SPRM Kuala Lumpur

SPRM Kuala Lumpur Laporkan Rasuah
1-800-88-6000 Sektor Operasi adalah diletakkan di bawah portfolio Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi).

Sektor Operasi terdiri daripada 6 bahagian yang menjadi teras utama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia seperti berikut:

Bahagian Siasatan
Bahagian Operasi Khas
Bahagian Perundangan Dan Pendakwaan
Bahagian Perisikan
Bahagian Forensik
Bahagian Pengurusan Rekod Dan Teknologi Maklumat

Kesemua bahagian ini memainkan pelbagai peranan penting dalam menggerakkan sektor

operasi Jabatan antaranya seperti menjalankan siasatan, mengumpul maklumat, memberi khidmat bantuan forensik, memproses dan menguruskan maklumat serta mengendalikan kes-kes perbicaraan. Secara ringkasnya peranan setiap Bahagian adalah seperti di bawah. Bahagian Siasatan memainkan peranan yang terpenting dalam misi membanteras jenayah rasuah dengan mengendalikan tugas penyiasatan. Sebagaimana yang digambarkan oleh namanya, peranan Bahagian ini tertakluk kepada seksyen 7 subseksyen (a) dan (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009. Bahagian Operasi Khas bertanggungjawab dalam menjalankan siasatan bagi kes-kes berprofil tinggi dan berkepentingan awam. Bahagian Perundangan dan Pendakwaan merupakan Bahagian yang bertanggungjawab mengendalikan perbicaraan serta rayuan kes-kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa di Mahkamah. Pendakwaan dilaksanakan secara adil dan memenuhi tahap pembuktian mengikut keperluan undang-undang. Bahagian ini juga meneliti Kertas Siasatan yang dikemukakan oleh Bahagian Siasatan untuk keputusan dan tindakan lanjut serta memberi nasihat perundangan yang sewajarnya. Bahagian Perisikan berperanan sebagai pusat pengumpulan maklumat. Pengumpulan maklumat di Bahagian Perisikan mencakupi pelbagai sumber dan menerusi pelbagai kaedah dan teknik terkini. Bahagian Forensik berperanan memberikan khidmat nasihat dan bantuan forensik dalam memperkasakan siasatan dan penguatkuasaan undang โ€“ undang pencegahan rasuah secara berterusan. Bahagian Pengurusan Rekod & Teknologi Maklumat bertanggungjawab untuk menerima dan memproses maklumat, mengendalikan dan mengurus dokumen-dokumen operasi/terperingkat, memproses permohonan tapisan keutuhan dan pelupusan dokumen, menyediakan perangkaan dan statistik berkaitan SPRM serta bertanggungjawab memberi khidmat bantuan teknikal dan khidmat nasihat kepada pengguna yang berkaitan dengan permasalahan sistem komputer. Sektor Pencegahan terdiri dari tiga bahagian utama iaitu Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan, Bahagian Urus Tadbir Sektor Awam dan Bahagian Pengurusan Integriti Agensi. Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan

Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan berperanan untuk memberi nasihat kepada ketua badan awam dalam mengenalpasti punca kepada berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan berhubung amalan, sistem dan tatacara kerja. Ini disusuli dengan memberi khidmat nasihat kepada organisasi berkenaan termasuklah membuat syor penambahbaikan supaya pindaan sewajarnya dibuat ke atas amalan, sistem dan tatacara berkenaaan supaya perlakuan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dapat dikekang. Peranan ini adalah sepertimana yang termaktub dalam fungsi pegawai Suruhanjaya pada Seksyen 7 (c), (d) dan (e) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Bahagian Pengurusan Integriti Agensi

Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) berperanan sebagai penyelaras perlaksanaan fungsi Unit Integriti (UI) serta bertanggungjawab menyediakan dasar dan mekanisme pengurusan integriti melalui UI yang ditubuhkan di agensi-agensi luar. Bagi menjalankan tugas-tugas tersebut, BPIA menubuhkan 3 cawangan utama iaitu:

Cawangan Penyelarasan Integriti (Pelaksanaan)
Cawangan Penyelarasan Integriti (Analisa)
Cawangan Pembangunan Integriti

