Polis Daerah Sentul

Polis Daerah Sentul Laman Rasmi Untuk Polis IPD Sentul.

   HEBAHAN ORANG HILANGPihak Polis Daerah Sentul sedang mengesan dan meminta bantuan orang ramai sekiranya mempunyai seb...
21/08/2026





HEBAHAN ORANG HILANG

Pihak Polis Daerah Sentul sedang mengesan dan meminta bantuan orang ramai sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi individu tersebut boleh terus ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi talian hotline IPD Sentul di talian 03-40482222 atau Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Sazali bin Mohamad Nazimi di talian 018-3768315.

Kerjasama masyarakat dalam membantu penyiasatan PDRM amat diperlukan.


   PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT (BRISK WALK) PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH SENTULIPD Sentul, 21 Ogos 2026 – Program Gay...
21/08/2026





PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT (BRISK WALK) PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH SENTUL

IPD Sentul, 21 Ogos 2026 – Program Gaya Hidup Sihat (Brisk Walk) Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul telah berlangsung dengan penuh semangat dan meriah bertempat di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Program pada minggu ini telah dianjurkan oleh Bahagian Integriti Dan Pematuhan Standard Daerah Sentul.

Program ini merupakan salah satu inisiatif berterusan IPD Sentul dalam membudayakan amalan gaya hidup sihat serta meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan kesejahteraan warga kerja. Aktiviti ini turut menjadi platform bagi warga PDRM untuk kekal aktif, mengurangkan risiko masalah kesihatan berkaitan gaya hidup serta memupuk kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kesihatan.

Program ini turut disertai oleh Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis serta Pegawai Awam IPD Sentul yang bersama-sama menunjukkan komitmen dalam menjadikan kecergasan dan kesihatan sebagai sebahagian daripada budaya kerja.

Sambutan yang menggalakkan daripada warga Polis Sentul membuktikan bahawa usaha membudayakan gaya hidup aktif, sihat dan cergas mendapat sokongan padu. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan secara konsisten bagi melahirkan warga PDRM yang lebih sihat, cergas, produktif dan berdaya tahan.

Program telah berakhir dengan jayanya.


   CERAMAH KHAS SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H/2026M PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH SENTULIPD Sentul, 21 Ogos...
21/08/2026





CERAMAH KHAS SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H/2026M PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH SENTUL

IPD Sentul, 21 Ogos 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul telah menganjurkan Ceramah Khas Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1448H/2026M sebagai salah satu usaha menyemarakkan penghayatan terhadap perjuangan, akhlak dan sunnah junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam kalangan warga PDRM. Ceramah khas telah disampaikan oleh YBhg Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa, Pendakwah.

Program ini turut menjadi wadah untuk memperkukuhkan nilai integriti, disiplin, amanah dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga IPD Sentul, di samping menghayati mesej serta hikmah di sebalik sambutan Maulidur Rasul.

Turut hadir ialah YDH Supt. Jasni bin Zolpa, Pemangku Ketua Polis Daerah Sentul, Ketua-Ketua Bahagian, Ketua Lokap Berpusat Kuala Lumpur, Ketua-Ketua Polis Balai, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis serta Pegawai Awam IPD Sentul.

Semoga penghayatan terhadap sirah dan akhlak Rasulullah SAW terus menjadi sumber inspirasi kepada seluruh warga IPD Sentul dalam membentuk jati diri yang unggul, berintegriti dan sentiasa komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Program telah berakhir dengan jayanya.


    LAWATAN KEBAJIKAN KE ATAS PEGAWAI RENDAH POLIS IBU PEJABAT POLIS DAERAH SENTULIPD Sentul, 20 Ogos 2026 - YDH DSP Moh...
20/08/2026





LAWATAN KEBAJIKAN KE ATAS PEGAWAI RENDAH POLIS IBU PEJABAT POLIS DAERAH SENTUL

IPD Sentul, 20 Ogos 2026 - YDH DSP Mohd Nasir bin Mustapha, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Daerah Sentul telah membuat lawatan kebajikan ke atas Pegawai Rendah Polis Sarjan Ahmad Ezran bin Omar bertugas di Bahagian Ketenteraman Awam Daerah Sentul di kediaman Taman Sentul Jaya, Kuala Lumpur.

