05/09/2026
Petang tadi sempat saya berjalan dan melihat sendiri kemeriahan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di MAEPS, Serdang. Dari pavilion negeri hingga ke pavilion antarabangsa, macam-macam inovasi, teknologi dan produk pertanian dan agromakanan menarik diketengahkan. Paling menyeronokkan apabila produk tempatan yang cukup dekat dengan kita diberi nafas baharu dan nilai tambah untuk pergi lebih jauh.
Tahniah kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) serta seluruh pasukan MAHA 2026 atas penganjuran yang cukup hebat. Menurut KPKM, nilai pelaburan dan perdagangan MAHA 2026 telah pun mencapai RM10.35 bilion berbanding sasaran asal sebanyak RM8 bilion. Bukan angka kecil! MAHA membuktikan sektor pertanian dan agromakanan kita semakin dinamik, bernilai tinggi dan mempunyai pasaran yang jauh lebih besar daripada yang kita bayangkan.
Apa yang pasti, saya melihat sendiri lautan manusia yang memenuhi MAHA 2026 pada hari ini dan Insya Allah sasaran 5 juta pengunjung tahun ini dapat dicapai.
Ayuh meriahkan hari terakhir MAHA 2026 esok!
ยฉ๏ธ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ง ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