04/09/2026
YANG DI-PERTUAN AGONG SAKSIKAN PERLAWANAN SEPARUH AKHIR PERTAMA JOHOR SUPER CROWN POLO TOURNAMENT 2026
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyaksikan perlawanan polo separuh akhir pertama bersempena Johor Super Crown Polo Tournament (JSCPT) 2026.
Mengiringi bersama Seri Paduka Baginda, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.
Perlawanan separuh akhir pertama di antara Temasek menentang Korea Polo berlangsung pagi di Padang Polo DiRaja, Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini (4 September).
Dikategorikan sebagai kejohanan elit berstatus 22 jaringan (22-goal handicap), penganjuran ini mencatatkan sejarah sebagai kejohanan polo terbesar dan berprestij tinggi yang pernah dianjurkan di Malaysia.
Kejohanan ini digerakkan menerusi visi bersama DYAM Tunku Mahkota Ismail
dan ikon polo dunia, Pablo “Polito” Pieres dengan matlamat mengukuhkan kedudukan Johor sebagai destinasi utama dalam arena sukan mewah antarabangsa.
Lima pasukan elit iaitu Royal Johor, Temasek, JCorp, Korea Polo dan Digital Bridge mengambil bahagian dengan menampilkan barisan pemain antarabangsa berkaliber termasuk beberapa pemain yang pernah muncul juara “Argentine Open” beberapa kali.