26/03/2026
Cuaca panas sekarang bukan sekadar rasa bahang atau tak selesa ja.
Kalau ambil mudah, ia boleh menyebabkan dehidrasi, keletihan melampau, malah strok haba.
Strok haba berlaku apabila sistem tubuh badan tidak dapat mengawal suhu secara normal. Badan akan mengalami kenaikan suhu mendadak dan gagal menghasilkan peluh. Strok haba mampu meragut nyawa atau mengakibatkan kehilangan upaya kekal.
Antara tandanya ialah pening, sakit kepala, badan lemah, loya, suhu badan tinggi dan boleh juga menyebabkan pengsan.
Sebab itu, jaga 5 perkara ini:
1. Minum air secukupnya.
Jangan tunggu haus baru nak minum. Pastikan badan sentiasa cukup air sepanjang hari.
2. Kurangkan aktiviti luar.
Kalau tak ada keperluan, elakkan berada terlalu lama di bawah panas terik, terutama waktu tengah hari.
3. Pakai payung atau topi.
Lindungi diri terus daripada cahaya matahari untuk kurangkan risiko badan terlalu panas.
4. Pilih pakaian yang sesuai.
Baju yang ringan, longgar, warna yang sesuai dan menyerap peluh supaya badan lebih selesa.
5. Simpan bekalan air di rumah
Sebagai langkah berjaga-jaga, sediakan simpanan air sekiranya berlaku gangguan atau catuan air.
Jangan ambil mudah ya. Jaga kesihatan diri dan keluarga!