Laskar Penerangan

Laskar Penerangan "ANGKATAN MEDIA PENERANGAN UMNO"

Memaparkan dan membincangakan isu politik semasa, permasalahan dan idea-idea demi pembangunan dan memajukan Padang Terap.

UMNO DULU KINI SELAMANYA

Ramai yang ulas kenapa rakyat menolak PH. Macam-macam kesimp**an dan pandangan diberi.Pada aku, antara faktor utama peno...
02/08/2026

Ramai yang ulas kenapa rakyat menolak PH. Macam-macam kesimp**an dan pandangan diberi.

Pada aku, antara faktor utama penolakan rakyat ni ada beberapa :

1. Double standard yang jelas
Isu layanan double standard ini antara punca terbesar rakyat marah, terutamanya orang Melayu Islam.

Orang masih ingat kes pesara askar kena penjara 2 tahun, didenda RM50k kerana ceroboh tanah kerajaan tanam sayur. Bila kes penceroboh tanah di Raub, Lipis, dan lain-lain, tindakan tak sama. Penguatkuasa pergi nak tebang pokok pun MP DAP datang sekat. Lastnya diputihkan.

Orang masih ingat peristiwa Kampung Baru, penduduk dihalau dengan tegas dan keras. Sebulan selepas itu, di Jinjang p**a, tindakan tidak sekeras itu. Bahkan beri tempoh lagi.

Orang masih ingat kes tukang kayu Melayu di penjara di bulan puasa, beraya kat dalam kerana ugut Harith Iskandar yang mainkan sentimen agama. Pantas sungguh hukumannya.

Bila kes ugut bun*h Firdaus Wong, bertahun suspek masih tak kena apa-apa. Suspek hanya dipanggil rakam keterangan.

Orang masih ingat ada netizen dihadapkan ke mahkamah kerana komen 'ketimbang', kes Jorjet Myla kena reman 3 hari kerana kritik pengurusan negara.

Orang tak lupa Tony Pua yang ada 140 report polis dan 59 report polis (2 kes berbeza isu hina Istana), Nga Kor Ming 69 report polis, Ngeh Koo Ham, Teressa Kok dan ramai lagi hanya dirakam keterangan.

Orang juga tak lupa admin page yang didakwa muat naik gambar menghina Sultan Selangor hanya dirakam percakapan tanpa kena rampas gadget, phone, laptop seperti Aliff Ahmad kena.

Orang tak lupa bagaimana Tamim Dahri direman berkali-kali, diletak nama sebagai Wanted, kena Red Notice Interpol lagi hanya kerana kesalahan kecil.

Orang tak lupa bagaimana penceroboh tanah umat Islam masih bebas walau terbukti menceroboh dan buat binaan secara haram.

Rakyat tak lupa 1001 lagi kes double standard depan mata, real berlaku.

Rakyat pendam dan akan terjemahkan atas kertas undi. Dan itulah yang berlaku di PRN Johor dan Negeri Sembilan. Dan akan terus berlaku di seluruh negara sebenarnya.

2. Influencer PH dan Ceplos

Rafizi Ramli pernah bagitahu, PH akan jatuh kerana Ceplos yang pakai fake acc, lock profile, komen memb@b1 buta, mengecam tanpa had, berhujah dengan maki hamun, memfitnah, membun*h karektor pihak lawan, menyerang personal dan langsung tak berhujah berlandaskan ilmu.

Rakyat perhati je perangai mereka yang buruk dan berniat jahat itu. Mereka membawa gambaran itulah perangai penyokong PH. Ia membuatkan rakyat meluat dan benci.

Sama juga influencer PH yang kerja maki hamun, cari gaduh dengan netizen, tak guna akal dan hujah pun dalam video, live dan penulisan mereka.

Mereka nampak ada 1k-2k like melalui penulisan, video mereka, mereka ingat rakyat lain s**a. Padahal ratusan ribu yang menonton/membaca content mereka sangat menyampah dan memendam rasa.

Report yang dibuat terhadap page, acc ceplos dan influencer PH tidak langsung diambil tindakan. Sebaliknya yang kritik kerajaan, laju benar posting mereka diturunkan.

Rakyat perhati je hal ini. Tunggu hari buang undi baru mereka zahirkan perasaan marah mereka.

3. Isu sensitif melibatkan Raja dan Agama Islam

Faktor ini pun menjadi satu turning point rakyat atas pagar yang sebelum ini undi PH tukar arah undi BN/PN.

Raja-Raja diperlekeh oleh pemimpin DAP, mereka pertikai setiap arahan Sultan tanpa dikenakan tindakan. Ada ulas dalam bab 'Double standard' dah point ni.

Bab sentimen agama bilamana kes ladang b@b1 kat Selangor, Sultan bagi titah pun masih mereka pertikaikan, jadi salah satu punca rakyat benci juga. Pemimpin Melayu Islam PH tak ada ke depan pertahankan isu titah Sultan, bahkan diam sahaja melihat pemimpin DAP pertikaikan gitu gini.

Rakyat melihat.
Rakyat menilai.
Rakyat memendam rasa.
Sampai masa membuang undi, masa itu rakyat zahirkan apa rasa yang mereka pendam selama ini.

4. Sindiran kata 'rakyat bodoh pilih parti sakau' dan seumpamanya dengannya pun membuatkan rakyat tambah meluat dan benci.

