20/06/2024
AidilAdha 1445H UBLP
Salam Hari Tasyrik
الله أكبر ، الله أكبر، الله أكبر، لا إله إلا الله ، والله أكبر الله، أكبر ولله الحمد
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْراً، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْراً،
وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً،
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الْدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ،
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ،
وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزاَبَ وَحْدَهُ
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ.
Alhamdulillah kita berada di penghujung Hari-hari Tasyrik dan diberikan kesempatan oleh Allah SWT untuk bersama menyambut AidilAdha dan menjalankan ibadah korban.
Syukur, UMNO Bhgn Lembah Pantai juga turut dpt melaksanakan ibadah besar ini dgn Program Korban Perdana UBLP; bertempat di Surau Nur Fatimah Gasing Indah (Cwgn Kg Pasir Kiri selaku tuan rumah) dan Tmn Pasir Permata (Cwgn Kg Pasir Lama selaku tuan rumah). Program diselaraskan oleh Pengerusi Penyelaras Program Tn Hj Helmi, *NKB UBLP*. Program bermula sejurus selesai solat sunat AidilAdha dan berlangsung hingga ke petang. Tahniah dan terima kasih kpd Ketua Cwgn terbabit Sdr Azman Sihabudin dan Sdr Shahrul selaku tuan rumah yg baik.
NKB juga tidak ketinggalan berkongsi skill beliau memasak Kari Daging yg amat enak rasanya. Begitu juga AJK UBLP Pn Sani mengetuai team memasak sup tulang/daging yg menjadi rebutan sehingga licin.
Tn Hj *NKB* turut mengetuai bacaan selawat kepada junjungan besar kita Rasulullah SAW; mencari keberkatan pasti untuk UBLP. Program turut diserikan dgn kehadiran Menteri Komunikasi/ Ahli Parlimen LP YB Fahmi yg turut berucap dan bersama menyerahkan agihan daging korban, atas semangat !
Di Tmn Pasir Permata juga telah diadakan satu Program Street Dakwah koloborasi bersama Kemas WP di mana di ceritakan hikmah-hikmah Korban dan Aidiladha, secara santai (format street dakwah) serta gotong royong. Kemas WP juga berkesempatan menyediakan _Kit Korban_ berupa pisau, apron, tshirt dan towel good morning; sebagai addon kepada peralatan2 yg telah disediakan oleh UBLP untuk prog Korban kita. Terima kasih Kemas!
Selain itu, UBLP turut terlibat dgn Prog Korban Madani Parlimen LP di PPR Kerinchi; bertugas menumbang, menyembelih dan proses seekor lembu. * * di Prog Korban Madani telah diketuai oleh Sdr Saufe Amir(KC Jln Bangsar/Maxwell + AJK Komuniti Madani Zon2) telah menjalankan tanggungjawab yg diamanahkan oleh YM DKB dgn jayanya dgn turut dibantu oleh AJK beliau dan juga Wanita UBLP.
Tahniah dan Terima kasih jua kepada semua AJK dan KC2 UBLP yg turun membantu dan memeriahkan Program kita.
Tahniah dan terima kasih jua dirakamkan buat Pn Nor Asyikin Ketua Wanita UBLP dan Wanita UBLP, Sdr Yazid dan Pemuda UBLP serta Sdri Yana dan Puteri UBLP yg turut sama berpeluh-peluh membantu dan menjayakan program kita.
Kerjasama baik ini wajib dieratkan dan diteruskan. Barulah Allah SWT akan memandang kita dgn pandangan rahmat, dan memberikan kemenangan kepada perjuangan UMNO demi Agama, Bangsa dan Negara.
Sekadar perkongsian jua, dikongsikan sedikit foto-foto dan video sebagai kenangan manis kita berkorban di AidilAdha 2024.
تقبل الله منا ومنكم
کل عام وأنتم بخير
Salam hormat 🫡
[SUB]