Bahagian Urus Tadbir Sektor Awam

Bahagian Urus Tadbir Sektor Awam berperanan sebagai pemangkin bagi memantapkan keutuhan sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan dalam mencegah rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dan kelemahan pentadbiran di SPRM dan perkhidmatan awam khasnya. Ianya dilaksanakan melalui Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2014 iaitu Penubuhan Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU), yang mana Bahagian ini merupakan urus setia JITU peringkat Kebangsaan bersama Bahagian Integriti dan Tadbir Urus (BITU) Jabatan Perdana Menteri. Arahan ini bertujuan bagi meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan yang berintegriti, tadbir urus terbaik dan mengurangkan karenah birokrasi di Kementerian, SUK Negeri, Jabatan-jabatan dan Agensi-agensi di kementerian. Struktur organisasi seperti berikut:

Cawangan Pengurusan Tadbir Urus
Cawangan Penilaian Tadbir Urus
Cawangan Pembangunan Tadbir Urus
Cawangan Penyelarasan dan Pentadbiran

Bahagian Pendidikan Masyarakat

Bahagian Pendidikan Masyarakat diwujudkan bagi menjalankan fungsi dan peranannya mengikut Seksyen 7(f) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 iaitu bagi mendidik orang ramai untuk menentang rasuah dan Seksyen 7(g) iaitu mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah. Fokus bahagian ini adalah memberi pendidikan berterusan kepada setiap struktur masyarakat melalui pelaksanaan program-program pendidikan yang bertujuan meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap usaha pencegahan rasuah yang dijalankan oleh Suruhanjaya.

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ƒ๐‡๐€ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ | ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐ŒSemoga sambutan Aidiladha ini mengingatkan kita tentang nilai pengorbanan, keik...
26/05/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ƒ๐‡๐€ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ | ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ

Semoga sambutan Aidiladha ini mengingatkan kita tentang nilai pengorbanan, keikhlasan dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab.

Semoga semangat kebersamaan dan kasih sayang terus diperkukuh demi kesejahteraan masyarakat serta negara yang bebas rasuah dan berintegriti.

โ€œDaging dan darah korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu.โ€
(๐‘†๐‘ข๐‘Ÿ๐‘Žโ„Ž ๐ด๐‘™-๐ป๐‘Ž๐‘—๐‘—, 22:37)

๐ˆ๐Š๐‹๐€๐’ ๐ƒ๐€๐‘๐ˆ๐๐€๐ƒ๐€:
๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€
๐’๐๐‘๐Œ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘





20/05/2026

Keputusan Ops Water : Penantian 10 Tahun jadi tumpuan





20/05/2026

Kronologi SKANDAL RASUAH Jabatan Air Negeri Sabah (JANS)





20/05/2026
๐๐๐Œ๐ ๐ฅ๐š๐Ÿ๐š๐ณ ๐ˆ๐ค๐ซ๐š๐ซ ๐๐ž๐›๐š๐ฌ ๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐š๐ก ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐š๐ฌ๐š ๐ข๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข ๐จ๐ซ๐ ๐š๐ง๐ข๐ฌ๐š๐ฌ๐ข
19/05/2026

๐๐๐Œ๐ ๐ฅ๐š๐Ÿ๐š๐ณ ๐ˆ๐ค๐ซ๐š๐ซ ๐๐ž๐›๐š๐ฌ ๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐š๐ก ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐š๐ฌ๐š ๐ข๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข ๐จ๐ซ๐ ๐š๐ง๐ข๐ฌ๐š๐ฌ๐ข

Kuala Lumpur: Syarikat Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai tanda komitmen organisasi itu dalam mempertahankan prinsip amanah dan membanteras rasuah.

