Puspanita KKR Page

Puspanita KKR Page PUSPANITA Cawangan KKR, Bilik Puspanita, Tingkat 3, Blok B, Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, Kompleks Kerja Raya, 50580 Kuala Lumpur.

WACANA ILMU SIRI 4/2026: “BICARA MUFTI” SUNTIK NILAI TAQWA DALAM AMANAH DAN TANGGUNGJAWABKUALA LUMPUR, 28 Ogos 2026 – Ke...
10/09/2026

WACANA ILMU SIRI 4/2026: “BICARA MUFTI” SUNTIK NILAI TAQWA DALAM AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB

KUALA LUMPUR, 28 Ogos 2026 – Kementerian Kerja Raya (KKR) hari ini menganjurkan Wacana Ilmu Siri 4/2026 bertemakan “Bicara M***i: Menilai Taqwa Di Sebalik Jawatan” sebagai usaha memperkukuh penghayatan nilai-nilai Islam serta membudayakan integriti dan amanah dalam kalangan warga kementerian.

Program yang berlangsung di Bilik Tanjung, Tingkat 6, Blok A, Kementerian Kerja Raya itu menampilkan Us. Muhammad Muazul Amin bin Mohd Adlan, Jabatan M***i Wilayah Persekutuan, sebagai penceramah jemputan yang mewakili Sahibus Samahah M***i Wilayah Persekutuan.

Menerusi perkongsian ilmu yang disampaikan, para peserta diberi pencerahan mengenai kepentingan nilai taqwa sebagai asas dalam melaksanakan amanah, tanggungjawab dan tugas yang dipikul, khususnya dalam perkhidmatan awam. Jawatan bukan sekadar satu kedudukan atau keistimewaan, sebaliknya merupakan amanah yang perlu dilaksanakan dengan penuh keikhlasan, integriti dan rasa tanggungjawab kepada Allah SWT serta masyarakat.

Wacana ini turut menjadi platform untuk warga KKR menghayati bahawa kecemerlangan dalam organisasi bukan hanya diukur melalui pencapaian dan prestasi kerja, malah perlu diseimbangkan dengan pembentukan sahsiah, nilai moral dan kekuatan rohani.

Majlis turut diserikan dengan Kuiz Interaktif Maulidur Rasul bagi menyemarakkan penghayatan terhadap sirah dan ajaran Rasulullah SAW, diikuti dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Majlis penyampaian cenderahati kepada penceramah telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan), Kementerian Kerja Raya dan turut di hadiri YBhg. Datin Seri Rosmawati Hassan, Pengerusi Puspanita Cawangan Kementerian Kerja Raya.

06/09/2026

PROGRAM CSR KOMUNITI DI PARLIMEN P.206 TANJONG MANIS

PROGRAM CSR KOMUNITI DI PARLIMEN P.206 TANJONG MANISPUSPANITA Cawangan Kementerian Kerja Raya menerusi Biro Sosial & Keb...
06/09/2026

PROGRAM CSR KOMUNITI DI PARLIMEN P.206 TANJONG MANIS

PUSPANITA Cawangan Kementerian Kerja Raya menerusi Biro Sosial & Kebudayaan telah bersama-sama menjayakan Program CSR Komuniti bersempena Program Bina Komuniti Tanjung Manis 2026 pada 6 September 2026 di Mukah, Sarawak.

Program ini telah disempurnakan oleh YB Dato Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd. Wahab, Pengerusi CIDB Malaysia merangkap Ahli Parlimen P.206 Tanjong Manis.

Program ini bertujuan memperkasa komuniti setempat melalui pendedahan dan latihan kemahiran asas pembinaan, pelaksanaan Program Penilaian Kompetensi Kemahiran serta aktiviti membaik pulih dan menaik taraf prasarana komuniti di Dewan Masyarakat Kampung Sebayang dan Sekolah Kebangsaan Mupong (SK Mupong).

Antara bidang kemahiran yang dilaksanakan ialah Building Decorative Painting L1 dan Rooftruss Installer, selaras dengan aspirasi program, “Building Skills, Empowering Community”.

