05/05/2026
MYSA, DBKK METERAI KERJASAMA STRATEGIK PERKASA TADBIR URUS BANDARAYA MELALUI TEKNOLOGI ANGKASA
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) strategik dalam usaha memperkasa kecekapan tadbir urus serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan bandaraya melalui penggunaan teknologi angkasa.
MoU tersebut telah ditandatangani oleh YBhg. Datoโ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu dan YBhg. Datoโ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA, serta disaksikan oleh YB Datuk Joniston Bangkuai, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Menteri yang bertanggungjawab kepada DBKK. Majlis telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), 5 Mei 2026. Pemeteraian MoU ini amat signifikan ketika negara sedang giat memperkasa pembangunan sektor angkasa secara terancang dan berdaya saing selaras dengan aspirasi Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030).
Skop kerjasama ini merangkumi:
โช๏ธpembangunan dan pengoperasian sistem aplikasi berteraskan teknologi angkasa meliputi teknologi penderiaan jauh (remote sensing), GIS; dan ICT
โช๏ธintegrasi pangkalan data spatial bandar
โช๏ธpelaksanaan program latihan dan pemindahan teknologi
โช๏ธaktiviti promosi berkaitan.
Inisiatif strategik ini dijangka memperkukuh pelbagai aspek pengurusan bandar, termasuk perancangan pembangunan bandaraya, pengurusan tanah dan penilaian harta, kawalan pembangunan, serta pemantauan bencana dan keselamatan awam secara lebih efisien dan bersepadu.
MYSA komited menyusun strategi meningkatkan penerimaan teknologi angkasa membantu kecekapan pengurusan penyampaian perkhidmatan Kerajaan selaras dengan Teras 2 dalam DAN2030 iaitu menumpukan kepada teknologi, infrastruktur dan aplikasi angkasa yang signifikan kepada negara.
Angkasa untuk semua | Space for all
๐๐ก๐ญ๐๐ฐ๏ธ