16/02/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
(๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, 13 FEB 2026 โ Sel Inovasi, MKTDโBITD dengan kerjasama strategik Universiti Teknologi Malaysia Cawangan Kuala Lumpur (UTM KL) telah berjaya menganjurkan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Tentera Darat (KIK TD) Tahun 2025, yang berlangsung selama tiga hari bermula 11 hingga 13 Februari 2026 di Dewan Jumaah, UTM KL.
Kemuncak konvensyen ini disempurnakan melalui Majlis Penutup yang telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Mejar Jeneral Mohd Sobirin bin Haji Mohd Yusof, Inspektor Jeneral Tentera Darat (IJ TD) pada 13 Februari 2026 di Dewan Tan Sri Ainuddin Wahid, UTM KL.
Konvensyen ini bukan sekadar platform pembentangan idea, malah menjadi medan percambahan minda dan pertukaran kepakaran antara warga Tentera Darat dan pihak akademia. Pameran produk KIK yang diadakan turut menampilkan pelbagai hasil inovasi kreatif dan berimpak tinggi, sekali gus membuktikan komitmen berterusan Tentera Darat dalam membudayakan inovasi sebagai pemangkin kecemerlangan organisasi.
Seramai 21 pasukan terbaik telah dipilih untuk menyertai sesi VIVA KIK TD, bersaing merebut kejuaraan KIK TD Tahun 2025. Pemilihan dibuat berdasarkan penilaian rapi terhadap laporan projek yang dikemukakan, disemak oleh panel penilai terdiri daripada pakar universiti dan agensi berkepakaran dalam bidang kejuruteraan serta teknikal. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang telah menampilkan pembentangan berkualiti tinggi sepanjang konvensyen ini berlangsung.
Turut memeriahkan majlis ialah:
- Yang Dihormati Profesor Dr. Fauziah binti Sh. Ahmad, Ketua Kampus UTM KL
- Yang Dihormati Encik Nasir bin Osman, Ketua Pentadbiran UTM KL
- Yang Dihormati Profesor Ir. Ts. Dr. Aminudin, Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UTM KL selaku Ketua Panel Penilai KIK TD
- Yang Berusaha Kolonel Ts. Haji Mat Sahari bin Haji Rahmat, Pengarah Strategik dan Inovasi BITD
Pegawai-pegawai kanan BITD, panel-panel penilai serta para peserta VIVA KIK TD
Melalui pengukuhan jaringan strategik ini, Konvensyen KIK TD diharapkan terus menjadi wadah utama dalam memperkasakan budaya inovasi, mempereratkan kerjasama antara Tentera Darat dan institusi pengajian tinggi, serta menyumbang kepada peningkatan keupayaan operasi dan pembangunan organisasi yang lebih progresif dan berdaya saing.
Foto oleh:
PR TD