Jom Sihat Pejabat Kesihatan Lembah Pantai

Jom Sihat Pejabat Kesihatan Lembah Pantai FB Page rasmi penyaluran maklumat dan info kesihatan Pejabat Kesihatan Lembah Pantai

Jangan buang air bertakung sahaja, sental sekali!Telur nyamuk Aedes boleh melekat pada dinding bekas dan menetas semula ...
03/09/2026

Jangan buang air bertakung sahaja, sental sekali!

Telur nyamuk Aedes boleh melekat pada dinding bekas dan menetas semula apabila terkena air.

Jadi, jangan sekadar kosongkan bekas.

Buang, sental, bilas dan terbalikkan atau tutup bekas supaya air tidak bertakung semula.

Luangkan 10 minit setiap minggu untuk periksa bekas di sekitar rumah. Putuskan kitaran pembiakan Aedes.

AMBIL PEDULI, CEGAH DENGGI.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

Guna Aerosol Dengan Betul, Lindungi Diri Daripada Gigitan AedesAerosol boleh membantu membunuh nyamuk Aedes dewasa di da...
02/09/2026

Guna Aerosol Dengan Betul, Lindungi Diri Daripada Gigitan Aedes

Aerosol boleh membantu membunuh nyamuk Aedes dewasa di dalam rumah, tetapi penggunaannya perlu dilakukan dengan cara yang betul dan mengikut arahan pada label produk.

โš ๏ธ Ingat! Aerosol bukan pengganti aktiviti cari dan musnah. Hapuskan air bertakung untuk memutuskan kitaran pembiakan Aedes.

AMBIL PEDULI, CEGAH DENGGI.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

Kenali Tanda Kesan JerebuPendedahan kepada jerebu boleh menjejaskan kesihatan. Antara tanda yang perlu diberi perhatian ...
01/09/2026

Kenali Tanda Kesan Jerebu

Pendedahan kepada jerebu boleh menjejaskan kesihatan. Antara tanda yang perlu diberi perhatian ialah:

๐Ÿ”น Mata pedih atau berair
๐Ÿ”น Hidung berair dan kerap bersin
๐Ÿ”น Tekak terasa gatal
๐Ÿ”น Batuk
๐Ÿ”น Kulit terasa gatal
๐Ÿ”น Sakit kepala atau pening
๐Ÿ”น Sukar bernafas atau sesak nafas

Hentikan aktiviti di luar bangunan. Dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan sekiranya gejala berterusan atau bertambah teruk.

Peka terhadap tanda-tanda ini. Lindungi kesihatan diri dan keluarga sepanjang musim jerebu.







Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

๐ŸŽ‰ Jom Meriahkan Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat WPKL & Putrajaya! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ’ชKami menjemput seluruh warga Kual...
01/09/2026

๐ŸŽ‰ Jom Meriahkan Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat WPKL & Putrajaya! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ’ช
Kami menjemput seluruh warga Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk hadir ke acara hebat ini. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda:
๐Ÿ” Aktiviti & Saringan Kesihatan: Saringan Kesihatan Pergigian, Analisa Komposisi Tubuh Badan, Saringan Minda Sihat & Kenali Ubat Anda.
๐ŸŽฎ Sukan & Rekreasi: Smart Trainer Bike, Nintendo Switch Sports & Just Dance Simulator.
๐Ÿ† Pertandingan Menarik: Treasure Hunt, Mewarna (Kanak-kanak & Warga Emas) & Aerodance.
๐ŸŽค Persembahan Artis: Jangan lepaskan peluang menonton persembahan Zaki Yamani!
๐Ÿ’ณ ๐ŸŽ Hadiah Eksklusif: Kad Touch 'n Go Edisi Khas BMSS 2026 PERCUMA untuk pengunjung terawal!
๐Ÿ“… 5 September 2026 (Sabtu)
โฐ 10.00 Pagi - 10.00 Malam
๐Ÿ“ LG Concourse, Berjaya Times Square Mall, Kuala Lumpur
Masuk adalah PERCUMA! Ayuh kita bersama-sama mengamalkan gaya hidup sihat untuk Malaysia yang lebih sejahtera. Jumpa anda di sana! ๐Ÿ‘‹


01/09/2026
Pagi Merdeka yang penuh makna โ€” mendaki bersama, sihat bersama, dan mengukuhkan ukhwah bersama. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธTerima kasih kepada ...
31/08/2026

Pagi Merdeka yang penuh makna โ€” mendaki bersama, sihat bersama, dan mengukuhkan ukhwah bersama. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

Terima kasih kepada semua peserta yang telah memeriahkan Hiking Bersama KRT PPR Kg Limau. Semoga semangat ini terus berkekalan demi komuniti yang lebih sihat dan harmoni.

Satu langkah untuk kesihatan, sejuta makna untuk negara. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจTerima kasih kepada semua yang menjayakan Brisk Walk Merdeka...
31/08/2026

Satu langkah untuk kesihatan, sejuta makna untuk negara. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

Terima kasih kepada semua yang menjayakan Brisk Walk Merdeka Lengkok Abdullah 2026. Semoga semangat Merdeka dan budaya hidup sihat terus mekar dalam jiwa kita semua.

Golongan yang berisiko tinggi mendapat komplikasi akibat jangkitan virus influenza adalah sepertiโœ… Kanak-kanak berumur b...
31/08/2026

Golongan yang berisiko tinggi mendapat komplikasi akibat jangkitan virus influenza adalah seperti

โœ… Kanak-kanak berumur bawah 5 tahun
โœ… Wanita hamil
โœ… Warga tua 65 tahun ke atas
โœ… Pesakit kronik
โœ… Individu yang mempunyai daya ketahanan badan yang rendah sama ada akibat penyakit kronik yang dihidapi
โœ… Individu obes

Segera dapatkan rawatan jika gejala jangkitan menjadi bertambah teruk.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 31 Ogos 2026 | Hari KebangsaanSeluruh warga kerja Pejabat Kesihatan Lembah Panta...
31/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69

31 Ogos 2026 | Hari Kebangsaan

Seluruh warga kerja Pejabat Kesihatan Lembah Pantai mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan semangat perpaduan, patriotisme dan kecintaan kepada negara, di samping terus berganding bahu dalam memelihara kesihatan, memperkasa komuniti serta membina Malaysia yang lebih sihat, sejahtera dan maju.

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.
Bersatu โ€ข Bersemangat โ€ข Berbakti โ€ข Bermaruah

Salam Hari Kebangsaan daripada seluruh warga kerja
Pejabat Kesihatan Lembah Pantai

๐Ÿšซ Jangan biarkan Aedes membiak!Setiap bekas air yang dibiarkan boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Bertindak se...
30/08/2026

๐Ÿšซ Jangan biarkan Aedes membiak!
Setiap bekas air yang dibiarkan boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Bertindak sekarang sebelum terlambat.

AMBIL PEDULI, CEGAH DENGGI.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

Address

Jalan Cenderasari
Kuala Lumpur
50490

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60326913200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jom Sihat Pejabat Kesihatan Lembah Pantai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jom Sihat Pejabat Kesihatan Lembah Pantai:

Shortcuts

Share