Tabung Haji

Tabung Haji PERJALANAN TERAGUNG ANDA, AMANAH KAMI

Perjalanan anda bermula di sini. Bersama anda, kami mengiringi setiap detik yang penuh makna .

Seawal pembukaan akaun hingga sempurnanya ibadah haji, Tabung Haji setia menemani anda di setiap langkah. Lembaga Tabung Haji (TH) adalah sebuah badan berkanun yang tertakluk di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535). Aktiviti utama TH ialah pengurusan haji, tabungan dan pelaburan. TH bertekad untuk menyediakan perkhidmatan haji yang cemerlang kepada Jemaah Haji Malaysia dan rekodnya yang konsisten telah mendapat pengiktirafan dunia sebagai model pengurusan haji yang inovatif. TH merupakan sebuah institusi Islam yang sentiasa berusaha untuk menyediakan pelbagai kemudahan secara komprehensif dan sistematik demi kebajikan Jemaah Haji Malaysia. Selain dari pengurusan simpanan yang halal dan pengurusan haji yang efisien, TH turut menjalankan aktiviti pelaburan bagi memberi nilai tambah kepada para pendeposit kami. TH mempunyai sekitar sembilan (9) juta pendeposit dengan 107 cawangan dan lebih 10,000 titik sentuh di seluruh negara. TH juga mempunyai satu pejabat yang beroperasi di Jeddah, Arab Saudi di bawah bidang kuasa Konsulat Malaysia.

Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik langkah Kerajaan untuk meminda Akta Tabung Haji 1995, selaras dengan syor Suruha...
17/08/2026

Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik langkah Kerajaan untuk meminda Akta Tabung Haji 1995, selaras dengan syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), bagi memperkukuh tatakelola dalam memastikan amanah yang dipertanggungjawabkan terus terpelihara.

Sebagai sebuah institusi kewangan Islam yang menguruskan simpanan umat Islam bagi tujuan menunaikan haji, TH komited untuk terus memperkukuh tadbir urus, ketelusan dan integriti demi menjaga kepentingan pendeposit serta kelestarian institusi.

TH akan terus menyokong setiap usaha penambahbaikan bagi memperkukuh kepercayaan pendeposit dan memastikan amanah ini terus terpelihara untuk generasi akan datang.

Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 bagi memperkukuh tatakelola dan memastikan amanah umat Islam terus terpelihara. 🕋

Langkah ini turut memastikan setiap kelemahan institusi diperbetulkan dengan tegas. 🇲🇾




⚠️ AMARAN PENIPUAN ⚠️Kekal bijak, kekal selamat dan sentiasa berwaspada terhadap taktik penipuan.✔️ Jangan klik pautan y...
17/08/2026

⚠️ AMARAN PENIPUAN ⚠️

Kekal bijak, kekal selamat dan sentiasa berwaspada terhadap taktik penipuan.

✔️ Jangan klik pautan yang mencurigakan.

✔️ Jangan berkongsi maklumat peribadi, PIN, kata laluan, TAC atau OTP.

✔️ Sentiasa semak sebelum membuat sebarang pemindahan wang.

Jika anda mengesyaki telah menjadi mangsa penipuan:

📞 Hubungi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997 dengan segera untuk tindakan pantas.

📞 Hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC)

☎️ +603-6207 1919

📧 [email protected]

🏢 Atau kunjungi Cawangan Tabung Haji yang berhampiran untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Untuk maklumat lanjut mengenai langkah pencegahan dan kesedaran penipuan, layari:

| !SentiasaElakScam |

BANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA. INSPIRASI MERDEKA BERSAMA TH. 💚Selama lebih enam dekad, Lembaga Tabung Haji (TH) sentias...
17/08/2026

BANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA. INSPIRASI MERDEKA BERSAMA TH. 💚

Selama lebih enam dekad, Lembaga Tabung Haji (TH) sentiasa menjadi sebahagian daripada perjalanan jutaan rakyat Malaysia dalam membuat persediaan menyempurnakan rukun Islam kelima.

Sempena Bulan Kebangsaan ini, jom kongsikan Inspirasi Merdeka Bersama TH dan apa yang membuat anda bangga menjadi rakyat Malaysia untuk peluang memenangi cenderahati eksklusif TH.

Cara nak sertai?