Rakyat pernah hidup di bawah pimpinan kerajaan BN yang tak pernah tertewas dalam masa 60 tahun.

Rakyat pernah swing undi menangkan PH pada 2018 sebab dah muak dengan pelbagai isu dalam BN.

Sebalik swing, mereka nak lihat reformasi dan perubahan yang sering dilaungkan sejak 1998. Rupanya hampa, tak banyak perubahan seperti mana janji yang ditaburkan dulu.

Rakyat menilai bagaimana kaum Melayu dan agama Islam makin tersisih bila PH 1.0 pada 2018 memerintah. Isu Jawi 3 muka surat menjadi isu negara hingga kerajaan kena tunduk. Isu komik propaganda komunis dan DAP masuk ke sekolah-sekolah seluruh negara tidak dilupakan.

Komik yang ditulis oleh Hew Kuan Yau (Superman Hew) itu menukar naratif sejarah, mengagungkan komunis, mempertikaikan perjuangan tokoh terdahulu dan pelbagai isu lagi hingga diharamkan. Boleh Google hal komik propaganda ini untuk maklumat lebih tepat.

Rakyat merasa perubahan pentadbiran dari pelbagai parti yang memerintah Malaysia sejak 2018. Mereka menilai prestasi setiap satu daripada mereka, mereka buat perbandingan dan mereka putuskan sebenarnya yang mana terbaik lantas mereka terjemahkan sokongan mereka atas kertas undi.

Mereka rasai sendiri pengalaman real berada bawah pimpinan parti itu parti ini. Dan akhirnya mereka memilih parti mana yang paling baik dan kurang mudarat.

Fuh, baru tulis empat point dah panjang berjela dah. Cukuplah tu. Tulis panjang-panjang bukan orang baca. 😝

Cuma nak habaq, ni pandangan peribadi aku ja. Tak payah gaduh kalau berbeza pandangan pun. Tak jadi musuh aih setakat berbeza pandangan politik ni.

Hangpa nak tambah point lain, silakan lah.

02/08/2026

SEREMBAN: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memaklumkan akan menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan terlebih dahulu bagi menentukan calon Menteri Besar.

02/08/2026
02/08/2026

Syabas & tahniah buat Barisan Nasional di atas kemenangan dalam PRN Negeri Sembilan kali ini.

Setinggi penghargaan kepada seluruh jentera BN yang telah bertungkus lumus bekerja memastikan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional.

Dan jutaan terima kasih kepada rakyat Negeri Sembilan khususnya di atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada calon-calon BN.

Sesungguhnya mandat besar ini bukan hanya untuk dirai dan disyukuri.

Tetapi ia adalah satu amanah yang perlu dipikul dengan penuh rasa tanggungjawab.

Semoga Negeri Sembilan akan terus melangkah sebagai sebuah negeri yang maju, makmur & sejahtera. Insya-Allah.

02/08/2026

Alhamdulillah!

Kemenangan ini adalah kemenangan rakyat. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh pengundi, para penyokong, jentera serta calon-calon Barisan Nasional dan Perikatan Nasional yang telah berjuang dengan penuh kesungguhan sehingga membawa kepada kemenangan bersama ini.

Kita sambut kemenangan ini dengan penuh kesyukuran, tawaduk dan rendah hati. Amanah yang diberikan rakyat ini akan kami pelihara sebaik-baiknya.

Perjuangan tidak berhenti di sini. Dengan semangat muafakat dan kebersamaan, kita terus melangkah ke hadapan untuk bekerja, berkhidmat dan membela rakyat Negeri Sembilan.

Bersama kita menang, bersama kita pikul amanah.

02/08/2026

Kepada Ayahanda,

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada Ayahanda Najib Razak. Tahun ni termasuk tahun keempat tidak bebas raikan bersama dengan keluarga.

Ayahanda sentiasa tabah, tenteram dan sabar dalam hadapi masalah. Malah banyak kali dilihat dengan senyuman tenang hadapi segala bentuk ujian.

Kesabaran luar biasa ni menjadi kekuatan dan inspirasi kepada kami semua yang hadapi ujian di luar yang mungkin tidak sehebat apa yang dihadapi oleh Ayah.

Semoga sentiasa sihat, tabah dan istiqamah menghadapi ujian. Kami yakin kebenaran akan muncul akhirnya dan sentiasa menanti kep**angan Ayah ke pangkuan keluarga.

Selamat Hari Lahir ke 73.

02/08/2026

KERJASAMA BN + PN
" terbukti diterima majoriti rakyat "

Kemenangan BN + PN dalam PRN16 Negeri Sembilan setelah kemenangan besar BN di PRN Johor membuktikan rakyat mahukan sebuah kerajaan yang kuat, dan mampu kekalkan kestabilan.

Kemenangan ini juga membuktikan majoriti rakyat menerima kerjasama BN dan PN. Ini lah pilihan terbaik.

Percayalah kepentingan rakyat pelbagai kaum akan dijaga oleh BN PN.

Terima Kasih
RAKYAT NEGERI SEMBILAN

SHAMSUL ANUAR NASARAH
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO

LENGGONG LEMBAH WARISAN DUNIA/WORLD HERITAGE SITE Kementerian Dalam Negeri (KDN) Sayangi Lenggong Studio : Persatuan Anak Gerik Di Perantauan Penerangan UMNO Malaysia

Address

Pejabat UMNO Bahagian Padang Terap
Kuala Nerang
06300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Laskar Penerangan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share