๐๐„๐‘๐‚๐„๐“๐€๐Š๐€๐ ๐๐€๐’๐ˆ๐Ž๐๐€๐‹ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ (๐๐๐Œ๐) ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐๐”๐ƒ๐€๐˜๐€ ๐ˆ๐๐“๐„๐†๐‘๐ˆ๐“๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐€๐๐“๐ˆ ๐‘๐€๐’๐”๐€๐‡ ๐Œ๐„๐‹๐€๐‹๐”๐ˆ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐ˆ๐Š๐‘๐€๐‘ ๐๐„๐๐€๐’ ๐‘๐€๐’๐”๐€๐‡ ๐๐„...
19/05/2026

๐๐„๐‘๐‚๐„๐“๐€๐Š๐€๐ ๐๐€๐’๐ˆ๐Ž๐๐€๐‹ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ (๐๐๐Œ๐) ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐๐”๐ƒ๐€๐˜๐€ ๐ˆ๐๐“๐„๐†๐‘๐ˆ๐“๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐€๐๐“๐ˆ ๐‘๐€๐’๐”๐€๐‡ ๐Œ๐„๐‹๐€๐‹๐”๐ˆ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐ˆ๐Š๐‘๐€๐‘ ๐๐„๐๐€๐’ ๐‘๐€๐’๐”๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐’๐๐‘๐Œ ๐–๐ˆ๐‹๐€๐˜๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐’๐„๐Š๐”๐“๐”๐€๐ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘.

๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘, ๐Ÿ๐Ÿ— ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) telah mengadakan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berlangsung di Multipurpose Hall, Ibu Pejabat PNMB hari ini.

Majlis bertemakan โ€œStrengthening Integrity for Sustainable Governanceโ€ itu mencerminkan komitmen berterusan PNMB dalam membudayakan integriti serta menolak sebarang bentuk rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, selaras dengan usaha organisasi memperkukuhkan sistem penyampaian yang telus, berakauntabiliti dan berintegriti tinggi dalam tadbir urus korporat.

Sesi kemuncak program menyaksikan lafaz dan pemeteraian Ikrar Bebas Rasuah yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNMB, Encik Radzifuddin bin Nordin sambil disaksikan oleh Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Timbalan Pesuruhjaya Mohamad Zakkuan bin Talib.

Lafaz ikrar tersebut menjadi manifestasi iltizam berterusan PNMB dalam menolak sebarang bentuk rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam organisasi.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa integriti tidak boleh dilihat sekadar slogan organisasi atau retorik pentadbiran semata-mata, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui tindakan yang konsisten dan keberanian mempertahankan prinsip amanah di semua peringkat organisasi.

Beliau turut menekankan kepentingan konsep โ€œtone from the topโ€ yang memperlihatkan peranan kepimpinan tertinggi sebagai pencetus budaya kerja berintegriti dan pemangkin kepada tadbir urus yang berkesan. Selain itu, beliau menegaskan bahawa sebagai syarikat strategik negara yang mengendalikan dokumen keselamatan dan urusan berkepentingan awam, PNMB berdepan risiko rasuah, salah guna kuasa dan ketirisan sekiranya aspek kawalan dalaman serta tatakelola tidak diperkukuhkan secara menyeluruh. Sehubungan itu, pendekatan pencegahan perlu diberi keutamaan termasuk pemerkasaan sistem kawalan dalaman, pengurusan risiko rasuah, latihan integriti dan pematuhan terhadap Seksyen 17A Akta SPRM 2009 berkaitan liabiliti korporat.

Program turut diserikan dengan sesi perkongsian bertajuk โ€œIntegriti: Bukan Retorik Bicara Tetapi Paksi Tindakanโ€ yang disampaikan oleh Ketua Cawangan Penmas SPRM Kuala Lumpur, P/PsK Zairinhani binti Zulkifly yang menyentuh aspek pematuhan, akauntabiliti serta tanggungjawab warga organisasi dalam memperkukuhkan sistem penyampaian yang bebas daripada elemen rasuah.

Turut hadir pada majlis ini adalah YBhg Tan Sri Abdul Hamid Bador, Penasihat Keselamatan, Tradewinds Group Malaysia Sdn. Bhd, YBhg. Datuk Abdul Jamil Johari, Ketua Bahagian Siasatan dan Tadbir Urus Kumpulan, Tradewind Group (M) Sdn. Bhd., YBhg Datuk Haji Pkharuddin Haji Ghazali, Pengerusi Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dan PKPj Noor Azeana binti Azis, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Kuala Lumpur.

