Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Batu

Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Batu Kenali kami dan Wadah perjuangan kami

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ช๐—”๐—ž๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ก๐—œ๐—ง๐—” ๐—จ๐— ๐—ก๐—ข ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—š๐—œ๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ง๐—จ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ07 Jun 2026 | AhadDewan UMNO Bahagian BatuAlhamdulillah, seusai Majli...
10/06/2026

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ช๐—”๐—ž๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ก๐—œ๐—ง๐—” ๐—จ๐— ๐—ก๐—ข ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—š๐—œ๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ง๐—จ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

07 Jun 2026 | Ahad
Dewan UMNO Bahagian Batu

Alhamdulillah, seusai Majlis Perasmian, dengan izin dan limpah rahmat Allah swt, Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Batu 2026 juga telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh semangat, tertib dan harmoni.

Mesyuarat kali ini menyaksikan kehadiran seramai 256 orang perwakilan daripada 53 cawangan di seluruh Bahagian Batu yang hadir bagi melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka sebagai ahli parti. Kehadiran yang memberangsangkan ini bukan sahaja mencerminkan komitmen yang tinggi, malah membuktikan bahawa semangat perjuangan Wanita UMNO terus utuh dan berakar kukuh di peringkat akar umbi. Tahniah diucapkan buat Ketua Wanita UMNO Cawangan-cawangan dan barisan kepimpinan masing-masing.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan dengan penuh tertib oleh Hajah Remlah Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi Tetap Wanita UMNO Bahagian Batu. Sepanjang mesyuarat berlangsung, para perwakilan telah menunjukkan kesungguhan, disiplin serta iltizam yang tinggi dalam membincangkan pelbagai perkara berkaitan hala tuju perjuangan parti. Semangat kebersamaan yang dipamerkan jelas memperlihatkan kesediaan seluruh jentera Wanita untuk terus bergerak seiring dalam memperkukuhkan organisasi dan menghadapi cabaran politik semasa.

Dalam kesempatan ini, ucapan penghargaan dan terima kasih turut dirakamkan kepada wakil-wakil UMNO Bahagian Batu yang hadir bersama iaitu En. Azniee Abdullah, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Batu, En. Mokram Muri, En. Syahrul Nizam Mohd Yusoff serta En. Shah Amiruddin Idris, Setiausaha UMNO Bahagian Batu. Kehadiran dan sokongan yang diberikan mencerminkan semangat kebersamaan serta hubungan erat antara kepimpinan bahagian dan sayap parti dalam memperkukuhkan perjuangan UMNO di Bahagian Batu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah juga diberikan kepada seluruh barisan kepimpinan Wanita UMNO Bahagian Batu yang telah bertungkus-lumus membuat segala persiapan serta memastikan majlis perasmian dan perjalanan mesyuarat berlangsung dengan lancar, teratur dan penuh tertib.

Sesungguhnya kejayaan penganjuran mesyuarat ini adalah hasil daripada semangat kerjasama, kesepakatan dan komitmen seluruh warga Wanita UMNO Bahagian Batu. Semoga ukhuwah yang terjalin terus diperkukuhkan, semangat perjuangan terus disemarakkan, dan segala usaha yang dicurahkan demi agama, bangsa serta tanah air sentiasa mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah swt.

๐—š๐—˜๐—Ÿ๐—ข๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—ก๐—”๐—œ ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ช๐—”๐—ž๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ก๐—œ๐—ง๐—” ๐—จ๐— ๐—ก๐—ข ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—š๐—œ๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ง๐—จ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ07 Jun 2026 | AhadDewan UMNO Bahagian Batu Alh...
10/06/2026

๐—š๐—˜๐—Ÿ๐—ข๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—ก๐—”๐—œ ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ช๐—”๐—ž๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ก๐—œ๐—ง๐—” ๐—จ๐— ๐—ก๐—ข ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—š๐—œ๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ง๐—จ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

07 Jun 2026 | Ahad
Dewan UMNO Bahagian Batu

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Batu 2026 di Dewan UMNO Bahagian Batu dalam suasana penuh semangat, kesatuan dan iltizam perjuangan yang tidak pernah luntur.

