Parti Keadilan Rakyat - Shah Alam

Parti Keadilan Rakyat - Shah Alam Laman rasmi Parti Keadilan Rakyat Cabang Shah Alam

30/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha buat seluruh warga Shah Alam✨Di sebalik ibadah korban, tersimpan makna cinta, taat dan pengh...
27/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha buat seluruh warga Shah Alam✨

Di sebalik ibadah korban, tersimpan makna cinta, taat dan penghambaan kepada Yang Maha Esa.

Hari Raya Aidiladha bukan sekadar sambutan, malah ia merupakan sebuah madrasah yang mendidik kita tentang erti pengorbanan yang sebenar, keikhlasan dalam memberi, serta ketaatan mutlak kepada Allah SWT.

Marilah kita mengambil semangat Aidiladha ini untuk memperkukuh ukhuwah sesama kita, saling membantu mereka yang memerlukan, dan bersama-sama membina masyarakat yang harmoni serta rahmah berteraskan aspirasi Malaysia Madani.

Tulus ikhlas daripada kami di KEADILAN Cabang Shah Alam.

13 Mei 2026Telah berlangsungnya perjumpaan di antara Setiausaha Cabang Shah Alam bersama Wanita Keadilan Padang Jawa.Age...
17/05/2026

13 Mei 2026

Telah berlangsungnya perjumpaan di antara Setiausaha Cabang Shah Alam bersama Wanita Keadilan Padang Jawa.

Agenda berkisar kepada menyampaikan info semasa, penyelarasan pendaftaran ahli baru dan penyusunan program bagi Hari Raya Aidil Adha.

Turut hadir, Tok Samsudin Nali, Ketua Kampung Padang Jawa Petaling yang juga AJK Cabang Shah Alam dan Raja Norhasliza, Ketua Ranting Padang Jawa 5.

Selamat Hari Guru 2026 “Guru Bitara Nadi Negara”Terima kasih kepada seluruh warga pendidik atas segala jasa, pengorbanan...
16/05/2026

Selamat Hari Guru 2026

“Guru Bitara Nadi Negara”

Terima kasih kepada seluruh warga pendidik atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi dalam mendidik anak bangsa demi masa depan negara. 📚🇲🇾

Ucapan tulus ikhlas daripada KEADILAN Cabang Shah Alam

08/05/2026

Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat YB Tuan Najwan Halimi, Ketua Cabang KEADILAN Shah Alam merangkap Exco Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor.

Seluruh warga Keadilan Cabang Shah Alam mendoakan agar YB dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang afiyat, serta diberkati segala urusan dunia dan akhirat. Semoga Allah SWT terus memberikan kekuatan dan hikmah kepada YB untuk terus menabur bakti demi kecemerlangan rakyat, khususnya di Shah Alam dan negeri Selangor amnya.

Barakallah Fii Umrik, YB!

JANGAN TERLEPAS! KEMASKINI STATUS KEANGGOTAAN ANDA SEKARANG 🗣️KEADILAN Cabang Shah Alam menyeru semua anggota untuk sege...
16/04/2026

JANGAN TERLEPAS! KEMASKINI STATUS KEANGGOTAAN ANDA SEKARANG 🗣️

KEADILAN Cabang Shah Alam menyeru semua anggota untuk segera menyemak status yuran melalui aplikasi ADIL. Pembayaran yuran tahun 2026 adalah penting bagi membolehkan anda memiliki kad digital dan menghadiri MATC 2026.

Mudah sahaja, semuanya di hujung jari melalui bahagian 'Profil' dalam aplikasi.

Muat turun aplikasi ADIL di App Store dan Google Play Store.

Mari kita perkuatkan barisan keanggotaan kita!

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN WANITA KEADILAN CABANG SHAH ALAM BAGI TAHUN 2026Tarikh: 19 April 2026 (Ahad)Masa: 9.00 pag...
10/04/2026

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN WANITA KEADILAN CABANG SHAH ALAM BAGI TAHUN 2026

Tarikh: 19 April 2026 (Ahad)

Masa: 9.00 pagi

Tempat: Pejabat KEADILAN Cabang Shah Alam, G-08, Blok 2, TTDI Adina, Jalan Judo 13/45, Seksyen 13 Shah Alam

Semua anggota Wanita KEADILAN Cabang Shah Alam dijemput hadir!

MISI KEMANUSIAAN: MALAYSIA KE GAZA MELALUI GLOBAL SUMUD FLOTILLA 2.0 🇲🇾🇵🇸Didoakan Misi Bantuan Kecemasan ke Gaza yang di...
06/04/2026

MISI KEMANUSIAAN: MALAYSIA KE GAZA MELALUI GLOBAL SUMUD FLOTILLA 2.0 🇲🇾🇵🇸

Didoakan Misi Bantuan Kecemasan ke Gaza yang diterajui oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor, selaku Ketua Delegasi bagi pihak Perdana Menteri Malaysia dipermudahkan dan bantuan sampai terus kepada saudara kita di Gaza yang sangat memerlukan 🤲

Misi ini bukan sekadar penghantaran bantuan, tetapi simbol Solidariti Tegas Malaysia menentang kepungan rejim Zionis.

"Dari Sungai ke Segara, Palestin Akan Merdeka!"

Selamat Ulang Tahun ke-27 Parti Keadilan Rakyat! KEADILAN Cabang Shah Alam merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas p...
04/04/2026

Selamat Ulang Tahun ke-27 Parti Keadilan Rakyat!

KEADILAN Cabang Shah Alam merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas perjuangan berterusan parti dalam menegakkan keadilan, reformasi dan suara rakyat sejak tahun 1999.

27 tahun bukan sekadar angka, tetapi lambang ketabahan, pengorbanan dan komitmen dalam membina sebuah Malaysia yang lebih adil dan inklusif.

Semoga KEADILAN terus utuh, progresif dan menjadi harapan rakyat untuk masa depan yang lebih gemilang.

Reformasi! ✊

Krisis tenaga global bukan lagi isu jauh—ia sedang memberi kesan kepada Malaysia ⚡🇲🇾Konflik di Asia Barat menjejaskan ra...
04/04/2026

Krisis tenaga global bukan lagi isu jauh—ia sedang memberi kesan kepada Malaysia ⚡🇲🇾

Konflik di Asia Barat menjejaskan rantaian bekalan tenaga dunia.

Apa langkah terbaik untuk kita hadapi situasi ini? Infografik ini menjelaskan tindakan Kerajaan Madani Malaysia di bawah kepimpinan PMX menghadapi saat genting kini.

Address

301, Lorong Selangor, Taman Melawati
Kuala Lumpur
53100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Parti Keadilan Rakyat - Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share