๐ƒ๐ˆ๐’๐„๐ƒ๐ˆ๐€๐Š๐€๐ ๐Ž๐‹๐„๐‡:
๐‚๐€๐–๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐Œ๐€๐’๐˜๐€๐‘๐€๐Š๐€๐“
๐’๐๐‘๐Œ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘
#๐ˆ๐ง๐ข๐ค๐š๐ง๐Š๐‹
#๐’๐๐‘๐Œ๐๐ž๐ง๐œ๐ž๐ ๐š๐ก๐š๐ง
#๐‚๐จ๐ฆ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ฒ๐Œ๐š๐œ๐œ๐Š๐‹
#๐๐ž๐ซ๐š๐ง๐ข๐๐š๐ง๐‘๐š๐๐ข๐ค๐š๐ฅ๐๐ž๐ซ๐š๐ง๐ ๐ข๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐š๐ก

๐Š๐ž๐ฉ๐ข๐ฆ๐ฉ๐ข๐ง๐š๐ง ๐ญ๐ž๐ซ๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐ญ๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ค ๐ญ๐ž๐ฅ๐š๐๐š๐ง ๐ค๐จ๐ฆ๐ข๐ญ๐ฆ๐ž๐ง ๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ง๐ ๐ข ๐ซ๐š๐ฌ๐ฎ๐š๐ก
18/05/2026

๐Š๐ž๐ฉ๐ข๐ฆ๐ฉ๐ข๐ง๐š๐ง ๐ญ๐ž๐ซ๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐ญ๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ค ๐ญ๐ž๐ฅ๐š๐๐š๐ง ๐ค๐จ๐ฆ๐ข๐ญ๐ฆ๐ž๐ง ๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ง๐ ๐ข ๐ซ๐š๐ฌ๐ฎ๐š๐ก

Kuala Lumpur: Kepimpinan organisasi yang menunjukkan teladan serta pendirian tegas terhadap jenayah rasuah dan salah guna kuasa mampu membentuk budaya integriti dalam sesebuah organisasi.

๐Š๐„๐๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐๐€๐ ๐Œ๐„๐‹๐€๐‹๐”๐ˆ ๐“๐„๐‹๐€๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐๐“๐”๐Š ๐๐”๐ƒ๐€๐˜๐€ ๐ˆ๐๐“๐„๐†๐‘๐ˆ๐“๐ˆ ๐Ž๐‘๐†๐€๐๐ˆ๐’๐€๐’๐ˆ
18/05/2026

๐Š๐„๐๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐๐€๐ ๐Œ๐„๐‹๐€๐‹๐”๐ˆ ๐“๐„๐‹๐€๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐๐“๐”๐Š ๐๐”๐ƒ๐€๐˜๐€ ๐ˆ๐๐“๐„๐†๐‘๐ˆ๐“๐ˆ ๐Ž๐‘๐†๐€๐๐ˆ๐’๐€๐’๐ˆ

SPRM,Mohamad Zakkuan Talib, integriti dan tatakelo

๐Œ๐„๐Œ๐€๐‚๐” ๐€๐†๐„๐๐ƒ๐€ ๐€๐๐“๐ˆ๐‘๐€๐’๐”๐€๐‡ ๐Š๐Ž๐‘๐๐Ž๐‘๐€๐“: ๐ƒ๐ˆ๐€๐‹๐Ž๐† ๐๐„๐Œ๐€๐๐“๐€๐๐€๐ ๐ˆ๐๐“๐„๐†๐‘๐ˆ๐“๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐“๐€๐“๐€๐Š๐„๐‹๐Ž๐‹๐€ ๐๐„๐‘๐Ž๐‹๐„๐‡๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐๐ ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€ ๐•๐„๐๐“๐”๐‘๐„๐’๐Š๐”๐€๐‹...
18/05/2026

๐Œ๐„๐Œ๐€๐‚๐” ๐€๐†๐„๐๐ƒ๐€ ๐€๐๐“๐ˆ๐‘๐€๐’๐”๐€๐‡ ๐Š๐Ž๐‘๐๐Ž๐‘๐€๐“: ๐ƒ๐ˆ๐€๐‹๐Ž๐† ๐๐„๐Œ๐€๐๐“๐€๐๐€๐ ๐ˆ๐๐“๐„๐†๐‘๐ˆ๐“๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐“๐€๐“๐€๐Š๐„๐‹๐Ž๐‹๐€ ๐๐„๐‘๐Ž๐‹๐„๐‡๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐๐ ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€ ๐•๐„๐๐“๐”๐‘๐„๐’

๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘, ๐Ÿ๐Ÿ– ๐Œ๐ž๐ข โ€“ Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur telah mengadakan Program Dialog Pemantapan Integriti dan Tatakelola Dalam Perolehan bersama PNB Merdeka Ventures dalam usaha memperkukuh budaya integriti, ketelusan serta pematuhan tatakelola yang baik dalam pengurusan perolehan sektor korporat.