Seawal jam 7.00 pagi lagi, para perwakilan daripada cawangan-cawangan Wanita UMNO Bahagian Batu mula memenuhi dewan. Kehadiran mereka yang mengenakan warna rasmi perjuangan telah mewujudkan satu gelombang merah yang cukup membanggakan, melambangkan kekuatan, kesetiaan dan semangat juang Wanita UMNO dalam meneruskan agenda perjuangan parti demi agama, bangsa dan tanah air.

Mesyuarat pada tahun ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YBhg Datuk Haji Gulam Muszafar Gulam Mustakim, Ketua UMNO Bahagian Batu. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan terhadap komitmen dan kesungguhan jentera Wanita UMNO Bahagian Batu yang sentiasa menjadi tulang belakang kekuatan parti di peringkat akar umbi. Beliau turut menyeru agar seluruh saf kepimpinan dan ahli Wanita terus memperkukuhkan perpaduan serta memperhebatkan gerak kerja sebagai persediaan menghadapi cabaran politik yang semakin mencabar.

Turut menjadi detik yang cukup bermakna tahun ini apabila berlangsungnya penyampaian Anugerah Permata Wanita Batu, sebuah pengiktirafan khas kepada tokoh-tokoh wanita yang telah mencurahkan bakti, kesetiaan dan pengorbanan yang tidak ternilai kepada perjuangan parti. Anugerah tersebut telah diberikan kepada Hajah Halimah Kilau dan Hajah Kamariah Karim, kedua-duanya merupakan ahli Wanita UMNO Cawangan Taman Batu Muda. Lebih membanggakan, kedua-dua penerima telah pun melangkaui usia 80 tahun, namun semangat perjuangan yang mereka miliki masih utuh dan tidak pernah pudar. Tahniah diucapkan buat kedua-duanya.

Penganugerahan ini bukan sahaja sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka selama ini, malah menjadi simbol penghormatan kepada seluruh wanita pejuang akar umbi yang telah menjadi nadi kekuatan parti sejak dahulu hingga kini. Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada seluruh ahli Wanita UMNO Bahagian Batu untuk terus mengekalkan semangat perjuangan, kesetiaan dan keikhlasan dalam mengangkat martabat parti pada masa hadapan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada YBhg Datuk Haji Gulam Muszafar Gulam Mustakim atas kesudian meluangkan masa untuk merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Batu 2026. Kehadiran dan amanat yang disampaikan pastinya menjadi suntikan semangat kepada seluruh perwakilan untuk terus memperkukuh gerak kerja serta mengangkat martabat perjuangan UMNO ke tahap yang lebih cemerlang.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran En. Azniee Abdullah, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Batu, En. Abu Bakar Ithnin, Naib Ketua UMNO Bahagian Batu, Saudari Farah Athirah Kamaruzaman, Pemangku Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Batu, serta Puan Mona Azlyn Sharif, Ketua Wanita UMNO Bahagian Seputeh yang hadir sebagai wakil Badan Perhubungan Wanita UMNO Negeri Wilayah Persekutuan.

09/06/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ช๐—”๐—ž๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—จ๐— ๐—ก๐—ข ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—š๐—œ๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ง๐—จ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

06 Jun 2026 | Sabtu
Dewan IKS

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ช๐—”๐—ž๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—จ๐— ๐—ก๐—ข ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—š๐—œ๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ง๐—จ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ06 Jun 2026 | SabtuDewan IKSBarisan kepimpinan Wanita UMNO ...
09/06/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ช๐—”๐—ž๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—จ๐— ๐—ก๐—ข ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—š๐—œ๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ง๐—จ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

06 Jun 2026 | Sabtu
Dewan IKS

Barisan kepimpinan Wanita UMNO Bahagian Batu berkesempatan mengiringi YBhg. Puan Nora'shekin Yusof, Setiausaha Politik Menteri Perladangan dan Komoditi merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian Batu, ke Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Batu 2026 yang berlangsung di Dewan IKS.

