Pemuda Seputeh

Pemuda Seputeh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh P 122

25/04/2026
Pendaftaran keahlian UMNO secara online kini dibuka!Insya-Allah, prosesnya kini lebih mudah dan pantas. Saya mengajak le...
21/04/2026

Pendaftaran keahlian UMNO secara online kini dibuka!

Insya-Allah, prosesnya kini lebih mudah dan pantas. Saya mengajak lebih ramai, khususnya anak muda, untuk bersama UMNO bagi meneruskan legasi bangsa dan membina semula kekuatan parti ini menuju kegemilangan.

We want you. Kita mahukan anda.
Kerana UMNO adalah milik kita semua.

Marilah bersama-sama ke Rumah Bangsa.
Dulu, Kini & Selamanya.

Untuk yang berminat menjadi Ahli UMNO sila layari https://myumno.org/.

Bersatu • Bersetia • Berkhidmat

Sistem pendaftaran ahli UMNO secara dalam talian terus menunjukkan momentum yang memberangsangkan dengan aliran kemasuka...
21/04/2026

Sistem pendaftaran ahli UMNO secara dalam talian terus menunjukkan momentum yang memberangsangkan dengan aliran kemasukan baharu yang konsisten.

Sehingga pagi ini (hari ke-2), dashboard pendaftaran merekodkan sebanyak 3,716 permohonan keahlian baharu dalam tempoh dua hari pertama. Satu petunjuk jelas bahawa minat dan keyakinan terhadap UMNO sedang kembali segar.

Saya menjangkakan trend ini akan terus meningkat dari hari ke hari, selari dengan kesedaran masyarakat terhadap keperluan sebuah wadah perjuangan yang stabil dan berakar.

Sehubungan itu, saya ingin mencadangkan agar ahli-ahli UMNO mengambil peranan lebih proaktif dengan menjemput mereka yang berminat untuk hadir ke Persidangan UMNO Cawangan sebagai pemerhati.

Berikan mereka peluang melihat sendiri bagaimana perjalanan mesyuarat berlangsung dan bagaimana suara akar umbi diangkat dalam bentuk usul dan seterusnya diperakui untuk dibawa ke peringkat lebih tinggi untuk diperjuangkan.

Kadang kala orang luar bukan tak minat, cuma belum nampak bagaimana kita mencorakkan isi 'dalam rumah' tu.

Jika ruang ini kita buka dengan ikhlas, saya yakin ia mampu menjadi pintu masuk kepada lebih ramai golongan sasaran untuk bersama-sama memperkukuh perjuangan UMNO.

Bukan sekadar tambah angka tetapi bersama kita bina kekuatan.

Untuk yang berminat menjadi Ahli UMNO sila layari https://myumno.org/.

Bersatu • Bersetia • Berkhidmat

Datuk Razlan Rafii
Ketua Umno Bahagian Seputeh

Dengan penuh dukacita, kami merakamkan ucapan takziah atas pemergian AllahyarhamDato’ Haji Mohd Zakee bin Che Hassan,Pen...
17/04/2026

Dengan penuh dukacita, kami merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham
Dato’ Haji Mohd Zakee bin Che Hassan,
Pengerusi Yayasan Ehsan Seputeh dan ayahanda kepada SU Pemuda Bahagian Seputeh.

Sesungguhnya pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat keluarga, sahabat serta seluruh warga Seputeh.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham,
mengampunkan segala dosa-dosanya dan menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga.
Al-Fatihah.

🌙✨ Salam Aidilfitri daripada kami ✨🌙Seluruh barisan kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh mengucapkan Selam...
20/03/2026

🌙✨ Salam Aidilfitri daripada kami ✨🌙
Seluruh barisan kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua.
Semoga Syawal ini menjadi titik untuk kita terus bersatu, memperkukuh semangat kebersamaan dan berkhidmat kepada masyarakat dengan lebih baik.
Raikan hari kemenangan ini bersama insan tersayang dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.