Sebagai pengisian CSR, sebanyak 20 bakul makanan turut disumbangkan bagi menyantuni dan membantu meringankan beban keluarga dalam komuniti setempat. Daripada jumlah tersebut, 10 bakul makanan diserahkan kepada warga Kampung Sebayang di Dewan Masyarakat Kampung Sebayang, manakala 10 bakul makanan lagi diagihkan di SK Mupong.

Inisiatif CSR ini bertujuan menyemai nilai keprihatinan dan tanggungjawab sosial, memupuk budaya kesukarelawanan serta memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara agensi, rakan kerjasama dan komuniti setempat.

Turut hadir ialah Puan Noorezan Mohd Nasir, wakil PUSPANITA Cawangan Kementerian Kerja Raya merangkap isteri kepada Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, serta Puan Nur Hazwani Hamshani, Setiausaha Biro Sosial & Kebudayaan, PUSPANITA Cawangan Kementerian Kerja Raya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada Sendayan Group of Companies, Prasarana Sempurna Sdn. Bhd. dan PANSAR atas sokongan serta sumbangan yang diberikan dalam menjayakan inisiatif kebajikan ini.

Semoga segala usaha dan sumbangan yang disalurkan dapat memberikan manfaat bermakna kepada komuniti serta menjadi pemangkin kepada pembangunan masyarakat yang lebih sejahtera, berkemahiran dan berdaya tahan.

Bersama kita membina kemahiran, memperkasa komuniti dan menyemai kebaikan.








🇲🇾 SELAMAT HARI KEBANGSAAN 2026 🇲🇾“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”PUSPANITA Cawangan Kementerian Kerja Raya (P...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI KEBANGSAAN 2026 🇲🇾
“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

PUSPANITA Cawangan Kementerian Kerja Raya (PCKKR) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semangat kemerdekaan bukan sekadar laungan dan kibaran Jalur Gemilang, tetapi merupakan manifestasi rasa cinta, kesetiaan dan tanggungjawab kita terhadap tanah air tercinta.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan memperkukuh perpaduan, menyemarakkan semangat patriotisme serta terus menyumbang melalui peranan dan tanggungjawab masing-masing demi kemajuan dan kesejahteraan negara.

Ayuh, kita terus melangkah bersama sebagai sebuah bangsa yang bersatu, berdaya tahan dan berjiwa besar dalam membina Malaysia yang lebih makmur, inklusif dan sejahtera.

Tanah Tumpahnya Darahku.
Malaysia Tetap di Hati.
Selamat Hari Kebangsaan!
Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾✨

Ikhlas daripada
YBhg. Datin Seri Rosmawati Hassan
Pengerusi

dan seluruh Ahli PUSPANITA Cawangan Kementerian Kerja Raya (PCKKR)

Setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Lahir diucapkan kepada YBhg. Puan Sri Datuk Maheran Jamil, Yang Dipertua PUSPANITA K...
28/08/2026

Setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Lahir diucapkan kepada YBhg. Puan Sri Datuk Maheran Jamil, Yang Dipertua PUSPANITA Kebangsaan.

Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan YBhg. Puan Sri Datuk dengan limpahan rahmat, nikmat kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan, kesejahteraan serta kekuatan dalam meneruskan amanah memimpin PUSPANITA.

Semoga setiap usaha dan jasa yang dicurahkan dalam memperkasakan PUSPANITA serta menyantuni ahli dan masyarakat sentiasa dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.

Ikhlas daripada
YBhg. Datin Seri Rosmawati Hassan
Pengerusi

Serta seluruh warga PUSPANITA Cawangan Kementerian Kerja Raya (PCKKR).

Selamat Hari Lahir. Semoga terus dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan yang berpanjangan.

SALAM MAULIDUR RASUL SAW 1448H “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, ia...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL SAW 1448H

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia p**a menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (Surah al-Ahzab: 21)

PUSPANITA Cawangan Kementerian Kerja Raya (PCKKR) mengucapkan Salam Maulidur Rasul SAW 1448H kepada seluruh warga Kementerian Kerja Raya dan umat Islam di seluruh Malaysia.

Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan menyemarakkan rasa cinta kepada Baginda serta meneladani akhlak mulia, sifat penyayang, amanah, sabar dan kasih sayang yang menjadi pedoman dalam kehidupan.

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi ruang untuk kita memperkukuh ukhuwah, memperbanyakkan selawat dan menghayati sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

🤍 Cinta Rasul, Penyatu Ummah.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat Baginda.

