11/03/2026
Edaran Iftar 300 Pek Di LRT Gombak, Pemuda PAS Wangsa Maju Perkukuh Jentera Menuju PRU16
Oleh :- Nadim Al-Fattah
WANGSA MAJU, 11 Mac โ Program edaran iftar anjuran Pemuda PAS Wangsa Maju telah berlangsung dengan jayanya di sekitar kawasan LRT Gombak sempena bulan Ramadan.
Program kebajikan tersebut menyaksikan pengagihan sebanyak 300 pek shawarma bersama air mineral Gau kepada orang ramai, khususnya para pengguna pengangkutan awam dan warga sekitar yang sedang dalam perjalanan pulang menjelang waktu berbuka puasa.
Edaran iftar tersebut turut dihadiri oleh Yang Dipertua PAS Wangsa Maju, Abdul Rani Mohamed Daud, Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, Beyhaqi Ramli, serta barisan jentera Pemuda PAS Wangsa Maju yang bersama-sama turun padang menjayakan program tersebut.
Menurut Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, Beyhaqi Ramli, program edaran iftar ini merupakan sebahagian daripada usaha mendekati masyarakat serta menyemarakkan semangat kebajikan sepanjang Ramadan.
Beliau berkata, โProgram seperti ini bukan sahaja memberi kemudahan kepada orang ramai yang masih dalam perjalanan ketika waktu berbuka, tetapi juga menjadi ruang untuk Pemuda PAS Wangsa Maju mendekati masyarakat secara lebih dekat.โ
Dalam masa yang sama, beliau menegaskan bahawa gerak kerja kebajikan ini turut mencerminkan kesiapsiagaan jentera Pemuda dalam menghadapi cabaran politik akan datang.
โPemuda PAS Wangsa Maju juga sudah bersiap sedia dan memperkukuh jentera bagi menghadapi PRU16, selari dengan komitmen kami untuk terus berkhidmat kepada masyarakat,โ katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua PAS Wangsa Maju, Abdul Rani Mohamed Daud turut merakamkan penghargaan kepada para Jentera Pemuda yang komited menjayakan program tersebut.
Menurut beliau, penglibatan aktif golongan muda dalam aktiviti kemasyarakatan seperti ini membuktikan bahawa Pemuda PAS Wangsa Maju sentiasa peka terhadap keperluan masyarakat.
โProgram seperti ini sangat baik kerana ia memperlihatkan semangat kebersamaan serta kepedulian terhadap masyarakat. Saya berharap usaha sebegini dapat diteruskan dan diperluaskan pada masa akan datang,โ ujarnya.
Program berkenaan turut mendapat sambutan positif daripada orang ramai yang menghargai inisiatif tersebut, khususnya mereka yang berada dalam perjalanan pulang ketika waktu berbuka semakin hampir.
Melalui penganjuran program kebajikan seperti ini, Pemuda PAS Wangsa Maju terus memperkukuh hubungan dengan masyarakat setempat di samping menggerakkan jentera secara tersusun menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).