18/08/2025
PELAKSANAAN AMALAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN BACAAN IKRAR RUKUN NEGARA MINGGUAN PERINGKAT BALAI POLIS TRAVERS
IPD Brickfields, 18 Ogos 2025 (Isnin) Bertempat di perkarangan Balai Polis Travers telah dilaksanakan Nyanyian Lagu Negaraku dan Lafaz Ikrar Rukun Negara peringkat Balai Polis Travers yang dihadiri oleh SI Khuzaimah binti Hussain (Timbalan Ketua Polis Balai Travers) bersama (21) Anggota Pangkat Rendah dan (2) Pegawai Awam.
Majlis dimulakan pada jam 08.00 pagi dengan nyanyian (3) buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Sang Saka Biru, Lagu Polis Sedia Berkhidmat serta disusuli Bacaan Doa Ummul Kitab Al-Fatihah yang dipimpin oleh Kpl Mohd Saiful bin Ghaffar dan Lafaz Ikrar Rukun Negara diketuai oleh Konst Sterry Bryn Anak Bujang.
Pelaksanaan yang diadakan secara mingguan ini bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat patriotisme, disiplin, dan nilai tatakelola dalam kalangan penjawat awam, khususnya anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ini selaras dengan usaha memastikan setiap anggota menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat supaya terus cekap dan berkesan.
Di samping itu, majlis ini juga menjadi platform bagi menzahirkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada negara, diiringi dengan komitmen yang tinggi terhadap integriti dan profesionalisme. SI Khuzaimah binti Hussain turut melaksanakan pemeriksaan kekemasan diri anggota balai bagi memastikan setiap anggota tampil dengan disiplin dan penampilan yang kemas selaras dengan standard yang ditetapkan.
Majlis ini telah berjalan lancar dan berakhir dengan jayanya pada jam 08.30 hrs.