11/05/2026
πππππππ ππ ππππππππ πππππππ ππππππ ππππ
BUTTERWORTH, PULAU PINANG, 27 Apr 26 - Pada 27 hingga 28 April 2026, Lt Kol Shafiron bin Saad dan Komander Ali Noor Aminullah bin Ali Noor Razak TLDM telah menghadiri lawatan ke Five Power Defence Arrangements (FPDA) di HQIADS, Butterworth, Pulau Pinang. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada Exercise Bersama Shield 2026, yang memberi pendedahan tentang latihan gabungan dan operasi ketenteraan moden.
Pada 27 April, mereka dibawa ke HQAIDS, Butterworth, untuk sesi taklimat yang mendalam mengenai sejarah dan peranan FPDA yang telah bermula sejak 1971. Dalam sesi ini, mereka diperkenalkan dengan bagaimana latihan gabungan FPDA dijalankan, terutamanya fasa peperangan (war phase) yang melibatkan aset nyata (live assets). Latihan ini melibatkan operasi gabungan pelbagai negara dan memberi peluang kepada peserta untuk melihat bagaimana pusat kawalan operasi gabungan ini berfungsi, termasuk penggunaan dron yang dijalankan oleh tentera Malaysia dan Singapura.
Pada 28 April, sesi perbincangan diadakan di Hotel G Tower, Georgetown, Pulau Pinang, bersama panel-panel dari FPDA dan negara-negara ASEAN termasuk Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, dan Laos. Perbincangan ini bertujuan untuk meningkatkan kerjasama FPDA dan ASEAN dalam menghadapi cabaran keselamatan serantau. Peserta juga diberi pendedahan mengenai beberapa sistem penting yang digunakan di HQAIDS, antaranya FPDA Official Network, Cooperative Maritime Forces Pacific (CMFP), dan sistem Integrated Safety and Situational Awareness Tool (ISAT). ISAT adalah sistem baru yang menggantikan sistem lama, memberikan kesedaran situasi dan pemahaman medan perang dengan mengumpul data dari pelbagai pusat operasi.
FPDA kekal sebagai platform keselamatan yang penting tanpa komitmen pakatan ketenteraan formal, namun tetap menyumbang kepada deterrence dan interoperability di antara negara-negara anggota. Melalui penyertaan dalam Exercise Bersama Shield 2026, Malaysia terus memperkukuhkan kedudukannya dalam kerjasama ketenteraan serantau dan memanfaatkan teknologi serta latihan moden untuk memodenkan ATM.