28/04/2026
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK BLOK TAMBAHAN HOSPITAL TUANKU AMPUAN NAJIHAH, KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN (REKA & BINA)
KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN - 28 April 2026 telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Blok Tambahan Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan (Reka & Bina).
Penyerahan projek ini telah disempurnakan melalui acara sesi menandatangani dokumen perakuan penyerahan projek kepada pihak Pelanggan oleh YBrs. Ir. Suzzana binti Punari, Pengarah Pembinaan, Pasukan Projek Khas 1, JKR Malaysia dan YBhg. Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam bin Haji Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Majlis turut disaksikan oleh YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia, YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, YB Datoโ M K Ibrahim bin Abd Rahman, YDP Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan, YBhg. Datoโ Hajah Tengku Zamrah binti Tengku Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO dan YBhg. Datoโ Ir. Ibrahim bin Esa, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia (Sektor Bangunan).
Majlis diteruskan dengan penyerahan replika kunci daripada Syarikat Pembinaan Sujaman Sdn Bhd, kepada Pengarah Pembinaan PPK 1, JKR Malaysia dan seterusnya kepada Datuk Seri Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai simbolik penyerahan Blok Tambahan kepada pihak pelanggan.
Blok Tambahan ini telah dibina di atas tapak seluas 4.18 ekar di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Projek yang bermula dengan pemilikan tapak pada 10 Mac 2021 telah siap sepenuhnya diikuti dengan pengeluaran Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) pada 27 April 2026.
Projek bernilai RM153 juta ini merupakan projek penting untuk manfaat Kerajaan untuk rakyat di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) diselia oleh PPK 1, JKR Malaysia. Projek ini dilaksanakan melalui kaedah Reka & Bina.
Projek pembinaan ini telah menggunakan kaedah Sistem Binaan Berindustri atau Industrialised Building System (IBS) dengan memperolehi penilaian skor IBS melebihi 70% yang turut telah dinobatkan sebagai pemenang ketiga terbaik dalam Anugerah Kementerian Terbaik Dalam Pengurusan Pematuhan Industrialised Building System (IBS) Bagi Tahun 2024 yang dianjurkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Skop projek ini merangkumi pembinaan :-
โข Blok Tambahan berkapasiti 144 katil
โข Blok Mekanikal Dan Elektrikal;
โข Blok Pondok Pengawal;
โข Garaj Ambulans;
โข Tangki V.I.E;
โข Tempat Letak Kenderaan; dan
โข Bangunan Sokongan.
Projek ini telah berjaya diserahkan dengan pencapaian berikut :-
1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)
2. Lukisan Siap Bina
3. Penyata Akaun Muktamad (Statement of Final Account โ SOFA)
4. Zero Lost Time Injury (LTI)
5. Dokumen Pendaftaran Aset lengkap dan pelaksanaan Asset Tagging di semua blok, ruang dan komponen Arkitektural, Mekanikal, Elektrikal dan ICT
6. Tempat ketiga dalam Program Anugerah Kementerian Terbaik Dalam Pengurusan Pematuhan kaedah Sistem Binaan Berindustri atau Industrialised Building System (IBS) Bagi Tahun 2024 yang telah dianjurkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).
7. Dokumen Operation & Maintenance (O&M) siap disediakan
8. Certificate of Completion & Compliance (CCC)
9. Penyiapan Coffee Table Book
JKR Malaysia komited untuk melaksanakan projek dengan pengurusan profesional dan standard kualiti tertinggi demi memastikan keberkesanan serta kepuasan pelanggan.