Riduan Rubin

Riduan Rubin Ahli Parlimen Malaysia P181 Tenom
Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)

01/09/2026

Sekitar Program Khatan Perdana Peringkat Daerah Tenom Tahun 2026.

Usaha bersama Pejabat Parlimen P.181 Tenom, PSDT dan HUMS dalam membawa perkhidmatan kesihatan lebih dekat kepada masyarakat serta membantu meringankan beban ibu bapa.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026 dan Hari Sabah 2026.Kemerdekaan adalah milik kita bersama, tidak mengira kaum, ag...
30/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026 dan Hari Sabah 2026.

Kemerdekaan adalah milik kita bersama, tidak mengira kaum, agama mahupun latar belakang. Dalam kepelbagaian inilah terletaknya kekuatan negeri dan negara kita Malaysia.

Marilah kita terus memelihara perpaduan, saling menghormati dan berganding bahu sebagai satu bangsa demi memastikan keamanan, keharmonian dan kemajuan negara terus dipertahankan.



Alhamdulillah, Program Khatan Perdana Peringkat Daerah Tenom Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 29 dan 30 Ogos 2...
30/08/2026

Alhamdulillah, Program Khatan Perdana Peringkat Daerah Tenom Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 29 dan 30 Ogos 2026 bertempat di Bilik Kuliah, Masjid Ar-Rahman, Pekan Tenom.

Sebagai Ahli Parlimen Tenom, saya amat bersyukur melihat program seperti ini dapat direalisasikan hasil kolaborasi erat antara Pejabat Parlimen P.181 Tenom, Pertubuhan Silaturrahim Daerah Tenom (PSDT) dan HUMS. Komitmen saya jelas untuk memastikan masyarakat Tenom tidak terpinggir daripada mendapat akses kepada kebajikan, kesihatan dan pendidikan yang sewajarnya.

Program ini turut menjadi salah satu usaha untuk membantu meringankan beban kewangan ibu bapa, khususnya dalam menyediakan keperluan kesihatan anak-anak. Bagi saya, pelaburan terbaik yang boleh kita lakukan adalah pelaburan terhadap kesejahteraan dan masa depan anak-anak di Tenom.

Program ini telah dirasmikan oleh Encik Hassan Basri bin Haji Mohd Kasim, Biro Pendidikan dan Keagamaan Parlimen Tenom, serta turut dihadiri ASP Tuan Ahmad Razali bin Shaari, Encik Samsudin Akil, Ustaz Fazrin bin Jimbo @ Hamidi dan Dr. Asyikin bin Muhammad dari HUMS.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pasukan perubatan HUMS, PSDT, urus setia dan semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

Usaha membawa perkhidmatan kesihatan dan kebajikan lebih dekat kepada masyarakat Tenom akan terus diperkasakan.



MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PERARAKAN MERDEKA DAN BULAN KEBANGSAAN 2026Saya telah merasmikan Program Perarakan Merdeka dan ...
30/08/2026

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PERARAKAN MERDEKA DAN BULAN KEBANGSAAN 2026

Saya telah merasmikan Program Perarakan Merdeka dan Bulan Kebangsaan 2026 di Sekolah Menengah St. Anthony, Tenom.

Tahniah dan penghargaan kepada pihak sekolah, para guru serta semua murid atas komitmen dan semangat yang ditunjukkan dalam menjayakan sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini.

Ayuh semua kita semarakkan semangat patriotisme, kibarkan bendera kebanggaan kita iaitu Jalur Gemilang dengan penuh semangat dan rasa bangga.



Salam Maulidurrasul SAW 1448H/2026 buat semua umat islam. Semoga makin bertambah kecintaan, kasih dan sayang kita kepada...
25/08/2026

Salam Maulidurrasul SAW 1448H/2026 buat semua umat islam. Semoga makin bertambah kecintaan, kasih dan sayang kita kepada junjungan besar nabi Muhammad SAW.



24/08/2026

TENOM MAKERS FAIR (TMF 2026)

Tenom Makers Fair 2026 Edition di IPG Kampus Keningau baru-baru ini menjadi platform yang sangat baik dalam memupuk minat murid terhadap STEM, inovasi dan teknologi.

Tahniah kepada semua murid, guru dan sekolah yang terlibat, khususnya para pemenang. Program seperti ini wajar diteruskan bagi melahirkan generasi muda yang kreatif, inovatif dan berdaya saing.



Berita baik untuk ibu bapa di Tenom!Program Khatan Peringkat Daerah Tenom 2026 akan diadakan secara PERCUMA, khas untuk ...
24/08/2026

Berita baik untuk ibu bapa di Tenom!

Program Khatan Peringkat Daerah Tenom 2026 akan diadakan secara PERCUMA, khas untuk anak-anak di daerah Tenom.

Terhad kepada 100 peserta sahaja. Jadi, kepada ibu bapa yang sedang mencari peluang untuk mengkhatankan anak, inilah masanya.

Tarikh: 29–30 Ogos 2026
Loksi: Bilik Kuliah, Masjid Ar-Rahman, Pekan Tenom

Program ini dianjurkan bersama oleh Pejabat Parlimen P.181 Tenom, Pertubuhan Silaturrahim Daerah Tenom (PSDT) dan Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS).

Tempat terhad. Daftar segera!

Mohd Razy: 011-1971 8110
Abdul Rashid: 010-940 0321
Yusyaridan: 016-803 8072



GUNTING RAMBUT BAKTI MADANISempena Karnival Pendidikan Madani, saya telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Program G...
22/08/2026

GUNTING RAMBUT BAKTI MADANI

Sempena Karnival Pendidikan Madani, saya telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Program Gunting Rambut Bakti Madani secara percuma, khas untuk anak-anak sekolah di Parlimen Tenom.

Saya harap bantuan kecil seperti ini dapat meringankan sedikit beban ibu bapa, terutama bila nak buat persiapan anak-anak ke sekolah.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan membantu menjayakan program ini. Semoga terus ada ruang untuk kita buat lebih banyak perkara yang bermanfaat untuk rakyat Tenom.



Saya turut serta dalam Lawatan Kerja Jawatankuasa Pilihan Kesihatan Dewan Rakyat Parlimen Kelima Belas ke Hospital Wanit...
21/08/2026

Saya turut serta dalam Lawatan Kerja Jawatankuasa Pilihan Kesihatan Dewan Rakyat Parlimen Kelima Belas ke Hospital Wanita & Kanak-Kanak Sabah pada 18 Ogos 2026.

Lawatan ini memberi peluang untuk melihat dengan lebih dekat keadaan serta keperluan perkhidmatan kesihatan, khususnya yang melibatkan wanita dan kanak-kanak.

Saya juga sempat menyantuni adik-adik yang sedang diuji dengan penyakit. Saya harap kehadiran kami ini dapat mengukir senyuman dan memberikan semangat kepada mereka.

Banyak perkara yang dapat dilihat dan didengar secara langsung sepanjang lawatan ini. Semoga segala pandangan dan dapatan yang diperoleh dapat membantu memperkukuh lagi mutu perkhidmatan kesihatan untuk rakyat, khususnya di Sabah.



Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Riduan Rubin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share