Ikhlas daripada,
Pengerusi PCKKR
dan seluruh Ahli Jawatankuasa PCKKR

23/08/2026

🇲🇾 PROGRAM KASIH MERDEKA 2026 🇲🇾
“Santuni Gelandangan, Sebarkan Kebaikan”

KUALA LUMPUR, 21 Ogos 2026 – PUSPANITA Cawangan Kementerian Kerja Raya (PCKKR) menerusi Biro Sosial dan Kebudayaan PUSPANITA Sesi 2025/2027, dengan kerjasama Food For Gelandangan (FFG) telah melaksanakan Program Kasih Merdeka 2026 di sekitar Kuala Lumpur.

Pelaksanaan program turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada CIDB Malaysia, PUSPANITA Cawangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), CIDB Holdings, CIDB IBS serta Roadcare, selain penglibatan sukarelawan daripada KKR, JKR, LLM dan CIDB Malaysia.












SALAM TAKZIAH DARIPADA PUSPANITA CAWANGAN KKRإِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَPUSPANITA Cawangan Kementerian K...
23/08/2026

SALAM TAKZIAH DARIPADA PUSPANITA CAWANGAN KKR

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

PUSPANITA Cawangan Kementerian Kerja Raya (PCKKR) merakamkan ucapan takziah kepada Puan Siti Rafidah Baharom, SU Biro Pendidikan dan Kesejahteraan Keluarga di atas pemergian ibu tercinta, Allahyarhamah Salmah binti Saidi Abdullah, yang telah kembali ke rahmatullah pada 22 Ogos 2026.

Seluruh warga PCKKR menzahirkan rasa simpati dan dukacita yang mendalam kepada ahli serta seluruh keluarga Allahyarhamah. Semoga mereka sekeluarga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan yang amat disayangi.

Ikhlas daripada,
Pengerusi PCKKR
dan seluruh Ahli PCKKR

“PCKKR PRIHATIN: Sesi Penyerahan Sumbangan”Dalam setiap ujian yang dilalui, hadirnya sedikit perhatian dan sokongan dari...
23/08/2026

“PCKKR PRIHATIN: Sesi Penyerahan Sumbangan”

Dalam setiap ujian yang dilalui, hadirnya sedikit perhatian dan sokongan daripada insan sekeliling mampu menjadi sumber kekuatan yang begitu bermakna.

Pada 31 Julai 2026, bersempena Program Colour Analysis yang berlangsung di Bilik Tanjung, Blok A, Kompleks Kerja Raya, KKR, PUSPANITA Cawangan Kementerian Kerja Raya (PCKKR) telah menyantuni dua orang ahli yang sedang berdepan dengan ujian apabila suami masing-masing mengalami masalah kesihatan.

Sumbangan wang tunai telah disampaikan oleh Pengerusi PCKKR, YBhg. Datin Seri Rosmawati Hassan kepada dua penerima daripada Bahagian Pembangunan dan Penswastaan (BPP), KKR, iaitu Puan Nordayana M. Robin dan Puan Siti Hajar Jamil.

Sumbangan ini mungkin tidak mampu menghapuskan segala kesulitan yang sedang dilalui, namun diharapkan sedikit sebanyak dapat meringankan beban, memberi kekuatan dan menjadi tanda bahawa mereka tidak bersendirian dalam menghadapi setiap dugaan.

Bagi PCKKR, keprihatinan bukan sekadar kata-kata, tetapi dizahirkan melalui tindakan dan kasih sesama ahli.

Semoga dipermudah segala urusan, dikurniakan kekuatan dan ketabahan buat kedua-dua penerima sekeluarga. Semoga suami yang sedang diuji dengan masalah kesihatan dikurniakan kesembuhan, dipulihkan kesihatannya dan dipermudah setiap urusan.

“Saat kita mampu menghulurkan tangan, hulurkanlah. Kerana mungkin sedikit yang kita beri, besar maknanya buat insan yang sedang diuji.”

Disediakan oleh
Setiausaha
PCKKR

Address

PUSPANITA Cawangan KKR, Bilik Puspanita, Tingkat 3, Blok B, Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin
Kuala Lumpur
50580

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puspanita KKR Page posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Puspanita KKR Page:

Shortcuts

Share