Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu

Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu Page ini adalah informasi terkini berkisar isu semasa di peringkat nasional, negeri dan kawasan Batu.

Merdeka bukan bila kita bebas daripada segala batas, tetapi bila kita bebas memilih jalan yang Allah redha 🌹Ayuh;Merdeka...
30/08/2026

Merdeka bukan bila kita bebas daripada segala batas, tetapi bila kita bebas memilih jalan yang Allah redha 🌹

Ayuh;
Merdeka kita daripada maksiat,
Merdeka jiwa menuju taat

KEJOHANAN BOWLING AMEERAH KAWASAN BATU.Siapa kata Muslimat PAS hanya buat program di masjid sahaja?Siapa kata Muslimat P...
28/08/2026

KEJOHANAN BOWLING AMEERAH KAWASAN BATU.

Siapa kata Muslimat PAS hanya buat program di masjid sahaja?

Siapa kata Muslimat PAS hanya memfokuskan geng tudung labuh sahaja?

Tidak . Sama sekali tidak.

Dakwah kami meliputi seluruh lapisan masyarakat.

Telah berlangsung Kejohanan Bowling Ameerah Kawasan Batu, Ahad lalu. Bertempat di Gurney Mall, Residensi UTMKL. Bermula jam 10 pagi hingga 12.30 tengahari.

Program bowling ini telah mengumpulkan sekurang-kurangnya 30 orang wanita dari pelbagai peringkat umur.

Program yang bukan sahaja tertumpu kepada kesukanan bahkan kepada nilai ukhwah dan silaturahim.

Kami tak ramai. Kami juga tak punya kewangan yang kukuh. Tetapi, kami berusaha meraikan dan mendekati para wanita melalui minat dan kesukaan mereka.

Nantikan pelbagai lagi aktiviti Ameerah Kawasan Batu di masa akan datang.

Stay tuned !

Salam Maulidur Rasul ﷺSemoga kita terus meneladani akhlak mulia Rasulullah ﷺ dan memperbanyakkan selawat ke atas Baginda...
28/08/2026

Salam Maulidur Rasul ﷺ

Semoga kita terus meneladani akhlak mulia Rasulullah ﷺ dan memperbanyakkan selawat ke atas Baginda.

اللهم صل وسلم على نبينا محمد ﷺ

اَللَّهُمَّ فَقِّها فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْها التَّأْوِيْلَ“Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan...
05/08/2026

اَللَّهُمَّ فَقِّها فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْها التَّأْوِيْلَ

“Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).”

Tahniah buat Encik Zuki dan Puan Wani atas kelahiran cahaya mata , baru-baru ini.

Puan Wani yang masih menjalani tempoh berpantang, berbesar hati menerima kunjungan dan ziarah dari wakil Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu, Sabtu lalu.

DMPKB yang diwakili Ketua Muslimat, Ustazah Aa'edah dan Ketua Lajnah Kebajikan, Puan Norazlina. Turut hadir bersama, Puan Awatif dan Puan Sharifah.

Selain menyampaikan hadiah buat anakanda yang baru lahir, ziarah ini juga sebagai penguat ukhwah dan silaturahim.

Kami mendoakan agar Puan Wani cepat sembuh dan semoga anakanda menjadi menyejuk hati buat kedua ibu bapanya.

Berpisah kita hanyalah jasad, hakikatnya hati kita tetap terikat rapi.Majlis minum petang tanda perpisahan telah berlang...
05/08/2026

Berpisah kita hanyalah jasad, hakikatnya hati kita tetap terikat rapi.

Majlis minum petang tanda perpisahan telah berlangsung, Sabtu lepas. Majlis ini khas buat sahabat kami yang akan bekerja di Tanah Arab tak lama lagi.

Selamat berjuang buat sahabat kami yang dikasihi, Fatimah Farhana. Semoga setiap langkahmu dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Ziarah Syifa' diteruskan lagi. Kali ini, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu,  Ustazah Aa'edah ditemani Puan Awatif me...
31/07/2026

Ziarah Syifa' diteruskan lagi. Kali ini, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu, Ustazah Aa'edah ditemani Puan Awatif menziarahi Adik Nu'Man di kediamannya. Nu'man merupakan anak kepada Ustaz Norhan dan Ustazah Nadiah.

Nu'man yang sebelum ini dijangkiti Respiratory Syncytial Virus atau lebih dikenali sebagai RSV, telah dibenarkan pulang selepas 5 hari menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Kini, Nu'man menjalani tempoh kuarantin di rumah.

Sedikit info berkenaan RSV, ianya mudah menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 2 tahun. Pesakit yang dijangkiti akan mengalami gejala seperti hidung berair dan tersumbat, batuk dan demam ringan.

Kami di DMPKB menasihatkan agar kita semua menjaga kesihatan dengan baik. Tingkatkan kebersihan diri dan elakkan berada di kawasan yang sesak.

