DACS Malaysia

DACS Malaysia Kami adalah Jabatan Seni, Budaya & Sukan, di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia.Motto kami "Duta Anak Muda". Maklumat lanjut layari-fb.com/DPPMalaysia/

DACS ( Department of Arts, Culture and Sport )
Motto : DUTA ANAK MUDA

Tahniah buat anak jati Terengganu, Muhammad Hakim Danish Ramli atas pencapaian membanggakan meraih podium P3 di Moto3 Gr...
02/06/2026

Tahniah buat anak jati Terengganu, Muhammad Hakim Danish Ramli atas pencapaian membanggakan meraih podium P3 di Moto3 Grand Prix Itali.

Semoga terus istiqamah, kekal rendah diri dan terus mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

Malaysia bangga dengan anda. Syabas Hakim Danish!

Walaupun min terlambat pos sebab pujuk Arsenal dan bunyi kata bola tu dah sampai Sungai Danube, Budapest. Jadi, masih ta...
02/06/2026

Walaupun min terlambat pos sebab pujuk Arsenal dan bunyi kata bola tu dah sampai Sungai Danube, Budapest. Jadi, masih tak terlambat untuk min ucapkan Tahniah PSG atas kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah🚀

Salam Aidiladha daripada DACS Malaysia✨🌙Hari yang penuh pengorbanan, keikhlasan dan kesyukuran. Semoga setiap ibadah yan...
26/05/2026

Salam Aidiladha daripada DACS Malaysia✨🌙

Hari yang penuh pengorbanan, keikhlasan dan kesyukuran. Semoga setiap ibadah yang dilakukan diterima Allah SWT dan setiap pengorbanan membawa keberkatan dalam hidup kita semua.

Di bumi suci, para jemaah sedang melaksanakan ibadah dengan penuh pengharapan dan doa. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka serta dikurniakan haji yang mabrur. 🤍

Selamat Hari Raya Aidiladha
Maaf Zahir & Batin daripada seluruh team DACS Malaysia

Lensa Sekitar perlawanan persahabatan DACS Malaysia
10/05/2026

Lensa Sekitar perlawanan persahabatan DACS Malaysia

“Bersukan kerana Allah, berjaya dengan disiplin.” Alhamdulillah, DGFA hari ini menerima kunjungan daripada Pengarah DACS...
10/05/2026

“Bersukan kerana Allah, berjaya dengan disiplin.”

Alhamdulillah, DGFA hari ini menerima kunjungan daripada Pengarah DACS Malaysia, Ustaz Irsyad Syafiq Burhanuddin yang turut memberikan kata-kata semangat dan nasihat buat para pelatih DGFA.

Sukan bukan sekadar mengejar kemenangan, tetapi membentuk disiplin, menjaga ibadah serta membina akhlak anak muda. Semoga semua pelatih terus istiqamah dalam latihan, pelajaran dan juga agama.

Insya-Allah, min doakan agar DGFA terus melangkah lebih jauh!





Tahniah DGFA!!!!!
10/05/2026

Tahniah DGFA!!!!!

"Friendly Match"
06/05/2026

"Friendly Match"

4 MEI 2026 - Ar-Riadhah, Kuala NerusPasukan DACSxMiS XVICTIM (DMXV) terus mengorak langkah di pentas kompetitif negara m...
05/05/2026

4 MEI 2026 - Ar-Riadhah, Kuala Nerus

Pasukan DACSxMiS XVICTIM (DMXV) terus mengorak langkah di pentas kompetitif negara melalui penyertaan dalam PUBGM Mobile Pro League Malaysia (PMPL MY Spring Season) 2026, sekali gus memperkukuhkan kehadiran DACS dalam arena esports Malaysia.

Dengan pencapaian semasa di kedudukan Top 16 Malaysia, pasukan ini menjadi manifestasi komitmen, disiplin dan kesungguhan dalam membawa nama DACS ke tahap yang lebih tinggi.

Barisan pemain yang menggalas tanggungjawab ini:
- Khairul (Zhen) – Terengganu
- Hakimi (Kiyy) – Pahang
- Darwisy (Wisy) – Terengganu/Pahang
- Irfan (Sonn) – Kuala Lumpur
- Imran (Marz) – Sarawak
- Hadeef (Hadeef) – Selangor

Perjalanan diteruskan dengan sasaran seterusnya di PUBGM Mobile National Championships (PMNC) pada hujung Jun hingga awal Julai.

⚽ TAYANGAN BIG SCREEN Manchester United VS Liverpool ⚽Semua dijemput hadir bagi memeriahkan malam penuh debaran dengan m...
03/05/2026

⚽ TAYANGAN BIG SCREEN Manchester United VS Liverpool ⚽

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan malam penuh debaran dengan menyaksikan perlawanan klasik antara dua musuh tradisi bola sepak dunia. Aksi ini akan ditayangkan secara BIG SCREEN dalam suasana santai dan meriah.

📅 Tarikh : 3 Mei 2026 (Ahad)
🕥 Masa : 10.30 malam
📍 Tempat : Reka Scape, Cyberjaya

Antara pengisian menarik:
- Peraduan Teka Skor
- Kuiz Bola Sepak
- Cabutan Bertuah
- Santai bersama Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Dia Hard Fan Liverpool)

Kehadiran anda, sama ada penyokong Manchester United mahupun Liverpool, amat dialu-alukan.

Jumpa anda di sana!

P/s : min rasa MU akan menang malam ni

  | Suku Akhir🇲🇾 Malaysia 🆚 🇨🇳 China🗓️ 1 Mei 2026⏰ 4.00 PM (MYT)📺 RTM Sukan, TV Okey, Astro ArenaSkuad lelaki negara bak...
01/05/2026

| Suku Akhir

🇲🇾 Malaysia 🆚 🇨🇳 China
🗓️ 1 Mei 2026
⏰ 4.00 PM (MYT)
📺 RTM Sukan, TV Okey, Astro Arena

Skuad lelaki negara bakal berdepan cabaran getir menentang juara bertahan dan 11 kali juara, China, dalam perebutan tempat ke separuh akhir.

Bukan tugas mudah, tetapi semangat juang dan sokongan padu rakyat Malaysia pasti menjadi kekuatan tambahan buat pasukan kita.

Ayuh kita terus berdiri teguh di belakang mereka berjuang habis-habisan demi Jalur Gemilang! 🇲🇾🔥

Address

No 318-A, Jalan Raja Laut
Kuala Lumpur
50350

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DACS Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to DACS Malaysia:

Share

Category