Kehadiran beliau pada hari yang penuh bermakna ini bukan sekadar sebagai seorang pemimpin, malah membawa bersama sebuah perjalanan perjuangan yang cukup dekat dengan hati warga Puteri UMNO Bahagian Batu. Sebagai mantan Ketua Puteri UMNO Bahagian Batu yang pertama, kehadiran beliau mengimbau kembali nostalgia awal penubuhan dan perjalanan panjang yang telah ditempuhi oleh sayap Puteri dalam memperjuangkan aspirasi wanita muda.

Dalam ucapannya, beliau menitipkan kata-kata semangat dan nasihat kepada barisan Puteri yang hadir agar terus istiqamah dalam perjuangan, berani menggalas tanggungjawab serta sentiasa bersedia menjadi pelapis kepimpinan parti pada masa hadapan. Beliau turut mengingatkan bahawa perjuangan dalam parti bukan sekadar soal jawatan, tetapi mengenai keikhlasan berkhidmat, kesetiaan kepada perjuangan dan kesungguhan membawa suara rakyat.

Suasana dewan turut diselubungi rasa bangga dan teruja apabila para perwakilan Puteri dapat mendengar sendiri pengalaman serta perkongsian perjalanan politik seorang pemimpin yang pernah berada di tempat mereka suatu ketika dahulu. Pengalaman tersebut menjadi inspirasi bahawa setiap langkah kecil yang dimulakan hari ini mampu membawa kepada amanah dan tanggungjawab yang lebih besar pada masa hadapan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada saudari Farah Athirah Kamaruzaman, Pemangku Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Batu bersama saf kepimpinan yang telah berjaya mengemudi dan menyempurnakan Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Batu 2026 dengan begitu teratur dan penuh semangat.

Semoga semangat yang dikongsikan oleh YBhg. Puan Nora'shekin Yusof menjadi pembakar semangat buat seluruh Puteri UMNO Bahagian Batu untuk terus melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan, memperkukuhkan saf perjuangan serta meneruskan legasi kepimpinan wanita muda yang berwibawa demi agama, bangsa dan tanah air. ๐ŸŒน๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Hari yang dinantikan telah tiba!Selamat datang ke Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Batu 2026.Hari ini, kita ber...
06/06/2026

Hari yang dinantikan telah tiba!

Selamat datang ke Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Batu 2026.

Hari ini, kita berhimpun bukan sekadar bermesyuarat, tetapi memperkukuhkan saf perjuangan, menyusun gerak kerja dan memperbaharui iltizam demi agama, bangsa dan tanah air.

๐‘ถ๐’ƒ๐’๐’“ ๐’‘๐’†๐’“๐’‹๐’–๐’‚๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐’Ž๐’†๐’๐’š๐’‚๐’๐’‚ ๐’Ž๐’†๐’“๐’‚๐’‰,
๐‘ด๐’†๐’๐’‹๐’‚๐’…๐’Š ๐’‘๐’†๐’๐’š๐’–๐’๐’–๐’‰ ๐’๐’‚๐’๐’ˆ๐’Œ๐’‚๐’‰ ๐’…๐’‚๐’ ๐’‰๐’‚๐’“๐’‚๐’‘๐’‚๐’,
๐‘ท๐’‚๐’๐’•๐’‚๐’๐’ˆ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’–๐’๐’…๐’–๐’“, ๐’‘๐’‚๐’๐’•๐’‚๐’๐’ˆ ๐’Ž๐’†๐’๐’š๐’†๐’“๐’‚๐’‰,
๐‘ซ๐’†๐’Ž๐’Š ๐’“๐’‚๐’Œ๐’š๐’‚๐’•, ๐’‘๐’‚๐’“๐’•๐’Š ๐’…๐’‚๐’ ๐’Ž๐’‚๐’”๐’‚ ๐’‰๐’‚๐’…๐’‚๐’‘๐’‚๐’.