1. Ikuti akaun media sosial rasmi TH.
2. Like dan REPOST hantaran ini di profil akaun Facebook atau Threads anda dengan melengkapkan kapsyen ini –

“Inspirasi Merdeka Bersama TH. Saya bangga menjadi rakyat Malaysia kerana __________.” (tidak melebihi 50 patah perkataan).

3. Gunakan tanda pagar (hashtag)
4. Tag 2 orang rakan untuk turut serta.

📅 Tempoh penyertaan: 17 Ogos – 18 September 2026

🎁 69 pemenang berpeluang memenangi Plushie Eksklusif & Tabung Wang TH!

Setiap kita ada cerita. Setiap cerita ada inspirasi. Jom kongsikan sekarang💚

Tertakluk terma dan syarat.


M***i Wilayah Persekutuan, S.S. Tuan Ahmad Fauwaz bin Ali @ Fadzil, dalam satu kenyataan hari ini menyatakan bahawa hiba...
16/08/2026

M***i Wilayah Persekutuan, S.S. Tuan Ahmad Fauwaz bin Ali @ Fadzil, dalam satu kenyataan hari ini menyatakan bahawa hibah yang telah diterima oleh pendeposit Tabung Haji (TH) bagi tempoh 2014 hingga 2017 adalah sah dan menjadi hak milik mereka.

Menurut beliau, kelemahan tadbir urus atau pengurusan kewangan TH tidak dengan sendirinya membatalkan akad hibah yang telah sempurna dari sudut Syariah.

Hibah tersebut bukan harta haram atau syubhah yang wajib dipulangkan, manakala ibadah haji yang ditunaikan menggunakan wang hibah tersebut adalah sah dan tidak terjejas.

Bacaan lanjut: https://muftiwp.gov.my/ms/arkib/tinta-mufti/6651-tinta-mufti-bil-123-2026-status-kesahihan-hibah-pendeposit-tabung-haji-berdasarkan-penemuan-suruhanjaya-siasatan-diraja-rci

Transformasi hari ini, demi masa depan. TH terus memperkukuh institusi, pengurusan dan persediaan haji menuju istito’ah.
13/08/2026

Transformasi hari ini, demi masa depan. TH terus memperkukuh institusi, pengurusan dan persediaan haji menuju istito’ah.

Kenapa pilih Tabung Haji?✔️ Patuh syariah ✔️ Simpanan dijamin kerajaan✔️ Dana diniaga dan dizakatkan✔️ Tiada had simpana...
12/08/2026

Kenapa pilih Tabung Haji?

✔️ Patuh syariah
✔️ Simpanan dijamin kerajaan
✔️ Dana diniaga dan dizakatkan
✔️ Tiada had simpanan

Simpan dengan yakin hari ini, demi masa depan yang lebih terjamin 💚

Layari laman web atau aplikasi THiJARI di https://www.thijari.com.my/ untuk mulakan simpanan anda.


11/08/2026
11/08/2026

Terima kasih atas kebersamaan menjayakan Musim Haji 2026M/1447H.

Menuju istito’ah, menuju Baitullah.

www.tabunghaji.gov.my

10/08/2026

MENEGAKKAN KEBENARAN, MEMELIHARA INTEGRITI TABUNG HAJI

Bismillahirrahmanirrahim.

Sesi Penerangan Menteri dan Penggulungan Perbahasan berhubung Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji bakal menyusul dalam Mesyuarat Khas esok, di Dewan Rakyat.

Sesi penting ini menjadi platform rasmi bagi membentangkan pencerahan menyeluruh, memperkukuh prinsip tadbir urus yang telus, serta memastikan akauntabiliti institusi pengurusan haji dan kewangan Islam negara sentiasa terjamin, demi memelihara amanah seluruh umat Islam.

📌 Butiran:
Tarikh: 11 Ogos 2026 (Selasa)
Masa: 10:00 Pagi (Sehingga selesai)
Lokasi: Dewan Rakyat, Parlimen.

Mohon doa dan sokongan semua, agar sesi perbahasan ini berjalan lancar serta membawa natijah yang berkat demi kebaikan buat semua.

Hasbunallah wanikmal wakil nikmal maula wanikman nasir!

🤲🇲🇾

Address

Menara TH Tun Razak, 201 Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur
50450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tabung Haji posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Tabung Haji:

Shortcuts

Share