11/01/2026
AHLI PARLIMEN BATU SUMBANG CAT DAN MAKANAN TENGAHARI UNTUK PROGRAM GOTONG-ROYONG PERINGKAT MASJID AL-ZAKIRIN
Sabtu, 10 Januari 2026 - Ahli Parlimen Batu, YB P Prabakaran telah menyumbangkan cat dan makanan tengahari untuk program gotong-royong peringkat Masjid Al-Zakirin.
Setiausaha Sulit kepada YB P Prabakaran, Tuan Hafiz Solkepli telah hadir bersama-sama dengan para jemaah dan warga kariah bergotong-royong membersih dan mengecat pagar Masjid Al-Zakirin Selayang KL
Barisan kepimpinan Komuniti MADANI Sub Zon 5 Batu juga turut memeriahkan lagi program gotong-royong masjid pada hari berkenaan.
Program yang bermula seawal jam 7.30 pagi itu telah sempurna dilaksanakan pada jam 12.30 tengahari dengan agihan 150 pek makanan tengahari.