15/07/2024
AMARAN PENIPUAN PANGGILAN
PENIPU MENYAMAR SEBAGAI PEGAWAI CYBERSECURITY MALAYSIA
CyberSecurity Malaysia ingin menegaskan bahawa pihak kami TIDAK PERNAH membuat sebarang panggilan telefon bagi tujuan yang tidak sah atau meminta maklumat peribadi seperti yang didakwa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan JANGAN berikan maklumat peribadi kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali melalui panggilan telefon.
Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil untuk melindungi diri anda daripada penipuan ini:
1. Jangan dedahkan maklumat peribadi: Jangan sekali-kali memberikan maklumat peribadi atau kewangan anda kepada individu yang tidak dikenali melalui panggilan telefon.
2. Sahkan identiti pemanggil : Hubungi CyberSecurity Malaysia secara langsung untuk mengesahkan identiti pemanggil jika anda menerima panggilan yang mencurigakan.
3. Laporkan panggilan mencurigakan: Segera laporkan sebarang panggilan mencurigakan kepada pihak berkuasa yang berkaitan.
Kami di CyberSecurity Malaysia sentiasa komited untuk memastikan keselamatan siber anda. Sekiranya anda menerima panggilan yang mencurigakan, sila abaikan dan laporkan segera kepada CyberSecurity Malaysia melalui [email protected] atau telefon 1-300-88-2999.
Kerjasama dan kewaspadaan anda amatlah dihargai dalam usaha membanteras penipuan ini.