Dewan Pemuda PAS Kawasan Cheras

Dewan Pemuda PAS Kawasan Cheras Dewan Pemuda PAS Kawasan Cheras mengumpulkan pemuda-pemuda yang merelakan diri untuk perjuangan Islam INFIRU!

Dewan Pemuda PAS Kawasan Cheras mengumpulkan pemuda-pemuda yang merelakan diri untuk perjuangan Islam.

Bangsa seseorang itu bukanlah pilihannya untuk menentukan. Bangsa adalah ketetapan yang telah ditentukan oleh Allah SWT....
03/09/2026

Bangsa seseorang itu bukanlah pilihannya untuk menentukan. Bangsa adalah ketetapan yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Oleh sebab itu, kemuliaan sesuatu bangsa bukanlah terletak pada hebatnya bangsa itu. Mulianya sesuatu bangsa itu adalah kerana ketakwaan mereka kepada Allah SWT.

{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ }
[Surah Al-Ḥujurāt: 13]

Abdullah Muhammad Basmeih:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Masih tidak terlambat untuk Dewan Pemuda PAS Kawasan Cheras mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan.



Alhamdulillah, pada malam tadi diberikan kesempatan untuk menunaikan hak badan. Juga menyahut seruan Nabi Muhammad SAW y...
25/08/2026

Alhamdulillah, pada malam tadi diberikan kesempatan untuk menunaikan hak badan. Juga menyahut seruan Nabi Muhammad SAW yang menyebut bahawa Allah SWT itu lebih menyukai Mukmin yang kuat berbanding yang lemah.

Semoga kita semua menjadi penyambung risalah Nabi yang istiqamah. Salam Maulidur Rasul.





Selepas berlakunya Perjanjian Hudaibiyah, Nabi Muhammad SAW mengutuskan beberapa Sahabat RAH untuk menyampaikan seruan I...
24/08/2026

Selepas berlakunya Perjanjian Hudaibiyah, Nabi Muhammad SAW mengutuskan beberapa Sahabat RAH untuk menyampaikan seruan Islam ke negara-negara luar terutamanya di sekeliling Tanah Arab.

Antara raja yang menerima rombongan para Sahabat ialah Al-Najasyi dari Habsyah, Al-Maquqis dari Mesir, Kisra dari Parsi, Qaisar dari Rom, Al-Munzir dari Bahrain, Hauzah dari Yamamah, Al-Harith dari Damsyik dan Jaifar dari Oman.

Dalam kesemua Raja yang disebut di atas, hanya 2 Raja yang menerima Islam iaitu Al-Najasyi dan Jaifar. Raja-Raja yang lain menolak seruan yang dibawa. Bersama-sama seruan itu juga terkandung amaran daripada Rasulullah SAW berkenaan dosa-dosa masyarakat yang bakal ditanggung oleh Raja-Raja berkenaan.

Peristiwa ini menunjukkan betapa seriusnya Nabi Muhammad SAW untuk mengembangkan ajaran Islam dan seterusnya mewujudkan negara Islam. Ini adalah kerana Islam adalah satu-satunya agama yang diterima oleh Allah SWT sebagaimana firman-Nya dalam surah Ali-Imran, ayat ke-19.

Bukanlah niat Nabi menguasai negara-negara tersebut untuk mendapatkan jawatan mahupun kekayaan oleh kerana Baginda turut sertakan jaminan agar Raja-Raja tersebut terus mengekalkan takhta mereka masing-masing jika mereka kembali kepada Islam.

Perkara yang dibawa Baginda SAW ini merupakan ajaran Allah SWT yang suci yang menolak segala bentuk penindasan terhadap golongan bawahan, hawa nafsu diri yang bergelora dan kehambaan kepada manusia.

Hari ini, undang-undang manusia sesetengahnya masih mengatasi undang-undang Tuhan dan oleh sebab ini, mereka yang berkuasa sangat fobia dengan istilah 'Negara Islam'. Selain demi kepentingan diri, mereka juga disempitkan dengan fahaman "Extremists" yang mana jika Islam berkuasa pada suatu hari nanti, semakin ramai "Terrorist" akan muncul.

Hakikatnya, Nabi Muhammad SAW lahir sebagai pembawa rahmat kepada seluruh umat. Rahmat itu bahagia dan bagaimanakah kebahagiaan itu diterjemahkan dengan mengangkat senjata semata-mata? Penceritaan di atas telah membuktikannya dengan tiada langsung amaran persenjataan yang dikeluarkan oleh Baginda SAW.

Salam Maulidur Rasul. Selawat dan Salam ke atas Baginda serta keluarganya.


Alhamdulillah, pada hari selasa lepas, pemuda PAS Cheras berkesempatan untuk bergotong-royong membersihkan PASTI Umar Al...
20/08/2026

Alhamdulillah, pada hari selasa lepas, pemuda PAS Cheras berkesempatan untuk bergotong-royong membersihkan PASTI Umar Al-Khattab.

Aktiviti pembersihan itu merangkumi kerja-kerja membuang barangan-barangan lama yang tidak dipakai lagi serta membaiki kerosakan pada dinding kelas.

Semoga anak-anak didik PASTI Umar Al-Khattab semakin selesa belajar di sana dan dikurniakan kesihatan yang baik selalu.




{ فَلۡيَنظُرِ ٱلۡإِنسَٰنُ إِلَىٰ طَعَامِهِۦٓ }[Surah ʿAbasa: 24]Abdullah Muhammad Basmeih:(Kalaulah ia tidak memikirkan ...
12/08/2026

{ فَلۡيَنظُرِ ٱلۡإِنسَٰنُ إِلَىٰ طَعَامِهِۦٓ }
[Surah ʿAbasa: 24]

Abdullah Muhammad Basmeih:
(Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya):

Siapa dah tengok video Khairul Aming yang terbaharu melalui 'page'nya bernama Rasapop? Videonya adalah berkaitan dengan bagaimana ikan yang kita makan hari-hari itu diperoleh. Kita dapat lihat betapa besarnya kudrat para nelayan menangkap ikan di tengah laut. Hujan, panas, ribut terpaksa ditempuh oleh mereka.

Melalui ayat yang dikongsikan di atas ini, sebagai seorang Muslim, seharusnya wujud perasaan syukur atas nikmat-nikmat yang telah dikurniakan oleh-Nya. Kita merasakan besarnya pengorbanan seorang nelayan turun menempuh ombak, begitu juga kita patut rasa besarnya sifat Pemurah Allah SWT.

Allah Maha Pemurah atas semua manusia tidak kira Muslim mahupun kafir. Jangan p**a kita jadi Muslim yang kufur dengan mendustai malah mencela nikmat yang telah diberi-Nya. Bersyukur dan manfaatkanlah sesuatu nikmat itu sebaik-baiknya.





Address

Jalan Kuari, Cheras
Kuala Lumpur
56000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Pemuda PAS Kawasan Cheras posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share