25/03/2026
Assalamualaikum & salam sejahtera semua 👋
Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami team kembara KSK PTPTN
Untuk makluman, ini adalah logo rasmi baharu Kembara KSK PTPTN yang akan menggantikan logo lama bermula sekarang.
Sedikit perkongsian mengenai Kembara KSK PTPTN:
Kembara ini bukanlah satu kelab asing yang tiba-tiba ditubuhkan. Ia sebenarnya adalah satu inisiatif daripada ahli-ahli KSK sendiri, khususnya bagi mereka yang mungkin kurang berminat atau kurang berpeluang menyertai sukan-sukan utama anjuran PTPTN.
Konsep Kembara lebih kepada “nature explore” – santai, menikmati alam, tetapi dalam masa yang sama ada elemen adventure. Aktiviti ini juga mengutamakan ahli KSK, di samping membuka ruang kepada sahabat-sahabat dan rakan strategik PTPTN (warga luar) untuk turut serta.
Antara objektif utama:
• Memberi ruang kepada ahli untuk release stress & rehat minda selain fokus kerja harian
• Mewujudkan aktiviti santai hujung minggu yang sihat
• Mengeratkan silaturahim sesama ahli
• Dalam masa sama, membantu meluaskan network seperti yang pernah disarankan oleh Encik Dasuki Ketua Eksekutif PTPTN
Perkara penting (Disclaimer):
Untuk program-program akan datang, Kembara tidak lagi menggunakan dana KSK, kecuali mungkin dalam bentuk sumbangan saguhati kepada ahli KSK yang terlibat. (Atas kelulusan KSK)
Akhir sekali, harapan kami agar inisiatif Kembara ini dapat dilihat dari sudut yang positif – sebagai satu usaha untuk membawa keseimbangan antara kerja, kesihatan dan hubungan sesama kita.
Terima kasih atas sokongan semua 🙏 jumpa next siri semua