✨ Majlis Silaturrahim & MorehUMNO Bahagian Seputeh 2026Alhamdulillah, majlis yang berlangsung dalam suasana penuh ukhuwa...
12/03/2026

✨ Majlis Silaturrahim & Moreh
UMNO Bahagian Seputeh 2026
Alhamdulillah, majlis yang berlangsung dalam suasana penuh ukhuwah dan kemesraan berjaya menghimpunkan barisan kepimpinan serta ahli-ahli cawangan.
Semoga pertemuan ini terus mengukuhkan silaturrahim, mempererat perpaduan dan menyemarakkan semangat perjuangan dalam kalangan warga UMNO Bahagian Seputeh.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini. 🤝

12/03/2026
SALAM NUZUL AL-QURAN17 Ramadan 1447HNuzul Al-Quran mengingatkan kita tentang detik agung turunnya wahyu pertama yang men...
07/03/2026

SALAM NUZUL AL-QURAN
17 Ramadan 1447H

Nuzul Al-Quran mengingatkan kita tentang detik agung turunnya wahyu pertama yang menjadi cahaya petunjuk kepada seluruh umat manusia.
Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk difahami, dihayati dan dijadikan panduan dalam setiap langkah kehidupan.

Semoga pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, kita semua terus memperkukuhkan hubungan dengan Al-Quran serta menjadikannya pedoman dalam membina masyarakat yang berilmu, berakhlak dan berintegriti.

Salam Nuzul Al-Quran 1447H
Semoga cahaya Al-Quran terus menerangi kehidupan kita semua.

Ikhlas daripada,
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh

Pada 3 Mac, kepimpinan Pemuda UMNO Seputeh telah menghadiri program walkabout bersama Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Ak...
06/03/2026

Pada 3 Mac, kepimpinan Pemuda UMNO Seputeh telah menghadiri program walkabout bersama Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Akmal Saleh sebagai tanda sokongan dan semangat kebersamaan dalam memperkukuhkan gerak kerja parti.
Lebih menarik, Pemuda UMNO Seputeh turut berkonvoi motosikal menuju ke lokasi program, melambangkan semangat anak muda yang sentiasa bersedia bergerak dan turun padang bersama kepimpinan.
Program diteruskan dengan majlis berbuka puasa bersama Dr. Akmal Saleh di Madrasah Makarimul Akhlak, dalam suasana penuh ukhuwah dan kebersamaan antara kepimpinan serta ahli Pemuda.
Pada sebelah malam sekitar jam 10 malam, kami sekali lagi bersama Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Akmal Saleh, menghadiri majlis moreh di Yahala, Jalan Ampang. Majlis tersebut turut dihadiri oleh kepimpinan Pemuda dari Parti Golkar, memperlihatkan hubungan baik serta jaringan persahabatan antara kepimpinan anak muda di peringkat antarabangsa.
Semoga program seperti ini terus menguatkan semangat perjuangan dan memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan kepimpinan Pemuda demi masa depan negara

Hari ini Pemuda UMNO Seputeh bersama sayap-sayap dan kepimpinan bahagian telah mengiringi Ketua UMNO Bahagian Seputeh, D...
22/02/2026

Hari ini Pemuda UMNO Seputeh bersama sayap-sayap dan kepimpinan bahagian telah mengiringi Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Hj Mohd Razlan bin Muhammad Rafii ke Majlis Santunan Kasih Ramadan.
Dalam suasana penuh keberkatan, kami bersama-sama berbuka puasa serta melakukan simbolik bagi program pertukaran Al-Quran lama kepada naskhah yang baharu di mana akan di adakan pada 7 Mac 2026 di Masjid Ma' Muniah Sungai besar.📖

Semoga usaha kecil ini menjadi asbab pahala yang berpanjangan dan mengukuhkan ukhuwah sesama masyarakat.
Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi medan untuk kita menyemai kasih sayang dan kebersamaan.


MARHABAN YA RAMADAN 1447H 🌙✨Alhamdulillah, kita sekali lagi dipertemukan dengan bulan penuh keberkatan, bulan pengampuna...
18/02/2026

MARHABAN YA RAMADAN 1447H 🌙✨
Alhamdulillah, kita sekali lagi dipertemukan dengan bulan penuh keberkatan, bulan pengampunan dan bulan rahmat.
Semoga Ramadan kali ini menjadi medan untuk kita memperbaiki diri, menguatkan ukhuwah, serta menambah amal kebajikan demi agama, bangsa dan tanah air.
Moga setiap doa yang dipanjatkan diangkat ke langit, setiap kebaikan digandakan ganjarannya, dan setiap langkah menuju kebaikan dipermudahkan.
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa buat seluruh umat Islam.
Ikhlas daripada
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh

Address

Jalan Kuchai Jaya 1, Off Jalan Kuchai Lama
Kuala Lumpur
58200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda Seputeh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pemuda Seputeh:

Share