dan dirahmati oleh Allah SWT setiap masa.

Mendidik bukan sekadar pekerjaan, ia adalah satu seni membentuk manusia. Terima kasih atas kesabaran dan kasih sayang cikgu. Terima kasih kerana menjadi pelita yang menerangi jalan ilmu.

Selamat Hari Guru 2026!"

Tahun Ini, Tahun Kita
"Guru Bitara, Nadi Negara"








SOROTAN LENSA WARNA WARNI KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SEKOLAH TAHUN 2026 YANG KE-41 SABTU | 9 MEI 2026 | PADANG SKTARP | ...
14/05/2026

SOROTAN LENSA WARNA WARNI KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SEKOLAH TAHUN 2026 YANG KE-41

SABTU | 9 MEI 2026 | PADANG SKTARP |

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua warga SKTARP atas kejayaan cemerlang dalam sukan! Usaha gigih, semangat juang, dan kerja berpasukan anda benar-benar membuahkan hasil. Syabas dan tahniah diucapkan, semoga semangat ini berterusan!





SOROTAN LENSA SEPANJANG MAJLIS PERSARAAN SEHARUM BUDI, SETULUS BAKTI SEMPENA PERSARAAN USTAZ IBRAHIM BIN ABD MAJID KHAMI...
14/05/2026

SOROTAN LENSA SEPANJANG MAJLIS PERSARAAN SEHARUM BUDI, SETULUS BAKTI SEMPENA PERSARAAN USTAZ IBRAHIM BIN ABD MAJID

KHAMIS | 14 MEI 2026 | KAFETERIA SK TUNKU ABD
RAHMAN PUTRA

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz Ibrahim bin Abd Majid atas segala jasa, ilmu, dan dedikasi yang dicurahkan. Semoga persaraan ini membawa ketenangan dan ustaz sentiasa dalam rahmat Allah . Jasa dan tunjuk ajar ustaz akan terus hidup dalam diri kami. Selamat bersara dengan penuh kemuliaan.

Aamiin ya mujib. Insya-Allah.

Address

@SKTARP
Kuala Nerang
06300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047866775

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sk Tunku Abdul Rahman Putra posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Sk Tunku Abdul Rahman Putra:

Share