Cawangan Kejuruteraan Mekanikal

Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Government Organization, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia Tingkat 24-28, Blok G, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur.

14/08/2026 | PutrajayaSesi Lawatan Kerja Pengarah Kanan CKM ke Tapak Penggantian Lif di Bangunan Perbendaharaan Malaysia...
17/08/2026

14/08/2026 | Putrajaya

Sesi Lawatan Kerja Pengarah Kanan CKM ke Tapak Penggantian Lif di Bangunan Perbendaharaan Malaysia (Blok 2G2), Putrajaya telah diadakan bagi meninjau kemajuan semasa projek penggantian lif.

Lawatan ini turut melibatkan Pengarah JKR W.P. Putrajaya, pegawai-pegawai JKR Malaysia dan pihak kontraktor bagi menilai kemajuan projek serta aspek keselamatan dan kualiti kerja. Turut dibincangkan tindakan susulan bagi memastikan projek dilaksanakan mengikut jadual dan spesifikasi yang ditetapkan.

13/08/2026: Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) Templat Dokumen Kontrak Prestasi Tenaga (Energy Performance Contracting –...
14/08/2026

13/08/2026: Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) Templat Dokumen Kontrak Prestasi Tenaga (Energy Performance Contracting – EPC) di Bangunan-Bangunan Kerajaan Bil1/2026.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Kanan CKM IP JKR (selaku Pengerusi JKK) dan turut dihadiri oleh Pengarah Khidmat Pakar CKM IP JKR dan SUB Bahagian Tenaga Lestari, PETRA serta ahli mesyuarat yang terdiri daripada wakil PETRA, M*F, AGC, JKR dan ST di Putrajaya.

Dibawah initiatif Taskforce EPC yang dipengerusikan oleh KSU PETRA, JKK ini ditubuhkan bagi membangun dan memuktamadkan templat dokumen kontrak bagi pelaksanaan EPC di bangunan-bangunan Kerajaan.

Setinggi-tinggi tahniah kepada CKM Operations & Resources Engineering (CORE), Cawangan Kejuruteraan Mekanikal atas kejay...
13/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah kepada CKM Operations & Resources Engineering (CORE), Cawangan Kejuruteraan Mekanikal atas kejayaan meraih Naib Johan Kategori Pengurusan sempena Konvensyen KIK JKR Tahun 2026.

Kejayaan ini lahir daripada idea, usaha, kerjasama dan semangat luar biasa sebuah pasukan. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus berinovasi dan melakar lebih banyak kejayaan.

Tahniah CORE! Terus mencipta kecemerlangan! ✨

“Upload Excellence. Download Glory. At the Nexus.”

7/8/2026 | MAJLIS TANDATANGAN SURAT SETUJU TERIMA & DOKUMEN KONTRAK (2 DALAM 1)Telah berlangsung Majlis Tandatangan Sura...
07/08/2026

7/8/2026 | MAJLIS TANDATANGAN SURAT SETUJU TERIMA & DOKUMEN KONTRAK (2 DALAM 1)

Telah berlangsung Majlis Tandatangan Surat Setuju Terima (SST) & Dokumen Kontrak (2 Dalam 1) bagi Cawangan Kejuruteraan Mekanikal seperti berikut:

🔹 Pembaikan dan Naik Taraf Bangunan, Sistem Kejuruteraan dan Infra di Klinik-Klinik Kesihatan Malaysia di Negeri Pulau Pinang
– Klinik Kesihatan Seberang Jaya (Sistem Penyaman Udara).

🔹 Penggantian 19 Unit Lif di Kompleks E, Blok E9, E12 dan E13, Bangunan Gunasama Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah Kanan CKM IP JKR dan turut dihadiri oleh Pengarah Khidmat Pakar CKM IP JKR, Bahagian Pengurusan Hartanah JPM, HOPT serta HODT.

Semoga setiap projek yang dilaksanakan memberi manfaat kepada pengguna, melalui kemudahan kejuruteraan yang lebih selamat, selesa dan berfungsi dengan baik, demi menyokong penyampaian perkhidmatan kerajaan yang lebih berkualiti dan berkesan.

7/8/2026 | Sesi Perjumpaan Pegawai Baru Gred J9 Bersama Pengarah Kanan CKM, Ir. Haji Suhaili bin Mansor, telah diadakan ...
07/08/2026

7/8/2026 | Sesi Perjumpaan Pegawai Baru Gred J9 Bersama Pengarah Kanan CKM, Ir. Haji Suhaili bin Mansor, telah diadakan dengan jayanya. Sesi yang penuh bermakna ini bertujuan untuk memperkenalkan barisan pengurusan tertinggi CKM serta memberikan amanat khas kepada para pegawai yang baru melapor diri.

