20/04/2026
📌 *PERASMIAN CBRNE ARENA SEMPENA DEFENCE SERVICES ASIA (DSA) & NATIONAL SECURITY FOR ASIA (NATSEC) 2026*
Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) Kuala Lumpur - 20 April 2026 – Majlis perasmian CBRNE Arena telah berlangsung pada 20 April 2026 di Tingkat 3, MITEC Kuala Lumpur.
Majlis telah dirasmikan oleh Leftenan Jeneral Dato’ Mohamad Suria Bin Mohamad Saad, Timbalan Panglima Tentera Darat Malaysia dengan gimik pelancaran yang dilaksanakan oleh Juara NCT Pro Challenge tahun 2025 yang diwakili oleh peserta dari ATM, PDRM dan Jabatan Kimia Malaysia.
Majlis turut dihadiri oleh Brigedier Jeneral Ts. Sharuddin Bin Mohd Noh (Ketua Jurutera Tentera Darat Malaysia), SAC Zaidy Bin Che Hassan (Ketua Penolong Pengarah Persenjataan PDRM),
ChM Puan Marhayani Binti Md Saad (Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia),
Supt Wan Iswadi Bin Wan Yusof (Penolong Pengarah Persenjataan UPB / CBRNE PDRM),
Encik Fahri Azzat (Pengarah DSA), barisan pegawai ATM, PDRM dan Jabatan Kimia Malaysia serta wakil syarikat Southern Titan.
Majlis diteruskan dengan lawatan ke CBRNE Arena oleh Timbalan Panglima Tentera Darat bersama pucuk pimpinan PDRM, Jabatan Kimia Malaysia dan Wakil Syarikat Southern Titan.
Majlis seterusnya mempamerkan Demonstrasi Operasi Decontamination yang dilaksanakan oleh Skuadron 12, Rejimen Askar Jurutera Diraja (CBRNE). Demonstrasi ini mempamerkan tahap kesiapsiagaan operasi serta kepakaran teknikal dalam menangani ancaman CBRNE.
Platform CBRNE Arena ini mencerminkan kecemerlangan operasi, penguasaan teknikal serta tahap kesiapsiagaan yang tinggi dalam menangani ancaman kimia, biologi, radiologi, nuklear dan bahan letupan (CBRNE). Acara ini menghimpunkan pihak berkepentingan utama yang terdiri daripada pasukan keselamatan, agensi kerajaan, pemain industri serta pakar bidang untuk mempamerkan keupayaan, teknologi canggih dan penyelesaian inovatif dalam bidang CBRNE.
📸 (Disertakan gambar sepanjang majlis perasmian berlangsung)