15/09/2026
🌟 SEKOLAH CERIA, HATI GEMBIRA! PIBG & SKDKr2 BERGANDING BAHU 🏫🎨🤝
12 September 2026 | Sabtu
Alhamdulillah, program Gotong-royong bersama PIBG telah berlangsung dengan penuh semangat dan kerjasama di SK Datok Keramat 2. 💪✨
Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuklah kerja-kerja mengecat penutup longkang, tandas serta dinding koridor sekolah bagi menceriakan dan menambah baik persekitaran sekolah agar lebih bersih, selamat, selesa dan kondusif. 🎨🖌️
💐 Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah memberikan sokongan dan sumbangan dalam menjayakan program ini, sama ada dalam bentuk kewangan, tenaga mahupun makanan. ❤️
Setiap sumbangan, walau dalam apa jua bentuk, amat bermakna dan menjadi bukti semangat kebersamaan serta keprihatinan ibu bapa terhadap keceriaan dan kesejahteraan sekolah. 🤝🌷
Semoga kerjasama erat antara pihak sekolah dan PIBG ini terus diperkukuh demi memberikan persekitaran terbaik buat anak-anak SKDKr2. 🌈
Terima kasih PIBG, terima kasih ibu bapa!
Bersama kita menceriakan sekolah, bersama kita membina masa depan. 💙✨
SKDKr2 KE ARAH MEWUJUDKAN SEKOLAH YANG “SELAMAT, KONDUSIF, DAHULUI, KONSISTEN”.