Lawatan ini sebagai tanda keprihatinan PDRM untuk memberi sokongan moral selain memastikan aspek kebajikan terus terpelihara.

Lawatan telah berakhir dengan jayanya.


    LAWATAN KEBAJIKAN KE ATAS AHLI KELUARGA IBU PEJABAT POLIS DAERAH SENTULIPD Sentul, 18 Ogos 2026 - Sjn Rosnizah binti...
18/08/2026





LAWATAN KEBAJIKAN KE ATAS AHLI KELUARGA IBU PEJABAT POLIS DAERAH SENTUL

IPD Sentul, 18 Ogos 2026 - Sjn Rosnizah binti Jaludin, Ketua Cawangan Kebajikan Daerah Sentul telah membuat lawatan kebajikan ke atas isteri kepada Koperal Mohd Hizzuad bin Johari bertugas di Cawangan Pengangkutan, Bahagian Logistik Dan Teknologi Daerah Sentul yang sedang menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras Kuala Lumpur.

Lawatan ini sebagai tanda keprihatinan PDRM untuk memberi sokongan moral selain memastikan aspek kebajikan terus terpelihara.

Lawatan telah berakhir dengan jayanya.


   PROGRAM PEMASANGAN JALUR GEMILANG BERSAMA JABATAN PENERANGAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR SEMPENA HARI KEMERDEKAA...
18/08/2026





PROGRAM PEMASANGAN JALUR GEMILANG BERSAMA JABATAN PENERANGAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE-69

IPD Sentul, 18 Ogos 2026 - Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul telah melaksanakan Program Pemasangan Jalur Gemilang Bersama Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sempena Hari Kemerdekaan Ke-69 sebagai tanda semangat patriotisme serta menyemarakkan sambutan Bulan Hari Kemerdekaan yang bakal diraikan.

Program ini turut mencerminkan komitmen warga IPD Sentul dalam menyemai semangat cintakan negara, memperkukuhkan jati diri serta memupuk rasa bangga terhadap identiti dan kedaulatan Malaysia.

Pemasangan Jalur Gemilang telah disempurnakan oleh YDH Supt. Jasni bin Zolpa, Pemangku Ketua Polis Daerah Sentul. Aktiviti ini menjadi simbolik kepada semangat kebersamaan warga PDRM dalam menyemarakkan Bulan Kebangsaan serta menghayati perjuangan dan pengorbanan para pejuang terdahulu dalam mempertahankan keamanan dan kemerdekaan negara.

Pemasangan Jalur Gemilang bukan sekadar menceriakan persekitaran, malah menjadi lambang kesetiaan, perpaduan dan kecintaan kepada tanah air. Semangat ini selaras dengan peranan PDRM sebagai sebuah pasukan yang sentiasa komited dalam memelihara keselamatan, ketenteraman awam dan kedaulatan negara.

Semoga sambutan Hari Kemerdekaan Ke-69 pada tahun ini terus menyatukan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang, disamping menyemarakkan semangat Malaysia MADANI serta memperkukuhkan tekad untuk bersama-sama membina sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera.

“Malaysia Tanah Airku – Jalur Gemilang Kebanggaanku.”


   PROGRAM PEMASANGAN JALUR GEMILANG SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE-69 PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH SENTULIPD Sentul,...
17/08/2026





PROGRAM PEMASANGAN JALUR GEMILANG SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE-69 PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH SENTUL

IPD Sentul, 17 Ogos 2026 - Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul telah melaksanakan Program Pemasangan Jalur Gemilang Sempena Hari Kemerdekaan Ke-69 Peringkat IPD Sentul sebagai tanda semangat patriotisme serta menyemarakkan sambutan Bulan Hari Kemerdekaan yang bakal diraikan.