Program berbentuk forum yang menampilkan panel berkaliber seperti TPj Mohamad Zakkuan Talib, Pengarah SPRM Kuala Lumpur serta YBhg. Ir. Ts. Datoโ€™ Izwan Hasli bin Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures telah dikendalikan oleh Puan Suzana Ahmad, Head, Governance & Assurance selaku moderator program.

Perkongsian berilmiah dari barisan panel memberi penekanan terhadap kepentingan pemerkasaan integriti, tadbir urus korporat serta pematuhan prosedur perolehan yang telus dan berakauntabiliti dalam organisasi. Selain itu, perbincangan turut menyentuh mengenai risiko rasuah, konflik kepentingan serta langkah pencegahan bagi memastikan setiap proses perolehan dilaksanakan secara beretika dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

TPj Mohamad Zakkuan Talib menekankan bahawa aspek integriti dan tatakelola yang mantap merupakan elemen penting dalam memastikan pengurusan organisasi sentiasa telus, cekap dan amanah yang akhirnya mampu meningkatkan kepercayaan masyarakat dan pihak berkepentingan. Beliau turut menegaskan bahawa pendekatan โ€œtone from the topโ€ memainkan peranan amat penting dalam pembudayaan integriti dalam organisasi, di mana kepimpinan tertinggi perlu menunjukkan teladan, komitmen serta pendirian tegas terhadap pematuhan, tadbir urus baik dan penolakan terhadap sebarang perlakuan jenayah rasuah dan salah guna kuasa.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan PNB Merdeka Ventures dalam memperkukuh agenda pencegahan rasuah serta membudayakan integriti dan tadbir urus yang baik dalam sektor korporat selain menggalakkan aktiviti perniagaan dijalankan dalam suasana bersih dan cekap.

๐ƒ๐ˆ๐’๐„๐ƒ๐ˆ๐€๐Š๐€๐ ๐Ž๐‹๐„๐‡:
๐‚๐€๐–๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐Œ๐€๐’๐˜๐€๐‘๐€๐Š๐€๐“
๐’๐๐‘๐Œ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘
#๐ˆ๐ง๐ข๐ค๐š๐ง๐Š๐‹
#๐’๐๐‘๐Œ๐๐ž๐ง๐œ๐ž๐ ๐š๐ก๐š๐ง
#๐‚๐จ๐ฆ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ฒ๐Œ๐š๐œ๐œ๐Š๐‹
#๐๐ž๐ซ๐š๐ง๐ข๐๐š๐ง๐‘๐š๐๐ข๐ค๐š๐ฅ๐๐ž๐ซ๐š๐ง๐ ๐ข๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐š๐ก

๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) SPRM Tahun 2025 atas dedikasi dan p...
06/05/2026

๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡

Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) SPRM Tahun 2025 atas dedikasi dan prestasi kerja yang cemerlang sepanjang tahun.

Syabas kepada SPRM Kuala Lumpur di atas kejayaan membanggakan menerusi pencapaian Anugerah Khas Ketua Pesuruhjaya bagi ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ Desa ๐—•๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐˜€ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—ฎ๐—ต ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ž๐—ผ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—ž๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ป๐—ด ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ 2025.

Semoga kejayaan ini menjadi pemacu semangat juang untuk terus memberikan perkhidmatan cemerlang, telus dan dedikasi kepada masa depan negara Malaysia yang lebih teguh.

๐ˆ๐Š๐‹๐€๐’ ๐ƒ๐€๐‘๐ˆ๐๐€๐ƒ๐€:
๐’๐๐‘๐Œ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘





Address

Jalan Cochrane
Kuala Lumpur
55100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60392065000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SPRM Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share