31/03/2026
๐ JANGAN TERPEDAYA! PASTIKAN UBAT ANDA ADA CIRI - CIRI UBAT YANG SAH!
Pernah terfikir, ubat yang kita makan selamat atau tidak? Sebelum beli atau makan, pastikan anda semak 2 ciri utama ini pada bekas ubat:
Hologram FarmaTag โ Pastikan ada label keselamatan โKKMโ. Ia bukti ubat itu tulen!
Nombor Pendaftaran MAL โ Nombor ini wajib ada. Ia bermula dengan 'MAL', diikuti 8 digit angka dan diakhiri dengan huruf kategori.
Tahu tak maksud huruf di hujung nombor MAL? ๐ง
โ
A: Ubat Terkawal (Hanya boleh dibekalkan oleh doktor/ ahli farmasi)
โ
X: Ubat Am / OTC (Boleh dibeli tanpa pengawasan doktor/ahli
farmasi)
โ
T: Ubat Tradisional
โ
N: Suplemen Kesihatan
โ
B: Produk Semula Jadi dengan Tuntutan Terapeutik
Jom jadi pengguna bijak! Sayangi nyawa anda, tolak ubat tidak sah. ๐ซ๐