Program ini turut mencerminkan komitmen warga IPD Sentul dalam menyemai semangat cintakan negara, memperkukuhkan jati diri serta memupuk rasa bangga terhadap identiti dan kedaulatan Malaysia.

Pemasangan Jalur Gemilang telah disempurnakan oleh YDH Supt. Jasni bin Zolpa, Pemangku Ketua Polis Daerah Sentul. Aktiviti ini menjadi simbolik kepada semangat kebersamaan warga PDRM dalam menyemarakkan Bulan Kebangsaan serta menghayati perjuangan dan pengorbanan para pejuang terdahulu dalam mempertahankan keamanan dan kemerdekaan negara.

Pemasangan Jalur Gemilang bukan sekadar menceriakan persekitaran, malah menjadi lambang kesetiaan, perpaduan dan kecintaan kepada tanah air. Semangat ini selaras dengan peranan PDRM sebagai sebuah pasukan yang sentiasa komited dalam memelihara keselamatan, ketenteraman awam dan kedaulatan negara.

Semoga sambutan Hari Kemerdekaan Ke-69 pada tahun ini terus menyatukan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang, disamping menyemarakkan semangat Malaysia MADANI serta memperkukuhkan tekad untuk bersama-sama membina sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera.

“Malaysia Tanah Airku – Jalur Gemilang Kebanggaanku.”


   LAWATAN KERJA KETUA JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL KONTINJEN KUALA LUMPUR KE BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL IB...
13/08/2026





LAWATAN KERJA KETUA JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL KONTINJEN KUALA LUMPUR KE BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL IBU PEJABAT POLIS DAERAH SENTUL SEMPENA PEMERIKSAAN NAZIRAN KERTAS SIASATAN


    LAWATAN KEBAJIKAN KE ATAS PEGAWAI KANAN POLIS IBU PEJABAT POLIS DAERAH SENTULIPD Sentul, 12 Ogos 2026 - Sjn Rosnizah...
12/08/2026





LAWATAN KEBAJIKAN KE ATAS PEGAWAI KANAN POLIS IBU PEJABAT POLIS DAERAH SENTUL

IPD Sentul, 12 Ogos 2026 - Sjn Rosnizah binti Jaludin, Ketua Cawangan Kebajikan Daerah Sentul telah membuat lawatan kebajikan ke atas Insp Norman bin Abu Hassan dan isteri bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Sentul yang sedang menerima rawatan di KPJ Damansara akibat kemalagan jalan raya.

Lawatan ini sebagai tanda keprihatinan PDRM untuk memberi sokongan moral selain memastikan aspek kebajikan terus terpelihara.

Lawatan telah berakhir dengan jayanya.


    LAWATAN KEBAJIKAN KE PEGAWAI RENDAH POLIS IBU PEJABAT POLIS DAERAH SENTULIPD Sentul, 10 Ogos 2026 - Sjn Rosnizah bin...
10/08/2026





LAWATAN KEBAJIKAN KE PEGAWAI RENDAH POLIS IBU PEJABAT POLIS DAERAH SENTUL

IPD Sentul, 10 Ogos 2026 - Sjn Rosnizah binti Jaludin, Ketua Cawangan Kebajikan Daerah Sentul telah membuat lawatan kebajikan ke atas Sarjan Zamri bin Abdul Rahman bertugas di Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Daerah Sentul yang sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Lawatan ini sebagai tanda keprihatinan PDRM untuk memberi sokongan moral selain memastikan aspek kebajikan terus terpelihara.

Lawatan telah berakhir dengan jayanya.


Address

Kuala Lumpur

Telephone

+60340482222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Sentul posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share