23/08/2026
KUALA LUMPUR, 23.08.2026 - Kejuruteraan bukan hanya tentang apa yang kita bina, tetapi tentang perubahan yang kita cipta untuk rakyat dan negara.
Hadir ke Majlis Anugerah Kejuruteraan dan Penghargaan Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) di Royale Chulan Kuala Lumpur, yang turut dihadiri YB Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi.
Tahniah kepada semua penerima pengiktirafan, termasuk Young Engineering Innovation Trophy, National Engineering Project Excellence Award (NEPEA), Anugerah Tokoh Muda Kejuruteraan Negara dan Anugerah Tokoh Kejuruteraan Negara 2026.
Bagi saya, pengiktirafan seperti ini bukan sekadar meraikan pencapaian. Ia mengingatkan kita bahawa kepimpinan kejuruteraan adalah tentang membina insan, menggalakkan inovasi dan memastikan kepakaran diterjemahkan kepada manfaat sebenar kepada rakyat.
Dalam JKR, setiap jalan, jambatan dan infrastruktur yang kita rancang dan laksanakan bukan sekadar sebuah projek. Ia sebahagian daripada kehidupan rakyat dan pemangkin kepada pembangunan negara.
Terus membina. Terus berinovasi. Terus memberi nilai kepada rakyat.
🇲🇾 Selamat menyambut Bulan Kebangsaan.
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Board of Engineers Malaysia
Cawangan Jalan JKR Malaysia
Cawangan Senggara Fasiliti Jalan
Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR
Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan Ibu Pejabat JKR Malaysia