06/12/2025
Penguatkuasaan yang tegas
Baru-baru ini kes melibatkan pelawak Shuib di mahkamah jadi perhatian ramai, berkait dakwaan promosi v**e dalam sebuah program yang dihoskan beliau.
Beliau masih mengaku tidak bersalah, dan kita hormati sepenuhnya proses mahkamah yang sedang berjalan.
Dalam masa yang sama, tahniah kepada Sektor Inspektorat dan Perundangan KKM yang berani membawa kes seperti ini ke peringkat pendakwaan. Kerja mereka mungkin jarang terlihat di media sosial, tetapi inilah barisan hadapan yang memastikan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) bukan sekadar tulisan di atas kertas. Ia benar-benar dikuatkuasakan untuk melindungi kesihatan rakyat, khususnya remaja dan anak sekolah.
Di bawah Akta 852, apa-apa bentuk iklan, promosi atau penajaan produk merokok termasuk v**e adalah dilarang.
Bukan sahaja billboard atau iklan rasmi, tetapi juga review “santai”, unboxing, kod diskaun, logo terselit sepanjang podcast, sebutan jenama semasa live, malah sekadar “tolong promotekan link” pun boleh dikira sebagai promosi.
Jika disabit kesalahan, individu boleh dikenakan denda sehingga RM20,000 atau penjara sehingga 1 tahun bagi kesalahan pertama. Untuk kesalahan seterusnya, denda boleh meningkat sehingga RM30,000 atau penjara sehingga 2 tahun, atau kedua-duanya sekali.
Influencer, host podcast, streamer dan pemilik page perlu sedar: ramai yang menonton ialah budak sekolah dan remaja yang sedang membina identiti diri.
Apabila mereka melihat idola memegang v**e, bergurau tentang wap yang keluar, atau menyebutnya sebagai gaya hidup “cool” dan “kurang bahaya”, di situlah bermula langkah pertama mereka mengenali nikotin dan ketagihan.
Jadi bila satu hari nanti masuk DM tawaran promosi v**e, ingat dua perkara:
1. Risiko undang-undang yang sangat jelas di bawah Akta 852;
2. Tanggungjawab moral terhadap anak muda yang percaya pada setiap perkataan dan tindakan di platform kita.
Duit job boleh datang dan pergi, tetapi nama baik dan kesihatan generasi yang sedang membesar itu sesuatu yang tidak boleh dibayar dengan apa-apa kontrak.
Next, kita tunggu tindakan kepada “Mamu” p**a, takkan nak tengok je?