28/04/2026
JEMPUTAN KE SIRI JELAJAH PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) SENI BUDAYA 2026
Memperkasa TVET Negara – Zon Tengah (WP KUALA LUMPUR, SELANGOR DAN PERAK)
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) selaku Badan Peneraju Industri (Industry Lead Body – ILB) akan menganjurkan Program Siri Jelajah SKM Seni Budaya 2026 bagi memberi peluang kepada penggiat seni budaya untuk mendapatkan maklumat, bimbingan dan laluan pensijilan kemahiran dalam bidang seni budaya.
Program ini merangkumi:
✅ Saringan awal calon SKM 2026
✅ Pendedahan laluan kerjaya TVET dalam sektor seni budaya
✅ Penerangan mengenai Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah Recognition of Prior Achievement (PPT)
✅ Bimbingan penggunaan Sistem MySPIKE 2.0
Program ini juga merupakan sebahagian daripada pengisian SKAP BICARA sempena ASWARA ARTSKAP.
📅 Tarikh: 9 Mei 2026 (Sabtu)
🕘 Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
📍 Tempat: Dewan Kuliah Utama, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
🔗 Pendaftaran:
https://docs.google.com/.../1FAIpQLSeE3PImXSIwDA.../viewform
🚨 DAFTAR SEGERA! TEMPAT ADALAH TERHAD.
Rebut peluang untuk mendapatkan pengiktirafan kemahiran dan meningkatkan profesionalisme dalam industri seni budaya.
📞 Pertanyaan lanjut:
Puan Shariza Isa
013-939 1535 | 03-2072 6431
📧 [email protected]
Penggiat seni budaya dalam bidang tari, teater, muzik dan pentas adalah dijemput untuk menyertai program ini.