Sesi ini turut dihadiri oleh Pengarah Rekabentuk, Ir. Ahmad Shahruzi bin Ahmad dan Pengarah Khidmat Pakar, Ir. Azizun binti Hashim. Semoga kehadiran pegawai baharu ini dapat menyuntik semangat baharu untuk bersama-sama melangkah ke hadapan demi membina kecemerlangan bersama CKM!

6/8/2026: PROJEK SIAP AHEAD OF TIME (AOT)Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM) telah berjaya melaksanakan Projek Menaikt...
07/08/2026

6/8/2026: PROJEK SIAP AHEAD OF TIME (AOT)

Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM) telah berjaya melaksanakan Projek Menaiktaraf dan Penggantian Lif di Bangunan Politeknik METRO Kuala Lumpur di bawah RMK-12 Rolling Plan Ke-5.

📅 Tarikh Siap Asal: 16 Julai 2026
✅ Tarikh Siap Sebenar: 14 Julai 2026
⏱️ Ahead of Time (AOT): 2 hari

Projek ini memberi impak positif dalam meningkatkan keselamatan, kebolehpercayaan dan kelancaran mobiliti warga Politeknik METRO Kuala Lumpur, sekali gus menyokong persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif.

Majlis penyerahan projek telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah Kanan CKM pada 6 Ogos 2026.

6/8/2026: Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pegawai Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM), JKR Malaysia atas keja...
06/08/2026

6/8/2026: Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pegawai Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM), JKR Malaysia atas kejayaan cemerlang yang diraih pada 8th JKR Research Colloquium (JKRRC) 2026.

Anugerah Manuskrip Terbaik
🏆 Tempat Pertama: Ir. Dr. Roonie Protasius

Anugerah Pembentang Terbaik
🏆 Tempat Kedua: Ir. Ts. Muhammad Khalil bin Mohd Khir

Anugerah Penyelidik Harapan
🏆 Ir. Mohd Faiz Fikri bin Yussoff

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh budaya penyelidikan, inovasi dan kecemerlangan dalam bidang kejuruteraan mekanikal serta menyumbang ke arah pembangunan infrastruktur negara yang mampan dan berdaya tahan.

Syabas dan tahniah!

24/7/2026: Sesi lawatan tapak Pengarah Kanan CKM ke BSI & JBS serta Pelancaran Pelan Pengurusan Risiko Projek. Komitmen ...
27/07/2026

24/7/2026: Sesi lawatan tapak Pengarah Kanan CKM ke BSI & JBS serta Pelancaran Pelan Pengurusan Risiko Projek. Komitmen berterusan Pengurusan Tertinggi CKM untuk memastikan pelaksanaan projek yang berkualiti serta selamat.

18/7/2026: Sesi Lawatan Kerja Pengarah Kanan CKM ke Tapak Pembinaan SPRM Sabah telah diadakan bagi meninjau kemajuan sem...
20/07/2026

18/7/2026: Sesi Lawatan Kerja Pengarah Kanan CKM ke Tapak Pembinaan SPRM Sabah telah diadakan bagi meninjau kemajuan semasa projek pembinaan, khususnya bagi skop kerja mekanikal.

Lawatan ini melibatkan pegawai JKR Malaysia bersama pihak kontraktor & perunding bagi menilai kemajuan, aspek keselamatan serta kualiti pembinaan. Turut dibincangkan tindakan susulan bagi memastikan projek mengikut jadual & spesifikasi yang ditetapkan.

Seluruh warga Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM), Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) menzahirkan rasa dukacita dan mer...
17/07/2026

Seluruh warga Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM), Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) menzahirkan rasa dukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Ir. Haji Ahmad Zaki bin Bahari yang telah kembali ke Rahmatullah pada 14 Julai 2026 (Selasa).

Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosa dan kesalahan beliau, meluaskan serta menerangi kuburnya, dan menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan yang amat dirasai oleh keluarga, sahabat handai serta seluruh warga CKM, JKR. Segala jasa, komitmen dan sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan akan terus terpahat dalam ingatan dan dikenang dengan penuh penghargaan.

Al-Fatihah.

"Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un" Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya jua kita kembali.

Ikhlas daripada:
Pengurusan dan Seluruh Warga Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia

Address

Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia Tingkat 24-28, Blok G, Jalan Sultan Salahuddin
Kuala Lumpur
50480

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cawangan Kejuruteraan Mekanikal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share