Kami juga mendoakan agar Nu'man dikurniakan kesembuhan dan kesihatan yang baik.

Ziarah MahabbahHari ini kami menerima khabar bahawa kesihatan Puan Habibah kurang memuaskan. Justeru, Ketua Dewan Muslim...
27/07/2026

Ziarah Mahabbah

Hari ini kami menerima khabar bahawa kesihatan Puan Habibah kurang memuaskan. Justeru, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu, Ustazah Aa’edah bersama Puan Hasiba telah berkesempatan menziarahi beliau di kediamannya pagi ini.

Alhamdulillah, Puan Habibah menyambut kehadiran kami dengan wajah yang ceria. Walaupun sedang diuji dengan masalah kesihatan pada bahagian usus dan masih menjalani rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), beliau tetap menunjukkan ketabahan serta semangat yang tinggi dalam menghadapi ujian Allah SWT.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna buat Puan Habibah, mengangkat segala kesakitan yang dihadapi, serta mempermudahkan setiap urusan beliau.
Aamiin.

Minyak masak terpakai ada nilai!Daripada sisa kepada manfaat!Jom tukar minyak masak terpakai dengan duit !
18/06/2026

Minyak masak terpakai ada nilai!

Daripada sisa kepada manfaat!

Jom tukar minyak masak terpakai dengan duit !

18/06/2026

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Pihak Ameerah Kawasan Batu, dengan sukacitanya menjemput para wanita ke Program Jual Minyak Masak Terpakai 2.0 & Zumba Ameerah Gets Fit dengan kerjasama SRITI.

Butiran Program:
🗓️ : 20 Jun 2026 (Sabtu)
⏰ : 8.00 pagi - 10.00pagi
📍: Dewan SRITI Batu ,Taman Koperasi Polis Fasa 2
🚗🏎‍🟀🛴🚲🛵🚂✈️🚚
https://maps.app.goo.gl/8xZ66XKLpx5vNbwK8?g_st=aw

Aktiviti:
1. Jual Minyak Masak Terpakai
- Agihan hasil 80% peserta, 20% tabung kebajikan
- 8.00 pagi - 9.30 pagi
- No tel :Puan Aina +6014 5136847

2. Zumba Ameerah Gets Fit (Kerjasama SRITI & PASTI)

- YURAN RM5.00
- 8.00 PAGI - 10.00 PAGI
- Berpakaian menutup aurat
- No tel : Puan Syarifah +60 12-350 6513
- Terbuka kepada semua golongan wanita.

Kehadiran puan amat kami hargai.

Pautan Pendaftaran: https://forms.gle/3xX43xnDKebAiawo9

Sekian, terima kasih.








Jom meriahkan posting ini. Like, komen dan share sekarang💪🏻

📢 HIMPUNAN JENTERA PRU16 PAS WILAYAH PERSEKUTUAN 📢بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ"INFIRŪ KHIFĀFAN WA THIQĀLAN""Be...
18/06/2026

📢 HIMPUNAN JENTERA PRU16 PAS WILAYAH PERSEKUTUAN 📢

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

"INFIRŪ KHIFĀFAN WA THIQĀLAN"

"Berangkatlah kamu (ke medan perjuangan), sama ada dalam keadaan ringan ataupun berat..."

Firman Allah SWT:

ٱنفِرُوا۟ خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَـٰهِدُوا۟ بِأَمْوَٰلِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan mahupun berat, dan berjihadlah dengan harta benda dan diri kamu di jalan Allah. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui."

(Surah At-Taubah: 41)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kepada seluruh ahli Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu, marilah kita menyahut seruan perjuangan dengan menghadirkan diri ke:

🗓️ Himpunan Jentera Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan
📅 28 Jun 2026 (Ahad)
🕗 8.00 malam hingga selesai
📍 KUIZM

Kehadiran bukan sekadar memenuhi jemputan, bahkan merupakan manifestasi wala', kesatuan saf, disiplin organisasi dan kesediaan menggalas amanah perjuangan.

Mungkin ada yang penat selepas bekerja, ada urusan keluarga, perjalanan jauh atau pelbagai kekangan.

Namun Allah SWT telah menyeru kita agar berangkat dalam keadaan susah mahupun senang, ringan mahupun berat.

Jangan biarkan kerusi kosong ketika umat memerlukan kita. Jangan biarkan semangat perjuangan hanya tinggal di lisan tanpa kehadiran.

Ayuh kita hadir dengan niat:

🤝 Mengukuhkan ukhuwah
🟢 Menyatukan jentera
🕌 Memperteguh perjuangan Islam
🇲🇾 Bersedia menghadapi pilihan raya dengan penuh iltizam

Semoga setiap langkah yang diatur menuju majlis ini dicatat sebagai amal soleh dan menjadi asbab kemenangan yang diberkati Allah SWT.

❗SAVE THE DATE!!











Jom meriahkan posting ini. Like, komen dan share sekarang💪🏻

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share