29/05/2026
Kemeriahan di reruai Balai Seni Negara pada Hari Pertama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026.
Jom ke reruai Balai Seni Negara dan raikan dunia buku, seni serta kreativiti dalam suasana yang penuh inspirasi.
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda seperti Lakaran Doodle & Karikatur, ‘Knitted Wire Art’, Kaligrafi: Dari Jari ke Hati, serta demo menghasilkan “Pressed Flower Keychain & Frame”. Turut diadakan ialah sesi Bicara Seni yang pastinya memberi pengalaman ilmiah buat semua.
Buat pengunjung PBAKL 2026, jangan lepaskan peluang mendapatkan buku-buku dan cenderamata eksklusif terbitan Balai Seni Negara dengan pelbagai diskaun menarik!
📍 Reruai 403, Dewan Tun Hussein Onn, Aras 2
📅 29 Mei – 7 Jun 2026
⏰ 10.00 pagi – 10.00 malam
📌 World Trade Centre, Kuala Lumpur
🎟️ Masuk PERCUMA!
Jumpa anda di sana!