Selamat bersidang kepada seluruh perwakilan. Semoga Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Batu 2026 berjalan lancar, penuh muafakat dan menghasilkan keputusan terbaik demi memperkukuh perjuangan parti.




06/06/2026

MESYUARAT PERWAKILAN WANITA UMNO BAHAGIAN BATU 2026

Tarikh : 07 Jun 2026 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan UMNO Bahagian Batu

Bunga melur di tepi laman,
Harum mewangi sepanjang masa;
Lapan puluh tahun UMNO bertahan,
Wanita berbakti penuh setia.

Pergi ke bendang menuai padi,
Padi dituai menjadi bekalan;
Wanita UMNO terus berdiri,
Memperkukuh bangsa dan perjuangan.

Jumpa esok!

๐Ÿ”ฅ 1 HARI LAGI! ๐Ÿ”ฅDetik yang dinanti semakin hampir!Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Batu 2026 akan berlangsung e...
06/06/2026

๐Ÿ”ฅ 1 HARI LAGI! ๐Ÿ”ฅ

Detik yang dinanti semakin hampir!

Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Batu 2026 akan berlangsung esok, menghimpunkan seluruh perwakilan dalam semangat perjuangan, perpaduan dan kesetiaan yang tidak pernah luntur.

Selama 80 tahun, UMNO terus teguh berdiri sebagai wadah perjuangan bangsa, dan Wanita UMNO kekal menjadi tulang belakang yang menggerakkan denyut nadi perjuangan di setiap peringkat.

Ayuh hadir dengan tekad yang satu, memperkukuh ukhwah, menyemarakkan semangat dan meneruskan legasi perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air.

"Wanita Berjiwa Perjuangan, Memperkasa Masa Hadapan"

Jumpa esok!





๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐’๐ˆ๐ƒ๐€๐๐† ๐”๐Œ๐๐Ž ๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€๐-๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€๐Saya mengucapkan selamat bersidang kepada seluruh perwakilan UMNO Bahagian, Wani...
02/06/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐’๐ˆ๐ƒ๐€๐๐† ๐”๐Œ๐๐Ž ๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€๐-๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€๐

Saya mengucapkan selamat bersidang kepada seluruh perwakilan UMNO Bahagian, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO yang menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian dan sayap masing-masing bagi tahun 2026 di seluruh negara amnya dan Bahagian Batu khususnya.

Semoga persidangan kali ini berlangsung dengan lancar, penuh semangat perjuangan, memperkukuhkan ukhwah serta menghasilkan keputusan terbaik demi agama, bangsa dan tanah air.

Selamat bersidang dan menjalankan amanah dengan penuh hikmah serta tanggungjawab.

Salam Ingatan,

NORA'SHEKIN YUSOF
Setiausaha Politik Menteri Perladangan dan Komoditi
Ketua Wanita UMNO Wilayah Persekutuan
Ketua Wanita UMNO Bahagian Batu

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—ž๐—˜-๐Ÿฑ๐Ÿฎ ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ก๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ1 Jun 2026 | IsninAlhamdulillah, hari ini Barisan Nasional menyambut...
02/06/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—ž๐—˜-๐Ÿฑ๐Ÿฎ ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ก๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ

1 Jun 2026 | Isnin

Alhamdulillah, hari ini Barisan Nasional menyambut ulang tahunnya yang ke-52, sebuah gabungan yang telah sekian lama menjadi wadah perjuangan, kestabilan dan pembangunan negara.

