02/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐
01 Mei 2026, Jumaat โ Pejabat ini telah menerima perkhabaran duka atas pemergian Allahyarham Jibra Bin Dumaring yang berasal dari Kg Indera Sabah, Jalan Apas, Tawau, Sabah. Allahyarham dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Shah Alam, Selangor akibat haemorrhagic shock secondary. Allahyarham telah menetap di Semenanjung Malaysia sejak 8 tahun yang lalu.
Sehubungan itu, PPNSKL telah membantu menguruskan penghantaran balik jenazah Allahyarham dari Hospital Shah Alam, Selangor ke Tawau, Sabah bagi tujuan pengebumian. Segala kos penghantaran jenazah ditanggung sepenuhnya oleh PPNSKL.
Seluruh warga PPNSKL merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.