22/05/2026
Pengkebumian Masyarakat Orang Asli
Dari aspek kepercayaan, masyarakat Orang Asli mempunyai adat resam dan kepercayaan animisme yang berhubungkait dengan peranan dewa, keramat dan roh. Pandangan hidup mereka banyak dipengaruhi oleh keadaan fizikal alam sekeliling di persekitaran yang didiami. Hutan rimba, gunung, bukit dan sungai dianggap mempunyai makna tersendiri bagi kosmologi masyarakat ini yang membawa kepada perlakuan-perlakuan ritual dan pantang larang dalam kehidupan seharian mereka.
Komuniti mereka berpegang kepada perantara agama yang dikenali sebagai Tok Halaq atau Poyang (Bomoh) yang berperanan dalam menentukan aspek ritual dan penyaluran kepercayaan mereka. Kepercayaan ini termasuklah dalam menguruskan hal kematian kerana terdapat pelbagai adata turun temurun yang mesti dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas proses pengkebumian. Umumnya bila berlaku kematian, mayat biasanya dibungkus atau dibalut dengan daun pisang, kulit kayu, tikar mengkuang atau buluh yang dijalin sebelum dikebumikan di dalam tanah.
Bagi sesetengah suku kaum p**a, pengkebumian dilakukan dengan meletakkan mayat di atas para kayu atau buluh yang di bina di atas pokok sebagaimana amalam suku kaum Bateq. Pada masa dahulu setiap kali berlaku kematian dalam sesebuah kampung ianya akan diikuti dengan perpindahan keseluruhan penempatan ke penempatan baru.
Sumber : Galeri Pameran Muzium Seni Kraf Orang
Penafian: Jabatan Muzium Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang lontaran pandangan dan pendapat. Raikan perbezaan dan kita sokong antara satu sama lain.