09/08/2026
8 Ogos 2026 (Sabtu) | Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
MAJLIS PERASMIAN OUTDOOR EXPO MALAYSIA 2026
Dengan penuh semangat dan iltizam, Majlis Perasmian Outdoor Expo Malaysia 2026 telah disempurnakan oleh Mej. (PA) Mohamad Aminullah Bin Zulkafly, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Lumpur, Cheras dan Sentul yang diiringin Mej. (PA) Ahmad Shahfikri Bin Darus, Ketua Sektor Operasi Angkatan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan.
Majlis ini menjadi simbolik kepada sebuah wadah yang menghimpunkan semangat rekreasi, pengembaraan, keselamatan dan kesukarelawanan, di samping menyemarakkan budaya kehidupan luar yang berteraskan keberanian, ketahanan serta kesiapsiagaan.
Turut tidak dilupakan, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Kapt. Bersekutu Mohd Azrai bin Mohd Azhari atas peranan sebagai pengantara antara APM dan pihak penganjur, dan kepada semua Pegawai Bersekutu yang terlibat, serta segala usaha dan kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan penyertaan APM Kuala Lumpur di Outdoor Expo Malaysia 2026.
Semoga penganjuran Outdoor Expo Malaysia 2026 terus menjadi medan yang menyatukan komuniti, memperkasa ilmu dan kemahiran, serta menyemai semangat “siap sedia menghadapi sebarang kemungkinan” dalam kalangan masyarakat.
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur