SK Setiawangsa

SK Setiawangsa SK Setiawangsa is a high prestige goverment school

Tahniah dan Syabas! Warga SK Setiawangsa merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada murid yang telah mengharumkan ...
01/06/2026

Tahniah dan Syabas!

Warga SK Setiawangsa merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada murid yang telah mengharumkan nama sekolah dengan kejayaan cemerlang dalam Koala Excellence Olympiad (KEO) di peringkat kebangsaan.
Kejayaan ini melayakkan mereka untuk mewakili sekolah dan negara ke Pusingan Global Finals KEO 2026 yang akan berlangsung di Macau, Hong Kong pada 3 hingga 7 Julai 2026.

Kejayaan ini membuktikan bahawa usaha gigih, disiplin dan semangat juang yang tinggi mampu membawa murid ke pentas antarabangsa.

Semoga semua peserta terus cemerlang, menimba pengalaman berharga serta mengharumkan nama sekolah, negeri dan negara di persada dunia.

Tahniah kepada murid, ibu bapa serta guru-guru yang telah membimbing dan menyokong mereka sepanjang perjalanan ini.

*KOALA MATHEMATICS OLYMPIAD 2026*
*MALAYSIA NATIONAL ROUND*
*18-20 APRIL 2026*

*Result:*
🏆 Perfect Score (96% @ 18min 31sec) - Dzul Amsyar Benjamin (Grade 6)
🥇 Gold (92% @ 30min 25sec) - Muhammad Al-Fatih (Grade 4)
🥇 Gold (92% @ 12min 40sec) - Nur Hasya Ammara (Grade 2)
Honorable Mention - Daniyal Kayden (Grade 1)



Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Dzul Amsyar Benjamin dari kelas UM6, SK Setiawangsa atas kejayaan bersama Kontinjen ...
31/05/2026

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Dzul Amsyar Benjamin dari kelas UM6, SK Setiawangsa atas kejayaan bersama Kontinjen Pengakap Kuala Lumpur meraih Naib Johan dalam pertandingan Malam Kebudayaan bertemakan STEM & Kontemporari sempena International STEM X-Plorace 2026.

Kejayaan ini amat membanggakan kerana pertandingan tersebut melibatkan penyertaan dari pelbagai negeri serta negara jiran iaitu Indonesia, Thailand dan Singapura. Semoga terus cemerlang dan mengharumkan nama sekolah. 🌟



Tahniah diucapkan kepada Nik Adam Mikail dari kelas UM5 atas kejayaan meraih Naib Johan kategori Sekolah Rendah Tahap 2 ...
25/05/2026

Tahniah diucapkan kepada Nik Adam Mikail dari kelas UM5 atas kejayaan meraih Naib Johan kategori Sekolah Rendah Tahap 2 Peringkat Negeri dalam pertandingan Minecraft Education Challenge 2026.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada murid lain untuk terus kreatif, inovatif dan berani mencipta kejayaan di peringkat yang lebih tinggi. 🌟


*Syabas dan Tahniah*Nik Adam Mikail UM5 berjaya mendapat *Naib Johan* bagi kategori sekolah rendah Tahap 2 Peringkat Neg...
25/05/2026

*Syabas dan Tahniah*

Nik Adam Mikail UM5 berjaya mendapat *Naib Johan* bagi kategori sekolah rendah Tahap 2 Peringkat Negeri dalam pertandingan Minecraft Education Challenge 2026 dengan tema Visit Malaysia: Explore Malaysia states, sustain our future.

Submission for Minecraft Education Challenge 2026

TAHNIAH ALIFAH MAISARAH! 🥈🏊‍♀️✨​Satu lagi pencapaian luar biasa yang membanggakan seluruh warga SK Setiawangsa dan Pasuk...
24/05/2026

TAHNIAH ALIFAH MAISARAH! 🥈🏊‍♀️✨
​Satu lagi pencapaian luar biasa yang membanggakan seluruh warga SK Setiawangsa dan Pasukan Aquatics Sekolah!
​Adik Alifah Maisarah Bt Mohd Azed (UIA 5) telah mempamerkan aksi yang amat cemerlang dalam kejohanan antarabangsa 2nd Bunga Raya International Children & Junior Finswimming Competition (Leg 1 2026) yang berlangsung pada 23 Mei 2026 di Pusat Akuatik Tuanku Zara, Ipoh.

