Felcra Berhad

Felcra Berhad FELCRA Berhad sebuah entiti Syarikat Korporat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan), dan dibawah penyeliaan Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah.

FELCRA Berhad sebuah entiti milik Menteri Kewangan (diperbadankan), di bawah seliaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

02/09/2026

BICARA PSIKOLOGI : HATI POSITIF, KEPIMPINAN BERKUALITI

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ PERHIMPUNAN BULAN SEPTEMBER KKDW | FELCRA BERHAD & JAKOAFELCRA Berhad dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (J...
01/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ PERHIMPUNAN BULAN SEPTEMBER KKDW | FELCRA BERHAD & JAKOA

FELCRA Berhad dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah menganjurkan Perhimpunan Bulan September Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dalam suasana penuh semangat kebersamaan dan kekeluargaan warga kementerian serta agensi.

Majlis turut diserikan dengan persembahan Seni Ritma FELCRA Berhad, yang menampilkan persembahan menarik sebagai antara pengisian acara pada perhimpunan kali ini.

Kemuncak majlis menyaksikan YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, menyampaikan ucapan kepada warga KKDW dan agensi.

Lebih bermakna, majlis diakhiri dengan acara memotong pulut kuning bersempena ulang tahun Pengkorporatan FELCRA Berhad, yang disambut pada 1 September setiap tahun.

Tanggal 1 September menjadi detik penting dalam perjalanan FELCRA Berhad sebagai sebuah entiti korporat yang terus menggalas amanah memperkasa peserta, masyarakat desa dan sektor agromakanan negara.

Semoga sambutan ini menjadi pemangkin kepada seluruh warga FELCRA Berhad untuk terus melangkah maju, memperkukuh kecemerlangan organisasi serta memberikan perkhidmatan terbaik demi kesejahteraan masyarakat dan pembangunan negara.

Selamat Ulang Tahun Pengkorporatan FELCRA Berhad Ke-29! ๐ŸŽ‰

FELCRA Berhad | 29 Tahun Melangkah Bersama






๐ŸŽ‰ SELAMAT ULANG TAHUN PENGKORPORATAN FELCRA BERHAD KE-29 ๐ŸŽ‰1 September 2026Hari ini menandakan 29 tahun perjalanan FELCRA...
01/09/2026

๐ŸŽ‰ SELAMAT ULANG TAHUN PENGKORPORATAN FELCRA BERHAD KE-29 ๐ŸŽ‰

1 September 2026

Hari ini menandakan 29 tahun perjalanan FELCRA Berhad sebagai sebuah entiti korporat, sejak pengkorporatannya pada 1 September 1997.

Sepanjang perjalanan ini, FELCRA Berhad terus menggalas amanah dalam memperkasa pembangunan tanah, meningkatkan taraf sosioekonomi peserta serta menyumbang kepada kemajuan sektor pertanian dan agromakanan negara.

Dengan pengalaman, kekuatan warga kerja dan sokongan seluruh warga FELCRA, kita akan terus melangkah ke hadapan dengan tekad untuk memperkukuh organisasi, mencipta nilai serta memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati oleh peserta dan masyarakat.

29 Tahun Pengkorporatan โ€” Memperkasa Legasi, Meneruskan Aspirasi.

Selamat Ulang Tahun Pengkorporatan FELCRA Berhad Ke-29 kepada seluruh Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan, Warga Kerja, Peserta dan Pesara FELCRA Berhad.

Semoga FELCRA Berhad terus maju, berdaya saing dan kekal teguh dalam membawa amanah pembangunan demi kesejahteraan bersama.

Selamat Ulang Tahun Pengkorporatan FELCRA Berhad Ke-29! ๐Ÿ’œ

Nota : Figura Tun Abdul Razak bin Hussein telah dilakonkan semula oleh Encik Anas Hamdan




31/08/2026

Majlis Perhimpunan Bulan September KKDW 2026

๐Ÿ“ก SIARAN LANGSUNG | MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN SEPTEMBER KKDW TAHUN 2026Saksikan secara LIVE menerusi Facebook dan YouTube...
31/08/2026

๐Ÿ“ก SIARAN LANGSUNG | MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN SEPTEMBER KKDW TAHUN 2026

Saksikan secara LIVE menerusi Facebook dan YouTube Majlis Perhimpunan Bulan September Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Tahun 2026 yang akan disempurnakan oleh YAB Datoโ€™ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

๐Ÿ“… 1 September 2026 (Selasa)
๐Ÿ“ Dewan Seri Lestari, Aras B1, KKDW
๐Ÿ”ด LIVE di Facebook & YouTube

FELCRA Berhad berbesar hati menjadi penganjur majlis ini dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Ayuh bersama-sama mengikuti amanat dan perkongsian YAB Timbalan Perdana Menteri dalam memperkukuh agenda pembangunan serta kesejahteraan masyarakat desa.

Jangan lupa saksikan siaran langsung di Facebook dan YouTube!

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69, marilah kita bersama-sama menghayat...
30/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69, marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan yang telah dibina atas semangat perjuangan, pengorbanan dan perpaduan generasi terdahulu.

Kemerdekaan bukan sekadar sebuah catatan sejarah, tetapi amanah untuk terus kita pelihara. Dengan semangat kebersamaan, keharmonian dan kecintaan kepada negara, ayuh kita berganding bahu membina Malaysia yang lebih maju, sejahtera dan makmur untuk generasi hari ini dan akan datang.

Selaras dengan tema โ€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmatiโ€, semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan seluruh rakyat Malaysia dalam meraikan kepelbagaian serta memperkukuh tekad demi kesejahteraan bersama.