Sepanjang lebih lima dekad perjalanan ini, Barisan Nasional telah melalui pelbagai cabaran dan liku perjuangan. Namun, berbekalkan semangat kebersamaan, kesetiaan dan komitmen para pemimpin serta akar umbi, BN terus berdiri teguh demi memperjuangkan kepentingan rakyat dan masa depan negara.

Ulang tahun ini bukan sekadar mengimbau sejarah dan kejayaan lalu, tetapi juga menjadi titik muhasabah untuk memperkukuh iltizam, memperbaharui tekad dan meneruskan perjuangan dengan semangat yang lebih segar serta berpaksikan aspirasi rakyat.

Terima kasih kepada seluruh kepimpinan, ahli, jentera dan penyokong yang tidak pernah jemu menyumbang tenaga, masa dan pengorbanan demi memastikan perjuangan ini terus relevan dan diterima rakyat.

Semoga Barisan Nasional terus menjadi wadah yang menyatukan, memperkukuh perpaduan, memacu pembangunan serta membawa kesejahteraan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Selamat Ulang Tahun Ke-52 Barisan Nasional! ๐Ÿ’™

Salam Ingatan,

NORA'SHEKIN YUSOF
Setiausaha Politik Menteri Perladangan dan Komoditi
Ketua Wanita UMNO Wilayah Persekutuan
Ketua Wanita UMNO Bahagian Batu

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ž๐—›๐—”๐—ฆ ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ช๐—”๐—ก๐—œ๐—ง๐—” ๐—จ๐— ๐—ก๐—ข ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—š๐—œ๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ง๐—จ29 Mei 2026 | JumaatPejabat Wanita UMNO Bahagian Batu Telah be...
02/06/2026

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ž๐—›๐—”๐—ฆ ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ช๐—”๐—ก๐—œ๐—ง๐—” ๐—จ๐— ๐—ก๐—ข ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—š๐—œ๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ง๐—จ

29 Mei 2026 | Jumaat
Pejabat Wanita UMNO Bahagian Batu

Telah berlangsung Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Batu yang dipengerusikan oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Batu, Puan Nora'shekin Yusof.

Mesyuarat yang diadakan dalam suasana penuh semangat dan kebersamaan ini menjadi medan penting untuk menilai perjalanan gerak kerja Wanita UMNO Bahagian Batu sepanjang musim persidangan tahun ini. Antara agenda utama yang dibincangkan adalah pengesahan Mesyuarat Wanita UMNO Cawangan-cawangan yang telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan teratur.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh kepimpinan Wanita UMNO di peringkat cawangan yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan mesyuarat berjalan dengan baik, sekaligus membuktikan kekuatan serta kesatuan jentera Wanita UMNO di akar umbi.

Mesyuarat turut memberi tumpuan kepada persiapan akhir menjelang Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Batu 2026 yang bakal berlangsung pada 7 Jun 2026. Pelbagai perkara berkaitan pengurusan, perjalanan majlis, sambutan perwakilan serta penyelarasan tugasan telah dibincangkan bagi memastikan mesyuarat tahunan yang dinanti-nantikan ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan penuh berwibawa.

Melihat kesungguhan serta komitmen yang ditunjukkan oleh setiap ahli jawatankuasa, memberikan keyakinan bahawa Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Batu tahun ini akan berlangsung dengan jayanya. Semangat kerjasama, saling membantu dan rasa tanggungjawab yang tinggi menjadi kekuatan utama dalam memastikan setiap perancangan dapat direalisasikan dengan sebaik mungkin.

Semoga segala usaha yang dicurahkan oleh seluruh kepimpinan dan ahli Wanita UMNO Bahagian Batu dipermudahkan serta diberkati Allah swt. Dengan semangat kebersamaan yang terus utuh, kita melangkah ke hadapan demi memperkukuh perjuangan dan khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara.

Address

Jalan Utama Taman Batu Muda
Kuala Lumpur
51100

Telephone

+60192806291

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Batu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Batu:

Share