​🏆 Ringkasan Pencapaian Hebat
​Kejohanan: 2nd Bunga Raya International Children & Junior Finswimming Competition (Leg 1 2026)

​Kategori Acara: Surface Bifin Relay (Mixed 10-11 Years Old)
​Pencapaian: 🥈 Pingat Perak (1st Runner-Up) bersama kelab Thunderfin Club
​Masa Catatan: 2:05.63

​🌍 Bersaing Di Peringkat Antarabangsa

​Kejayaan ini amat manis dan membanggakan kerana Alifah terpaksa bersaing sengit dengan atlet-atlet cilik hebat dari pelbagai negara luar termasuk Cambodia, Indonesia, India, dan negara-negara jemputan yang lain. Namun, berkat usaha gigih dan semangat juang yang tinggi, beliau berjaya menaiki podium antarabangsa ini!

Alifah telah membuktikan bahawa murid SK Setiawangsa mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah di pentas dunia!

​Terima kasih diucapkan kepada barisan jurulatih, pihak sekolah, dan ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan padu di belakang kejayaan beliau.

​Semoga pencapaian Alifah Maisarah ini menjadi inspirasi buat seluruh warga SK Setiawangsa untuk terus memburu kecemerlangan dalam bidang sukan. Teruskan berenang menuju kejayaan yang lebih besar, Alifah! 🌟💪

23/05/2026

🎥✨ Montaj Sambutan Hari Guru 2026 ✨🎥

Terima kasih cikgu atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi dalam mendidik anak bangsa. 💐

“Guru Bitara Nadi Negara”



Montaj Hari Guru SK Setiawangsa 2026 bertajuk Heart of a Nation dihasilkan 100% menggunakan teknologi AI
22/05/2026

Montaj Hari Guru SK Setiawangsa 2026 bertajuk Heart of a Nation dihasilkan 100% menggunakan teknologi AI

Check out TVPSS@SKSetiawangsa’s video.

Syabas dan Tahniah kepada semua 147 orang guru SK Setiawangsa kerana berjaya mendapat Pensijilan Antarabangsa Gemini Cer...
21/05/2026

Syabas dan Tahniah kepada semua 147 orang guru SK Setiawangsa kerana berjaya mendapat Pensijilan Antarabangsa Gemini Certified Educator.





Syabas dan Tahniah 🏉✨Aqib Dayyan Bin Azrizad UITM 5 dan Umar Bin Amirul Ehsan UPSI 6 berjaya mewakili Kuala Lumpur ke Ke...
21/05/2026

Syabas dan Tahniah 🏉✨

Aqib Dayyan Bin Azrizad UITM 5 dan Umar Bin Amirul Ehsan UPSI 6 berjaya mewakili Kuala Lumpur ke Kejohanan Ragbi MSSM 2026 🏉🔥

Mereka akan mewakili Kuala Lumpur ke Kejohanan Ragbi MSSM 2026 yang akan berlangsung di Ipoh, Perak.

Semoga terus cemerlang dan berjaya mengharumkan nama KUALA LUMPUR 💛👏



Tahniah diucapkan kepada pasukan Bahas Ala Parlimen Sekolah Rendah WPKL 2026 atas kejayaan merangkul gelaran JOHAN 🏆✨📍 P...
21/05/2026

Tahniah diucapkan kepada pasukan Bahas Ala Parlimen Sekolah Rendah WPKL 2026 atas kejayaan merangkul gelaran JOHAN 🏆✨

📍 Pertandingan Bahas Ala Parlimen Sekolah Rendah WPKL 2026
🗓️ 18–22 Mei 2026
📌 TAR UMT

Barisan pendebat hebat:
• Ahmad Ridzqiy bin Ahmad Ridzwan (UIA6)
• Nur Farha Dayana binti Muhamad Fairos (UMS6)
• Qisya Qairina binti Arief Mohd Daniel (UPSI6)
• Hajar Tasliyah binti Fadhil Awadullah (USM6)
• Wan Aidan bin Wan Sazriz (UIA5)

🌟 Tahniah juga kepada Hajar Tasliyah atas pencapaian sebagai Pembahas Terbaik Akhir.

Terima kasih kepada guru pembimbing, ibu bapa dan semua yang sentiasa memberi sokongan serta doa. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan 💫

Address

SK Setiawangsa, Jalan Setiawangsa 13
Kuala Lumpur
54200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Setiawangsa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category