11/06/2026
π’ MAKLUMAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN SEPENUHNYA SISTEM TERRABOX PPTGWP
Bermula 1 Julai 2026, semua urusan perserahan dan kutipan dokumen di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTGWP) akan dilaksanakan sepenuhnya melalui Sistem TerraBox PPTGWP.
Pelaksanaan ini merupakan sebahagian daripada usaha pendigitalan perkhidmatan bagi meningkatkan kecekapan, mempercepatkan proses urusan serta memberikan pengalaman perkhidmatan yang lebih mudah, cepat dan sistematik kepada pelanggan.
β
Perserahan dokumen secara digital
β
Semakan status yang lebih pantas
β
Kutipan dokumen yang lebih teratur dan efisien
β
Mengurangkan penggunaan dokumen fizikal
Sehubungan itu, orang ramai dan pihak berkepentingan adalah disarankan untuk membuat persediaan awal dan menggunakan Sistem TerraBox PPTGWP bagi semua urusan berkaitan mulai tarikh tersebut.
βοΈ Sebarang pertanyaan, sila hubungi meja bantuan TerraBox:
π 03-2610 3337
π Hari Bekerja (Isnin β Jumaat)
8.00 pagi β 4.00 petang
π 03-8084 1008
Selain waktu pejabat dan hari bekerja:
β’ Isnin β Jumaat: 5.00 petang β 10.00 malam
β’ Sabtu & Ahad: 8.00 pagi β 12.00 tengah malam
β’ Cuti Umum: 8.00 pagi β 10.00 malam
PPTGWP komited ke arah penyampaian perkhidmatan tanah yang lebih cekap, telus dan mesra pelanggan melalui transformasi digital.