Selamat Hari Kebangsaan ke-69!
Merdeka! Merdeka! Merdeka! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Ikhlas daripada,
Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengurusan Tertinggi
Warga Kerja, Peserta serta Pesara FELCRA Berhad

๐Ÿ”” LOCENG DIBUNYIKAN, โ€œHAPPY HOURโ€ BAZAR RAKYAT FELCRA BERMULA!Suasana di Bazar Rakyat FELCRA Berhad, MAHA 2026 bertambah...
30/08/2026

๐Ÿ”” LOCENG DIBUNYIKAN, โ€œHAPPY HOURโ€ BAZAR RAKYAT FELCRA BERMULA!

Suasana di Bazar Rakyat FELCRA Berhad, MAHA 2026 bertambah meriah apabila YAB Datoโ€™ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, membunyikan loceng sebagai simbolik bermulanya jualan istimewa โ€œHappy Hourโ€.

Antara tawaran istimewa yang mencuri perhatian pengunjung ialah Beras FELCRA Super Special Tempatan yang ditawarkan pada harga hanya RM10, berbanding harga jualan biasa RM13.

Turut mengiringi YAB Timbalan Perdana Menteri dalam lawatan ke Bazar Rakyat FELCRA Berhad ialah YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, bersama YBhg. Datoโ€™ Mohamed Ismi bin Abdul Majid, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad.

Kehadiran YAB Timbalan Perdana Menteri menyemarakkan lagi kemeriahan Bazar Rakyat FELCRA Berhad yang mengetengahkan pelbagai produk FELCRA, anak-anak syarikat serta produk usahawan kepada para pengunjung.

๐Ÿ“ Bazar Rakyat FELCRA Berhad
MAHA 2026 | MAEPS, Serdang

Ayuh singgah dan dapatkan pelbagai produk serta tawaran menarik sepanjang berlangsungnya MAHA 2026!

FELCRA Berhad | Memperkasa Desa, Mensejahterakan Negara

๐ŸŒฟ KAMPUNG FELCRA LUBUK SIREH, DESTINASI DESA KIRANA@KKDWKetua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, YBhg. Datoโ€™ Mohamed Ismi ...
30/08/2026

๐ŸŒฟ KAMPUNG FELCRA LUBUK SIREH, DESTINASI DESA KIRANA@KKDW

Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, YBhg. Datoโ€™ Mohamed Ismi bin Abdul Majid, mengetengahkan Kampung FELCRA Lubuk Sireh sebagai salah satu daripada 25 destinasi Desa Kirana@KKDW yang menawarkan keunikan serta potensi pelancongan desa.

Desa Kirana@KKDW merupakan inisiatif strategik Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dalam memperkasa sektor pelancongan desa di Malaysia, sekali gus meningkatkan daya tarikan kawasan luar bandar sebagai destinasi pelancongan yang berdaya saing.

Inisiatif ini turut menjadi sebahagian daripada persediaan dalam menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026, dengan mengetengahkan keindahan alam semula jadi, keunikan budaya, warisan serta kehidupan komuniti desa kepada pelancong tempatan dan antarabangsa.

Melalui pengiktirafan Kampung FELCRA Lubuk Sireh sebagai salah satu destinasi Desa Kirana@KKDW, FELCRA Berhad terus komited menyokong usaha KKDW dalam merancakkan ekonomi setempat, membuka peluang kepada komuniti serta memperkukuh potensi pelancongan luar bandar.

โœจ Desa Diperkasa, Ekonomi Dirancakkan, Komuniti Disejahterakan.

๐Ÿ›๏ธ๐ŸŽ‰ JOM SERBU BAZAR RAKYAT FELCRA BERHAD DI MAHA 2026, MAEPS, SERDANG!Bermula 28 Ogos hingga 6 September 2026, jangan le...
30/08/2026

๐Ÿ›๏ธ๐ŸŽ‰ JOM SERBU BAZAR RAKYAT FELCRA BERHAD DI MAHA 2026, MAEPS, SERDANG!

Bermula 28 Ogos hingga 6 September 2026, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Bazar Rakyat FELCRA Berhad di MAHA 2026, MAEPS, Serdang!

๐Ÿ“… 28 OGOS โ€“ 6 SEPTEMBER 2026
๐Ÿ“ MAEPS, SERDANG

Pelbagai pilihan menarik menanti anda! ๐ŸŒพ๐Ÿ›’

Jom dapatkan dan kenali pelbagai produk usahawan FELCRA serta produk keluaran anak-anak syarikat FELCRA Berhad yang dibawakan khas untuk para pengunjung.

Daripada produk makanan dan hasil tempatan hinggalah pelbagai produk berkualiti, kunjungan serta pembelian anda turut membantu menyokong perkembangan usahawan, komuniti peserta dan ekosistem perniagaan FELCRA.

๐Ÿค SOKONG PRODUK FELCRA & USAHAWAN TEMPATAN
๐ŸŒพ PRODUK DESA, CITARASA DUNIA

Bawa keluarga dan rakan-rakan, dan jumpa kami di Bazar Rakyat FELCRA Berhad, MAEPS Serdang!







Address

Wisma FELCRA, Lot PT4780, Jalan Rejang, Setapak Jaya
Kuala Lumpur
50772

Opening Hours

Monday 08:30 - 05:30
Tuesday 08:30 - 05:30
Wednesday 08:30 - 05:30
Thursday 08:30 - 05:30
Friday 08:30 - 05:30

Telephone

+60341455000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Felcra Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Felcra Berhad:

Shortcuts

Share